Sabtu, 26 Mac 2011

Berkat kekuatan tekad


Suatu masa dahulu,ada seorang kanak-kanak lelaki yang bertugas memasang pendiang api di sekolahnya pada setiap pagi untuk menghangatkan kedinginan pagi,sebelum guru-guru dan murid-murid lain di sekolah memulakan pembelajaran.

Pada suatu hari,berlaku kebakaran di sekolah tersebut dan kanak-kanak tersebut ditemui dengan kesan luka melecur di lebih separuh badannya.Dia segera dibawa ke hospital  berdekatan dan setelah sedar,dia sayup-sayup terdengar seorang doktor memberitahu ibunya,”Anak makcik tiada harapan untuk hidup.Mungkin itulah yang terbaik baginya berdasarkan kecederaan teruk yang dialaminya itu”.

Namun,anak itu tidak ingin mati.Dia bertekad  untuk terus hidup sehingga membuatkan doktor yang merawatnya turut berasa hairan.Tidak beberapa  lama kemudian,dia mendengar lagi doktor tersebut berbicara dengan ibunya “Kebakaran itu menghancurkan begitu banyak daging dari paras pinggangnya ke bawah.Akan lebih baik jika dia mati kerana ia pasti akan lumpuh seumur hidupnya”.

Sekali lagi si anak mengeraskan tekadnya “Aku tidak akan lumpuh.Aku akan berjalan.” Dia akhirnya dibenarkan keluar dari hospital.Setiap hari ibunya memicit kakinya tetapi dia tidak berasa apa-apa.Namun niatnya untuk berjalan tetap sekuat dulu.Hari-harinya menjemukan.Bila tidak berada di tempat tidur,dia hanya terkurung di kerusi roda.

Pada suatu hari yang cerah,ibunya menolak kerusi rodanya keluar menuju halaman agar dia dapat menghirup udara segar.Si anak telah merebahkan dirinya dari kerusi roda.Sambil menarik kedua-dua kakinya ,dia menyeret tubuhnya melintasi rumput nan menghijau.Dia terus menyusuri jalannya menuju tiang  berwarna putih yang menyempadani kawasan rumahnya.

Kemudian,sedikit demi sedikit,dia menggagahi dirinya mencapai tiang berkenaan untuk berdiri sambil bertekad kuat untuk berjalan.Dia mula melakukan hal itu setiap hari sampailah dia berjaya mengelilingi halaman rumahnya,sekalipun dengan bantuan tiang berkenaan.

Akhirnya,melalui urutan setiap hari ,tekad dan keteguhan hatinya ,dia benar-benar mengembangkan kemampuannya untuk berdiri dari berjalan bertatih-tatih,berjalan sendiri dan kemudiannya berlari.Ya,berlari.Dia mula berjalan ke sekolah,kemudian berlari ke sekolah,berlari demi kegembiraan besar yang diperolehnya.Di universiti,dia turut menjadi wakil dalam acara larian.

Bahkan seterusnya di Madison Square Garden, pemuda yang pada mulanya tidak disangka boleh hidup itu ,yang tidak pernah dapat berharap untuk mampu berjalan,jauh sekali berlari,pemuda yang keras hati itu,Dr Glenn Cunningham,memecahkan rekod dunia bagi acara lumba lari jarak 1500 meter!


0 ulasan: