Selasa, 29 Mac 2011

Hadiah Pemenang 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest

Assalamualaikum kepada rakan-rakan blogger sekalian.Entri ini khas untuk Pemenang 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest.


QUEENPINK dah dapat semua alamat pemenang dan insyallah akan dipos laju pada hari ini.QUEENPINK memohon maaf kerana lambat menghantar hadiah kalian.QUEENPINK sibuk dengan kerja seharian dan hari ini QUEENPINK dapat berpeluang cuti.






Ini hadiah untuk pemenang pertama iaitu Muhammad Osmera Othman @ Osmera







Ini hadiah untuk pemenang kedua iaitu Muhamad Tarmizi @ Orang Kampung




Ini hadiah untuk pemenang ketiga ialah Farhana Amat Sahri @ Farhana Sahri

Di dalam ketiga-tiga kotak ini adalah sebuah cendera mata yang QUEENPINK beli ketika QUEENPINK melawat sebuah negeri yang kini menjadi Bandaraya.QUEENPINK harap ketiga-tiga pemenang gembira dengan hadiah yang QUEENPINK berikan.Terima kasih dan tahnniah diucapkan kepada anda!

Ahad, 27 Mac 2011

Cinta sejati langit dan laut

Dahulukala,langit dan laut saling jatuh cinta.Mereka saling menyukai di antara satu sama lain.Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit,warna laut sama dengan warna langit.Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut,warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang,si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata 'aku cinta padamu' ke telinga langit.Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut pun,langit tidak menjawab apa-apa,hanya tersipu-sipu malu,wajahnya kemerah-merahan.Suatu hari,datang awan.

Begitu melihat kecantikan si langit,awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit.Tentu saja langit hanya mencintai laut,setiap hari hanya melihat laut sahaja.Awan sedih namun tidak berputus asa,mencari cara dan akhirnya mendapat akal.Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut,menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit,sehingga dengan gelombang lautnya berusaha mengusir awan yang menganggu pandangannya.Tetapi,tentu sahaja tidak berhasil.Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit.Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang menganggu.

Dengan tiupan keras dan kuat,angin meniup awan.Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian,sehingga tidak berupaya lagi berusaha dan mengungkapkan perasaan terhadap langit.Kerana berasa terseksa dengan perasaan cintanya menggunung tinggi terhadap langit,awan menangis sedih.

Hinggalah sekarang,kasih antara langit dan laut tidak terpisahkan.Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut,di mana ada satu garis di antara laut dan langit,di situlah mereka sedang berpacaran.


Sabtu, 26 Mac 2011

Berkat kekuatan tekad


Suatu masa dahulu,ada seorang kanak-kanak lelaki yang bertugas memasang pendiang api di sekolahnya pada setiap pagi untuk menghangatkan kedinginan pagi,sebelum guru-guru dan murid-murid lain di sekolah memulakan pembelajaran.

Pada suatu hari,berlaku kebakaran di sekolah tersebut dan kanak-kanak tersebut ditemui dengan kesan luka melecur di lebih separuh badannya.Dia segera dibawa ke hospital  berdekatan dan setelah sedar,dia sayup-sayup terdengar seorang doktor memberitahu ibunya,”Anak makcik tiada harapan untuk hidup.Mungkin itulah yang terbaik baginya berdasarkan kecederaan teruk yang dialaminya itu”.

Namun,anak itu tidak ingin mati.Dia bertekad  untuk terus hidup sehingga membuatkan doktor yang merawatnya turut berasa hairan.Tidak beberapa  lama kemudian,dia mendengar lagi doktor tersebut berbicara dengan ibunya “Kebakaran itu menghancurkan begitu banyak daging dari paras pinggangnya ke bawah.Akan lebih baik jika dia mati kerana ia pasti akan lumpuh seumur hidupnya”.

Sekali lagi si anak mengeraskan tekadnya “Aku tidak akan lumpuh.Aku akan berjalan.” Dia akhirnya dibenarkan keluar dari hospital.Setiap hari ibunya memicit kakinya tetapi dia tidak berasa apa-apa.Namun niatnya untuk berjalan tetap sekuat dulu.Hari-harinya menjemukan.Bila tidak berada di tempat tidur,dia hanya terkurung di kerusi roda.

Pada suatu hari yang cerah,ibunya menolak kerusi rodanya keluar menuju halaman agar dia dapat menghirup udara segar.Si anak telah merebahkan dirinya dari kerusi roda.Sambil menarik kedua-dua kakinya ,dia menyeret tubuhnya melintasi rumput nan menghijau.Dia terus menyusuri jalannya menuju tiang  berwarna putih yang menyempadani kawasan rumahnya.

Kemudian,sedikit demi sedikit,dia menggagahi dirinya mencapai tiang berkenaan untuk berdiri sambil bertekad kuat untuk berjalan.Dia mula melakukan hal itu setiap hari sampailah dia berjaya mengelilingi halaman rumahnya,sekalipun dengan bantuan tiang berkenaan.

Akhirnya,melalui urutan setiap hari ,tekad dan keteguhan hatinya ,dia benar-benar mengembangkan kemampuannya untuk berdiri dari berjalan bertatih-tatih,berjalan sendiri dan kemudiannya berlari.Ya,berlari.Dia mula berjalan ke sekolah,kemudian berlari ke sekolah,berlari demi kegembiraan besar yang diperolehnya.Di universiti,dia turut menjadi wakil dalam acara larian.

Bahkan seterusnya di Madison Square Garden, pemuda yang pada mulanya tidak disangka boleh hidup itu ,yang tidak pernah dapat berharap untuk mampu berjalan,jauh sekali berlari,pemuda yang keras hati itu,Dr Glenn Cunningham,memecahkan rekod dunia bagi acara lumba lari jarak 1500 meter!


Rabu, 23 Mac 2011

Saat anda rebah


Pada Sukan Olimpik musim panas pada tahun 1982 di Barcelona,Sepanyol ,terjadi satu peristiwa yang menarik perhatian dunia.Ketika Derek Redman melangkah menuju arena,dia membayangkan kemenangan yang akan diraihnya.Inilah saat yang telah dinanti-nantikan seumur hidupnya.Dalam hatinya,dia tahu bahawa inilah perlumbaan yang telah Tuhan tetapkan baginya,sejak semula ia diciptakan.

Pada minit terakhir sebelum perlumbaan itu dimulai,ia memandang ke arah deretan kerusi penonton,mencari wajah ayahnya.Memang ia ingin meraih kemenangan dalam acara itu untuk dirinya.Tetapi ,lebih dari itu ia ingin mendedikasikan anugerah itu buat ayahnya yang telah banyak berkorban demi membolehkannya menjadi peserta olimpik itu.

Sekarang ia memiliki kesempatan untuk melakukan sesuatu sebagai tanda balas budi kepada ayahnya.Inilah saatnya untuk membuat ayahnya bangga padanya.Tembakan ke udara tanda mula berbunyi.Derek berlari,mengerahkan seluruh kekuatannya.Segalanya tampak baik sampai akhirnya Derek memasuki pusingan terakhir.Tiba-tiba dia terjatuh dan mengalami kejang pada kakinya.

Rasa sakit yang kuat mencengkamnya.Dia berusaha untuk berdiri,berusaha untuk melompat,namun kesakitan itu terlalu menyakitkan baginya.Detik demi detik berlalu,bagai berjam-jam baginya,saat dia rebah menggeliat kesakitan .Dia tidak percaya,beginilah akhir dari perjalanannya selama ini.

Mungkin dia khuatir tentang apa yang difikirkan ayahnya saat itu,apakah ayahnya berasa malu? Apakah ayahnya akan berpaling darinya dan meninggalkannya? Mungkinkah ayahnya berfikir: Oh,bagus sekali.Jadi selama ini waktu terbuang percuma hanya untuk seorang yang bahkan tidak dapat menyelesaikan pertandingan sama sekali?

Ternyata sama sekali bukan itu yang sedang  difikirkan oleh  ayahnya.Nun di atas sana,di antara kerusi –kerusi penonton,ayahnya melompat berdiri.Segera ia menyelusup di antara kerumunan penonton.Saat itu ada ribuan penonton yang sedang berdiri melihat anaknya,dan terkejut melihat anaknya sedang menderita di dalam arena.

Seorang pengawal keselamatan menghentikannya dan berkata,”Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam arena.” Ayah Derek menjawabnya dengan kata-kata sederhana,”Itu anak saya encik” Maka penjaga itu tidak menghalangnya lagi.Dia melewati para penjaga itu dan masuk ke trek larian.Dan sementara ribuan orang bersorak riuh-rendah padanya,dia memapah anaknya menuju ke garisan penamat.

Selain menunjukkan tentang kasih sayang bapa anak,mungkin sebahagian besar daripada kita merasakan seolah-olah telah rebah dan anda mencuba untuk bangun dan gagal,mencuba dan gagal lagi.Tetapi tidak mengapa,sekurang-kurangnya anda tidak lekas putus asa menerima ujian.Jika gagal juga,percayalah.Dia sentiasa ada buat kita.Dan dari rasa percaya itu kan lahir pelbagai keajaiban….



Sabtu, 19 Mac 2011

Mengapa matahari?


Seorang wanita bertanya pada seorang pemuda tentang cinta dan harapan.Wanita itu berkata ingin menjadi bunga terindah di dunia dan pemuda berkata ingin menjadi 
matahari.Wanita itu tidak mengerti kenapa pemuda ingin jadi matahari,bukan kupu-kupu atau kumbang yang terus menemani bunga.



Wanita berkata ingin menjadi bulan dan pemuda berkata ingin tetap menjadi matahari.Wanita semakin bingung kerana matahari dan bulan takkan boleh bertemu,tetapi pemuda tetap ingin menjadi matahari.


Wanita berkata ingin menjadi burung yang mampu terbang ke langit jauh di atas matahari dan pemuda berkata ia akan selalu menjadi matahari.


Wanita tersenyum pahit dan kecewa.Wanita sudah 3 kali menduga namun pemuda tetap keras kepala,ingin jadi matahari tanpa mahu ikut berubah bersama wanita.Maka wanita pun pergi dan tak pernah lagi kembali tanpa pernah tahu alasan kenapa matahari juga yang menjadi pilihannya.Sang pemuda merenung sendiri dan menatap matahari.

Saat wanita jadi bunga,pemuda ingin menjadi matahari agar bunga dapat terus hidup.Matahari akan memberikan semua sinarannya untuk bunga agar ia tumbuh,berkembang dan terus hidup sebagai bunga yang cantik.Walau matahari tahu ia hanya dapat memandang  dari jauh dan pada akhirnya kupu-kupu yang akan menari bersama bunga.Ini disebut kasih sayang iaitu memberi tanpa syarat,tanpa mengharapkan imbuhan.

Saat wanita jadi bulan,pemuda tetap menjadi matahari agar bulan dapat terus bersinar indah dan dikagumi.Cahaya bulan yang indah hanyalah pantulan cahaya matahari,tetapi saat semua makhluk mengagumi bulan,siapakah yang ingat kepada matahari? Matahari rela memberikan cahayanya untuk bulan walaupun ia sendiri tidak berupaya menikmati cahaya bulan,dilupakan jasanya dan kehilangan kemuliaannya sebagai pemberi cahaya,agar bulan mendapatkan kemuliaan tersebut.

Ini dinamakan pengorbanan,menyakitkan namun sangat layak untuk cinta.Dan saat wanita jadi burung yang dapat terbang tinggi jauh ke langit bahkan di atas matahari,pemuda tetap selalu jadi matahari agar burung bebas untuk pergi  pada bila-bila masa pun ia mahu dan matahari tidak akan mencegahnya.Matahari rela melepaskan burung untuk pergi jauh,namun matahari akan selalu menyimpan cinta yang membara di dalam hatinya hanya untuk burung.

Matahari selalu ada untuk burung bila-bila pun ia mahu kembali walau burung tidak selalu ada untuk matahari.Tidak akan  ada makhluk lain selain burung yang berupaya masuk ke dalam matahari dan mendapatkan cintanya.Ini disebut sebagai kesetiaan,walaupun ditinggal pergi dan dikhianati namun tetap menanti dan tegar untuk memaafkan.Pemuda tidak pernah menyesal menjadi matahari bagi wanita.

Khamis, 17 Mac 2011

Manisnya sebuah pengorbanan


Telah 2 bulan musim hujan berlalu.Pepohon tampak menghijau dari jauh,saujana mata memandang.Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

“Apa khabar daun hijau,” katanya.Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.”Oh,kamu ulat.Badanmu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali,mengapa? Tanya daun hijau.”Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa.Adakah engkau sudi untuk membantu?” Tanya ulat kecil.

“Tentu sekali.Datanglah lebih dekat,” ujar si daun sambil di dalam hatinya berkata: “Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat,aku akan tetap hijau.Cuma,badanku akan kelihatan berlubang-lubang.Tapi,tidak mengapalah.” Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau.

Setelah kenyang,ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat.Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu,ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu  bagi ulat kecil yang lapar.Tidak lama berselang,ketika musim panas datang,daun hijau menjadi kering dan berubah warna.

Akhirnya,ia jatuh ke tanah,disapu orang lalu dibakar.Mesejnya,apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesame kita? Bukankah dunia ini fana? Pada akhirnya,semua yang ada akan mati jua.

Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah,tetapi indah.Ketika berkorban,diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerana kita akan tetap menghijau.

Bagi daun hijau,berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan.Dia bahagia melihat rakan-rakan penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan.Ia juga melakukannya kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau.Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita.Hidup ini hanya sementara,kemudian kita akan mati.Itu sebabnya,isilah hidup ini dengan hal-hal yang murni baik tutur kata mahupun perbuatan kita.Berkasih sayanglah! Jadikan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yang tersendiri.

Berkorban dapat dilaksanakan dalam banyak situasi-orang tua kepada anak-anak,sesama adik beradik,dari sahabat untuk sahabat,jiran tetangga,yang kaya membantu yang miskin,mendahulukan kepentingan bangsa dan agama,ataupun paling tidak pengorbanan sesama insan yang tidak saling mengenali atas dasar perikemanusiaan.

Pendek kata,kita memberikan apa yang kita punyai apatah lagi kepunyaan yang paling kita sayangi dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan sebenarnya.Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi daun hijau yang senang memberi.





Selasa, 15 Mac 2011

Cinta setangkai ranting dan sebatang pohon


Suatu ketika Plato berbicara dengan gurunya.Plato bertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: “Masuklah ke dalam hutan,pilih dan ambillah satu batang ranting yang menurutmu paling baik,tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang.Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu,keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut.”

Maka,masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang ranting pun.Gurunya bertanya,maka jawab Plato: “ Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yang bagus,tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik.Tetapi setelah saya berjalan ke depan,ternyata ranting yang 
sudah saya tinggalkan tadilah yang terbaik.Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa.”

Guru itu pun berkata: “Itulah cinta.” Lalu Plato pun bertanya apa makna perkahwinan.Guru menjawab: “Sama seperti ranting tadi,namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan.” Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan  keluarlah Plato dengan membawa pohon yang tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah.

Gurunya pun bertanya,maka jawab Plato: “Saya dapati pohon yang indah daunnya,besar batangnya.Tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan.Akhirnya saya tinggalkan.Kemudian saya temukan pohon yang tidak terlalu buruk,tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak dapat menemukan pohon seperti ini di depan sana.”

“Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya dan menjadikannya indah” Lalu sang guru berkata: “Itulah makna perkahwinan.Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya di dalam hutan,tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih,tidak satu pun akan 
kita dapati”

Kerana kesempatan itu hanya datang sekali dan kita harus terus maju seperti waktu yang bergerak ke depan yang tidak pernah tersimpan pada hari kelmarin dan bersemayam pada masa lalu kita.








Ahad, 13 Mac 2011

Aku amat menyintainya,sungguh !

Tok imam sudah hampir selesai membacakan doa pada majlis pengebumian itu.Tiba-tiba lelaki tua berumur 78 tahun berseru dengan nada sedih."Aduh,aduh betapa besarnya cintaku kepadanya." Rupa-rupanya,dia adalah suami kepada wanita yang baru sahaja diturunkan ke liang lahad itu.

Sudah 50 tahun lamanya mereka berkongsi hidup.Keluh kesahnya itu terasa menganggu ketenangan upacara yang berlangsung khusyuk itu.Para anggota keluarga dan teman-teman yang berdiri di sekeliling nampak kaget dan kekok kerana dia yang seolah-olah tidak dapat mengawal diri.

Anak-anak mereka yang semuanya sudah dewasa,berusaha untuk menenangkannya."Sudahlah ayah,kami faham bagaimana perasaan ayah.Bersabarlah." Lelaki tua itu menatap keranda yang dengan perlahan-lahan dikambus dengan tanah sementara imam memulakan talkin.

Setelah selesai,sanak keluarga dipersila mengaburkan tanah dan bunga di atas kuburan sebagai tanda bahawa maut merupakan akhir yang pasti.Hadirin secara bergilir-gilir melakukannya kecuali lelaki tua yang meratap hiba tadi.

"Aduh,aku sangat menyintainya!" keluhnya lagi dengan suara keras.Ketiga-tiga orang anaknya berusaha lagi untuk mententeramkannya tetapi ia kelihatan semakin sedih dan tertekan."Aku amat menyintainya,sungguh!"
Dan ketika para pelawat mulai berganjak pergi,lelaki itu tetap sahaja berlutut di samping pusara isterinya yang merah.

Imam menghampirinya: "Saya tahu bagaimana perasaan anda tetapi kini sudah waktunya pergi.Kita semua harus bersurai dari sini dan meneruskan kehidupan kita."

"Imam,betapa besarnya cintaku kepadanya," keluh lelaki malang itu dengan sedih.Anda tidak mengerti.Saya pernah sekali hendak mengucapkan kepadanya."

Kelemahan terbesar dari kebanyakan manusia adalah keseganan untuk menyatakan betapa mereka menyayangi insan-insan yang dekat dengan kita sewaktu mereka masih hidup.


Sabtu, 12 Mac 2011

Boleh tak kita puaskan hati orang?


Assalamuaikum  kepada rakan-rakan blogger sekalian.Saya ingin berkongsi sebuah cerita kepada semua.Kisah ini mengenai seorang penjual ikan di pasar borong.Dia menyediakan papan tanda “di sini jual ikan segar” di tempat dia menjual ikan.



Pada suatu hari…

Lelaki: Kenapa perlu tulis “di sini” ? Semua orang tahu kamu menjual ikan di sini,bukan di sana?

Penjual ikan: Ya tak ya..

Penjual ikan itu terus membuang ayat “di sini” di papan tandanya.Di papan tandanya sekarang,tertulis hanya “ jual ikan segar” Tidak lama kemudian…

Wanita: Kenapa perlu tulis segar..? Bukan ke semua orang tahu kamu bukannya jual ikan   busuk…!

Penjual ikan: Betul juga ya…

Penjual ikan membuang perkataan “segar”.Hanya tertulis “jual ikan” di papan tandanya sekarang.

Tidak lama kemudian,datang lagi seorang pemuda datang menegurnya…

Pemuda: Kenapa tulis jual…? Bukan ke semua orang tahu ikan ini untuk dijual bukannya untuk dipamerkan…?

Penjual ikan: Ya…ya..betul tu…

Sekarang dia membuang perkataan “jual”,hanya tinggal perkataan”ikan” di papan tandanya.

Tak sampai seminit,datang lagi seorang pemuda datang menegurnya..

Pemuda: Kah…! Kah…!  Apa kamu ni…! Apa perlu tulis ikan …? Semua orang tahu kamu jual ikan, bukannya jual daging…! Kah…! Kah…! Kah…!

Kesudahannya,penjual ikan itu terus membuang papan tandanya.

Pengajarannya,manusia ini berbeza pendapat,mustahil kita boleh puaskan hati semua orang.Lagi satu pengajaran,kalau kita terus terima bulat-bulat pendapat orang tanpa kita kaji dahulu,akhirnya kita juga yang rugi.









Selasa, 8 Mac 2011

Pemenang 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest


Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua.Saya masih tak sihat lagi,belum pulih daripada batuk.Semua orang pasti tertunggu apa jawapan untuk 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest dan siapa pemenangnya kan.Ok hari ini saya akan berikan jawapan untuk teka-teki itu dan umumkan siapa pemenangnya.


Soalan teka teki:

Terdapat seorang pakcik tua.Dia ini seorang yang buta.Suatu hari,dia mahu melintas sebuah jalan yang penuh dengan kereta.Yang peliknya,pakcik itu berjaya melintas jalan itu tanpa dilanggar kereta.Macam mana dia boleh berjaya sedangkan dia nie kan buta?


Jawapannya ialah pak cik tua itu hanya buta huruf je....Hehehe...So pemenang utama ialah Osmera 

Pemenang kedua ialah Orang Kampung

Pemenang ketiga ialah Farhana Sahri

Saya pilih pemenang kedua dan ketiga berdasarkan jawapan mereka hampir tepat.Hadiah untuk 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest ialah sebuah cenderamata yang menarik.Kepada 3 pemenang ini,sila emailkan nama anda dan alamat anda ke roszaliza@hotmail.com

Isnin, 7 Mac 2011

Demam + Batuk + Selesema

Assalamualaikum kepada semua.Hari ini saya tak sihat lagi.Demam,batuk dan selesema.Hari ini,saya bekerja seperti biasa walaupun tak larat.Bersemangat nak keje.Degil jugak kan saya ini.Jika tak sihat,berehat la kat rumah kan.Buat apa bersusah payah nak datang bekerja.Bila saya sampai tempat kerja iaitu makmal biokimia,saya terbatuk-batuk hingga menganggu tumpuan saya  untuk buat kerja.Tengah hari tadi, saya pergi jumpa doktor kat Jabatan Kecemasan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah,Temerloh Pahang.Batuk saya makin teruk sampai sakit dada saya untuk bernafas.Huhu...Jururawat ambik darah saya untuk ujian Full Blood Count(FBC).Hmm...Result FBC,semuanya normal.Alhamdullilah.Doktor bagi ubat paracetamol(PCM) untuk demam,bisolvan iaitu ubat pil untuk batuk dan thymol gargle untuk sakit tekak.Saya harap saya dapat tidur lena malam ini kerana sebelum ini,tidur saya terganggu kerana batuk yang berterusan pada waktu malam selama seminggu.Huhu..Suara saya pun dah serak dan "rock".







Sabtu, 5 Mac 2011

Aku ingin beli masa ayah

Seperti biasa,Harith,ketua jabatan di sebuah syarikat swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam. Tidak seperti biasanya,Imran,putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membukakan pintu.Imran nampaknya sudah menunggu cukup lama.

"Eh,kenapa belum tidur?" sapa Harith sambil mencium anaknya.Biasanya,Imran memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia akan berangkat ke pejabat pagi hari.

Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu,Imran menjawab,"Imran tunggu ayah pulang sebab Imran  mahu tanya berapa gaji ayah?" "Gaji ayah ? Ini mesti mahu minta duit lagi,kan?" "Taklah ayah.Saja Imran nak tahu."Okey,Imran boleh hitung sendiri.Setiap hari,ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM400.Setiap bulan ayah kerja kira-kira 25 hari.Jadi,gaji ayah dalam satu bulan berapa?"

Imran berlari mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar.''Jika satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam,bererti satu jam ayah menerima gaji RM40,katanya."Pandai anak ayah.Sudah,sekarang cuci kaki,masuk tidur,"perintah Harith.Tetapi Imran tak berganjak.Imran kembali bertanya,"Ayah,boleh tak kalau Imran nak pinjam RM10?" Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni.Ayah penat ni.Ayah nak mandi,lepas tu ayah nak tidur,esok ayah kerja lagi.Imran pun pergi tidur ye.Esok nak sekolah." "Tapi ayah...." kesabaran Harith sampai ke kemuncak.

"Ayah kata tidur!" herdiknya mengejutkan Imran.Anak kecil itu pun berlari menuju kamarnya.Usai mandi,Harith mulai diburu rasa menyesal.Sebelum tidur,dia menjenguk bilik tidur Imran.Anak kesayangannya itu sedang menangis.Di tangannya ada wang kertas sebanyak RM10.Harith menghampiri si anak dan berbaring di sisinya sambil berkata,"Maafkan ayah,nak.Ayah sayangkan Imran.Tapi,buat apa Imran minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan,esokkan boleh.Jangan RM10,lebih dari itu pun ayah boleh bagi."

"Ayah,Imran bukan minta duit ayah,Imran nak pinjam je.Nanti,bila duit tabung Imran cukup,Imran bayarlah balik dekat ayah."Yelah,tapi nak buat apa?"tanya Harith lembut."Imran tunggu ayah dari pukul 8 pagi lagi.Imran nak ajak ayah main ular tangga.Tiga puluh minit je.Ibu selalu cakap waktu ayah berharga.Jadi,Imran mahu beli waktu ayah.Imran buka tabung tapi ada RM10 sahaja.Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40,kalau setengah jam RM20.Duit tabung Imran kurang RM10.Imran nak pinjam daripada ayah,"kata Imran.Harith terdiam.Dia kehilangan kata-kata.Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.

Begitulah...........betapa saat ini banyak anak yang sangat merindukan saat-saat untuk meluangkan masa bersama-sama dengan ibu bapa mereka.Saat di mana mereka tidak rasa dipinggirkan dan diserahkan kepada pembantu rumah.Mereka tidak perlukan wang yang banyak tetapi lebih dari itu mereka ingin merasakan sentuhan kasih sayang ayah dan ibu.Bukan sedikit wanita yang bekerjaya yang menangis dalam hati ketika anak-anak mereka lebih dekat dengan pembantu rumah berbanding ibu kandung sendiri.

Seorang ibu muda berjawatan tinggi menangis pilu apabila menceritakan detik-detik apabila anaknya yang terlantar sakit di wad hospital tidak mahu dipeluk oleh si ibu sebaliknya memanggil nama pembantu rumah mereka yang ketika itu sedang bercuti di seberang.Buat para ayah di luar sana,jangan sampai mengorbankan waktu bersama anak-anak demi pekerjaan.Memang kerja itu penting.Anda mungkin akan memberikan alasan bahawa akhirnya,duit yang diperoleh akan dibelanjakan untuk makan pakai serta pendidikan anak-anak juga.

Ya,itu memang betul tetapi percayalah,wang ringgit harta benda tidak mampu membeli kebahagiaan anak-anak.Sesungguhnya,peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama orang tua mereka beserta kasih sayang yang tulus ikhlas itu adalah jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainannya,telefon bimbit,top up atau kredit tambah nilai dan lain-lain lagi.


THE FACEBLOG


SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Selasa, 1 Mac 2011

Tarikh 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest Tamat


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.Huhu..Dah lama saya tak update blog saya kan.Dah lama saya tak menulis dalam blog saya..Maafkan saya kerana saya terlalu sibuk dengan kursus di Rompin,Pahang.


Saya ingin memberitahu kepada semua bahawa tarikh 1st GiveAway Queenpink: Teka Teki Contest sudah tamat iaitu hari ini bersamaan 1 MAC 2011.Terima kasih kepada semua yang menyertai.Saya sudah mencari 3 pemenang dengan jawapan yang hampir tepat.Insyaallah dalam masa seminggu,saya akan umumkan 3 pemenang itu.

Dah 3 hari,saya tak sihat.Batuk dan selesema.Suara saya sudah menjadi serak dan 'rock'.Huhu..Suara saya tak seksi dan tak manja sekarang ini.Tak pernah suara saya jadi macam ini.Ada tak petua untuk kembalikan suara yang merdu? Saya suka menyanyi tapi sekarang ini tak boleh nak menyanyi akibat suara ini yang membuatkan 'pitching' saya lari.