Filem "Highland Tower" ialah sebuah filem hasil idea dan olahan pengarah hebat Pierre Andre yang menggunakan konsep found footage dan hanya melalui sedikit penyuntingan untuk mengekalkan keaslian filem ini.
Filem ini mengisahkan pengembaraan Mikael dan Shima yang merupakan pengacara untuk satu program televisyen. Mereka mahu menghasilkan sebuah dokumentari mengenai paranormal dan memilih lokasi popular tragedi Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang yang pernah runtuh pada 11 Disember 1993 sehingga mengorbankan 43 nyawa.
Penggambaran telah dilakukan pada waktu malam. Ketika Shima asyik mengambil gambar di sekitar kawasan itu untuk bahan kajiannya dan tanpa disedari lensa kameranya telah merakam objek misteri dan disitu bermula pelbagai kejadian aneh
9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali
-
Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini
tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya
akan berke...
4 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan