Seperti biasa,Harith,ketua jabatan di sebuah syarikat swasta terkemuka tiba di rumahnya pada pukul 11 malam. Tidak seperti biasanya,Imran,putera pertamanya yang baru belajar di tahun dua membukakan pintu.Imran nampaknya sudah menunggu cukup lama.
"Eh,kenapa belum tidur?" sapa Harith sambil mencium anaknya.Biasanya,Imran memang sudah lelap ketika dia pulang dan baru terjaga ketika dia akan berangkat ke pejabat pagi hari.
Sambil mengekori ayahnya menuju ke ruang tamu,Imran menjawab,"Imran tunggu ayah pulang sebab Imran mahu tanya berapa gaji ayah?" "Gaji ayah ? Ini mesti mahu minta duit lagi,kan?" "Taklah ayah.Saja Imran nak tahu."Okey,Imran boleh hitung sendiri.Setiap hari,ayah bekerja lebih kurang 10 jam dan dibayar RM400.Setiap bulan ayah kerja kira-kira 25 hari.Jadi,gaji ayah dalam satu bulan berapa?"
Imran berlari mengambil kertas dan penselnya dari meja belajar.''Jika satu hari ayah dibayar RM400 untuk 10 jam,bererti satu jam ayah menerima gaji RM40,katanya."Pandai anak ayah.Sudah,sekarang cuci kaki,masuk tidur,"perintah Harith.Tetapi Imran tak berganjak.Imran kembali bertanya,"Ayah,boleh tak kalau Imran nak pinjam RM10?" Buat apa minta duit malam-malam macam ni? Janganlah macam ni.Ayah penat ni.Ayah nak mandi,lepas tu ayah nak tidur,esok ayah kerja lagi.Imran pun pergi tidur ye.Esok nak sekolah." "Tapi ayah...." kesabaran Harith sampai ke kemuncak.
"Ayah kata tidur!" herdiknya mengejutkan Imran.Anak kecil itu pun berlari menuju kamarnya.Usai mandi,Harith mulai diburu rasa menyesal.Sebelum tidur,dia menjenguk bilik tidur Imran.Anak kesayangannya itu sedang menangis.Di tangannya ada wang kertas sebanyak RM10.Harith menghampiri si anak dan berbaring di sisinya sambil berkata,"Maafkan ayah,nak.Ayah sayangkan Imran.Tapi,buat apa Imran minta duit malam-malam begini? Kalau mahu beli mainan,esokkan boleh.Jangan RM10,lebih dari itu pun ayah boleh bagi."
"Ayah,Imran bukan minta duit ayah,Imran nak pinjam je.Nanti,bila duit tabung Imran cukup,Imran bayarlah balik dekat ayah."Yelah,tapi nak buat apa?"tanya Harith lembut."Imran tunggu ayah dari pukul 8 pagi lagi.Imran nak ajak ayah main ular tangga.Tiga puluh minit je.Ibu selalu cakap waktu ayah berharga.Jadi,Imran mahu beli waktu ayah.Imran buka tabung tapi ada RM10 sahaja.Tapi sebab ayah cakap satu jam ayah dibayar RM40,kalau setengah jam RM20.Duit tabung Imran kurang RM10.Imran nak pinjam daripada ayah,"kata Imran.Harith terdiam.Dia kehilangan kata-kata.Dipeluknya anak kecil itu erat-erat.
Begitulah...........betapa saat ini banyak anak yang sangat merindukan saat-saat untuk meluangkan masa bersama-sama dengan ibu bapa mereka.Saat di mana mereka tidak rasa dipinggirkan dan diserahkan kepada pembantu rumah.Mereka tidak perlukan wang yang banyak tetapi lebih dari itu mereka ingin merasakan sentuhan kasih sayang ayah dan ibu.Bukan sedikit wanita yang bekerjaya yang menangis dalam hati ketika anak-anak mereka lebih dekat dengan pembantu rumah berbanding ibu kandung sendiri.
Seorang ibu muda berjawatan tinggi menangis pilu apabila menceritakan detik-detik apabila anaknya yang terlantar sakit di wad hospital tidak mahu dipeluk oleh si ibu sebaliknya memanggil nama pembantu rumah mereka yang ketika itu sedang bercuti di seberang.Buat para ayah di luar sana,jangan sampai mengorbankan waktu bersama anak-anak demi pekerjaan.Memang kerja itu penting.Anda mungkin akan memberikan alasan bahawa akhirnya,duit yang diperoleh akan dibelanjakan untuk makan pakai serta pendidikan anak-anak juga.
Ya,itu memang betul tetapi percayalah,wang ringgit harta benda tidak mampu membeli kebahagiaan anak-anak.Sesungguhnya,peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama orang tua mereka beserta kasih sayang yang tulus ikhlas itu adalah jauh lebih berharga bagi anak-anak jika dibandingkan dengan barang-barang mainannya,telefon bimbit,top up atau kredit tambah nilai dan lain-lain lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan