Bahan-bahan yang kita perlukan cuma,
- Kertas tisu
- 2 cawan Air
- 2 sudu Mandian bayi @ baby wash - gunakan yang natural
- 1 sudu Minyak bayi @ baby oil - gunakan yang natural
- Bekas kedap udara untuk simpan wipes
Cara-caranya:
Potong Kertas Tisu di bahagian tengah. Bahagi dua. Letak sebahagian tisu ke dalam bekas, pastikan bekas yang muat dengan kertas tisu tersebut ye :)
Campurkan semua bahan cecair dan mix guna handwish atau sudu je pun boleh. Kacau sebati. eh ehhh...dah macam bancuh kek pulak ye.. ;)
Tuang cecair ke atas tisu dalam bekas tu,. tuang rata. biarkan dalam 10 minit sampai air menyerap ke semua bahagian tisu.
Akhir sekali, keluarkan gegelung dalam tisu tu. Dan "homemade baby wipes" anda sedia digunakan!!
Jimatkan mana yang boleh jimat.. SELAMAT MENCUBA!!
Nak lebih faham, boleh tonton video yang saya kongsikan di sini.. :)
0 ulasan:
Catat Ulasan