SINOPSIS
Selepas memenagi Hunger Games ke-74, Katniss dan Peeta kembali ke
District 12 di negara Panem. Mereka berdua bersedia untuk 'Victory Tour'
di Panem tetapi perasaan mereka tidak menentu. Mereka tidak pernah
bercakap antara satu sama lain sejak kemenangan mereka di Hunger Games
dan Peeta menyedari perasaan Katniss kepadanya cuma sekadar lakonan
kerana diarah oleh guru mereka, Haymitch Abernathy. Katniss bergelut
dengan perasaannya untuk Peeta dan Gale. Pada hari Katniss perlu
bertolak, Presiden Capitol Snow tiba di rumah Katniss dan memberi satu
amaran keras bahawa cintanya dengan Peeta harus meyakinkan rakyat Panem
kerana tindakan mereka telah memulakan rusuhan di semua daerah. Semasa
rusuhan menentang Capitol memuncak, Presiden Snow mengumumkan bahawa
Hunger Games ke-75 akan mengambil pemenang Hunger Games terdahulu yang
masih hidup untuk meraikan 'Quarter Quell', edisi khas Hunger Games
setiap 25 tahun.
Diarahkan oleh Francis Lawrence, "The Hunger Games: Catching Fire"
dibarisi oleh Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody
Harrelson, Lenny Kravitz, Stanley Tucci dan ramai lagi.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan