Rabu, 23 Mac 2011

Saat anda rebah


Pada Sukan Olimpik musim panas pada tahun 1982 di Barcelona,Sepanyol ,terjadi satu peristiwa yang menarik perhatian dunia.Ketika Derek Redman melangkah menuju arena,dia membayangkan kemenangan yang akan diraihnya.Inilah saat yang telah dinanti-nantikan seumur hidupnya.Dalam hatinya,dia tahu bahawa inilah perlumbaan yang telah Tuhan tetapkan baginya,sejak semula ia diciptakan.

Pada minit terakhir sebelum perlumbaan itu dimulai,ia memandang ke arah deretan kerusi penonton,mencari wajah ayahnya.Memang ia ingin meraih kemenangan dalam acara itu untuk dirinya.Tetapi ,lebih dari itu ia ingin mendedikasikan anugerah itu buat ayahnya yang telah banyak berkorban demi membolehkannya menjadi peserta olimpik itu.

Sekarang ia memiliki kesempatan untuk melakukan sesuatu sebagai tanda balas budi kepada ayahnya.Inilah saatnya untuk membuat ayahnya bangga padanya.Tembakan ke udara tanda mula berbunyi.Derek berlari,mengerahkan seluruh kekuatannya.Segalanya tampak baik sampai akhirnya Derek memasuki pusingan terakhir.Tiba-tiba dia terjatuh dan mengalami kejang pada kakinya.

Rasa sakit yang kuat mencengkamnya.Dia berusaha untuk berdiri,berusaha untuk melompat,namun kesakitan itu terlalu menyakitkan baginya.Detik demi detik berlalu,bagai berjam-jam baginya,saat dia rebah menggeliat kesakitan .Dia tidak percaya,beginilah akhir dari perjalanannya selama ini.

Mungkin dia khuatir tentang apa yang difikirkan ayahnya saat itu,apakah ayahnya berasa malu? Apakah ayahnya akan berpaling darinya dan meninggalkannya? Mungkinkah ayahnya berfikir: Oh,bagus sekali.Jadi selama ini waktu terbuang percuma hanya untuk seorang yang bahkan tidak dapat menyelesaikan pertandingan sama sekali?

Ternyata sama sekali bukan itu yang sedang  difikirkan oleh  ayahnya.Nun di atas sana,di antara kerusi –kerusi penonton,ayahnya melompat berdiri.Segera ia menyelusup di antara kerumunan penonton.Saat itu ada ribuan penonton yang sedang berdiri melihat anaknya,dan terkejut melihat anaknya sedang menderita di dalam arena.

Seorang pengawal keselamatan menghentikannya dan berkata,”Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam arena.” Ayah Derek menjawabnya dengan kata-kata sederhana,”Itu anak saya encik” Maka penjaga itu tidak menghalangnya lagi.Dia melewati para penjaga itu dan masuk ke trek larian.Dan sementara ribuan orang bersorak riuh-rendah padanya,dia memapah anaknya menuju ke garisan penamat.

Selain menunjukkan tentang kasih sayang bapa anak,mungkin sebahagian besar daripada kita merasakan seolah-olah telah rebah dan anda mencuba untuk bangun dan gagal,mencuba dan gagal lagi.Tetapi tidak mengapa,sekurang-kurangnya anda tidak lekas putus asa menerima ujian.Jika gagal juga,percayalah.Dia sentiasa ada buat kita.Dan dari rasa percaya itu kan lahir pelbagai keajaiban….



0 ulasan: