> SINOPSIS <
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu
(Shahrol Shiro) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang
kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung
hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan
agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di
rumah sewa mereka dan kedua - dua sahabat itu terpukul dengan
perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita
mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada
mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk
kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam
perjalanan mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai
masalah.
0 ulasan:
Catat Ulasan