Ahad, 29 Mac 2015

UCAPAN ULANG TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN

29 Mac 2015...

Kepada suamiku Mohd Zuzi bin Che Ya
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang pertama mamy ucapkan. Semoga ikatan kita kekal selamanya. Tak ada hadiah yang lebih istimewa dapat mamy berikan pada dady melainkan dengan kehadiran bakal cahaya mata kita yang pertama.
Dalam usia setahun perkahwinan kita ni banyak dugaan yang kita tempuhi namun itu semua dugaan sementara dari ALLAH. Semoga segala apa yang kita usahakan dan doakan selama ini tercapai dengan izin ALLAH. InsyaALLAH.
Mamy sayangkan dady sepenuh hati mamy.Terima kasih kerana menerima mamy seadanya dalam hidup dady.
— berasa disayangi.
 
 
 

PEMENANG PERADUAN HIJABISTA " KONGSI DAN MENANG"




SYUKUR ALHAMDULILLAH....

MENANG DALAM CONTEST SPRITZER TINGE X LINE 'TEST YOUR WITS'

 
Syukur Alhamdulillah.Dah lama tak join contest.Sejak akhir-akhir nie..menang banyak hadiah secara percuma

TIPS MUNAKAHAT – MENANGANI SUAMI YANG WORKAHOLIC

 
Dalam dunia yang serba mencabar ini ramai para suami menjadi workaholic, iaitu terlajak komitmen mereka terhadap kerja sehingga dirasakan oleh isteri sebagai mengabaikan rumahtangga. Pada masa yang sama, ada pula suami yang pemalas dan asyik melekat di rumah macam ular sawa.

Ramai pasangan yang mengadu mengalami masalah keretakan rumahtangga yang berpunca dari fenomena ‘suami workaholic’ ini. Kebanyakannya dari kalangan pasangan muda yang rumah tangganya masih belum cukup stabil. Lebih parah lagi jika pasangan itu belum dikurniakan anak sebagai peneman isteri atau golongan suri rumah sepenuh masa.

Keretakan bermula dari sang isteri yang merasa terbiar kesunyian sehingga merasa tertekan. Segala urusan rumahtangga termasuk urusan anak-anak terpaksa diuruskan sendiri, namun gagal meluahkan perasaan dengan bijaksana. Tindakbalas yang diberikan terhadap suami agak keras dan berupa protes yang menimbulkan ketegangan. Ini ditambah pula dengan kerasnya sikap suami.

Berdasarkan pengalaman komuniti RPWP yang memang rata-rata para suaminya adalah dari jenis workalhlic kerana terbeban dengan berbagai tugasan, maka ingin kami kongsikan beberapa tips yang berguna.

KENALI APA YANG MENYEBABKAN SUAMI ANDA WORKAHOLIC.

Petua pertama yang ingin kami kongsikan ialah asas kesefahaman dan saling memahami. Para isteri harus cuba untuk memahami atas sebab apakah suami anda jadi workaholic?

Biasanya suami yang workaholic ialah jenis yang mempunyai cita-cita, tanggungjawab dan komitmen yang tinggi. Ini banyak terjadi kepada lelaki yang menjalankan perniagaan sendiri atau menjadi ketua atau eksekutif di tempat kerjanya. Suami jenis ini banyak memikirkan masa depan dan tanggungjawab berat untuk memastikan kemajuan dan kepentingan syarikat yang diterajuinya.

Ada juga lelaki yang dilihat workaholic kerana tekanan hidup. Mereka terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi menampung keperluan keluarga.

Tidak kurang juga jenis yang agak lemah atau kurang cekap dalam melakukan kerja. Ini jenis yang mengamalkan ‘work hard’ tetapi tidak ‘work smart’. Akibatnya mereka terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menyiapkan kerja yang sama dengan orang lain.

BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI WORKAHOLIC?

1. BERLAPANG DADA - Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa tersisih dengan keadaan suami workaholic. Tekanan itu menyebabkan mereka menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi situasi itu.

2. JANGAN MENCACI – Jangan sekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingat bahawa suami jenis ini hampir menjadikan tugasan atau kerja mereka sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahnya, kerja itu menjadi ‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalam menyuarakan ketidakpuasan hati maka keretakan rumah tangga boleh terjadi dengan mudah.

3. BERI DORONGAN - Cuba dampingi suami jenis ini dengan memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.

4. TAMBAH DAYA TARIKAN, JANGAN TAMBAH KEBOSANANNYA – Suami jenis ini biasanya agak kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang kurang. Ada kalanya akan jadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala keperluannya yang biasa seperti makan pakai dan peralatan kerjanya.

5. JANGAN SUKA MENDESAK - Walaupun kita merasa bosan dan tertekan, cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita. Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan sibuk.

6. BANTU KERJANYA - Jika memang workaholic tidak dapat dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda berkerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar sama-sama boleh dibantu jika perlu.

7. SILATURRAHIM - Lazimkan untuk sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan ke belum? Makan apa? Di mana? atau apa sahaja mesej yang mesra.

8. AMBIL PELUANG ‘QUALITY TIME’ - Minda lelaki jenis ini sentiasa berputar memikirkan kerjanya. Adakalanya ia kurang berbicara. Jangan cepat melatah dan berputus asa. Jika mulutnya berat, cuba pelbagaikan kaedah berinteraksi atau apa sahaja pendekatan yang boleh ‘menggoda nafsu kelelakiannya’ ketika beliau berada di rumah. Contohnya,

a. Hargai kepulangannya dengan mempersiapkan diri dengan apa sahaja yang dia suka menjelang waktu beliau tiba dari tempat kerja. Sebaiknya hubungi beliau melalui telefon atau apa sahaja untuk mengetahui saat ketibaannya dengan tepat.

b. Beri senyuman paling manis, bergegas membuka pintu dan keluar rumah untuk buka gate sebaik sahaja beliau tiba. Bukakan pintu kereta atau bukakan helmetnya jika perlu. Pastikan ada menyarung pakaian ‘luar’ seperti jubah dan tudung yang lengkap ketika keluar menyambutnya.

c. Salam dan cium tangannya dengan penuh keikhlasan. Tundukkan kepala penuh tertib, bukan dengan mengangkat tangannya ke mulut sedangkan kita kekal tegak berdiri tanpa tunduk.

d. Tolong ambil, bawa masuk dan simpankan dengan cermat apa sahaja barang yang dia bawa bersama seperti beg kerja, pakaian, buah tangan atau apa saja.

e. Jika 'keadaan mengizinkan' dakaplah tubuhnya dengan erat, kucup pipi dan mulutnya penuh mesra dan manja. Beri juga peluang beliau untuk saling mencium pipi, kucup mulut, memeluk tubuh, dan ‘bermesra’ dengan tubuh anda semahunya kerana ia halal dan dituntut. Sebaiknya anda mengenakan pakaian paling ‘menjolok mata’ yang boleh beliau lihat dengan rasa ghairah sebaik sahaja anda masuk ke rumah dan melepaskan ‘pakaian luar’ anda.

f. Walaupun beliau kurang berbicara, cuba juga ajak berbual dengan soalan yang tidak merimaskan beliau. Jangan lontarkan soalan ‘bodoh’ yang membosankan fikirannya. Orang begini hanya melayan sesuatu yang berkualiti dan diminati sahaja. Jauhkan adu domba di saat beliau baru pulang dan tidak tenang.

g. Cuba dekati beliau di dalam rumah dengan layanan seperti membukakan stokin, kot, jaket, baju dan menyimpannya dengan baik.

h. Sebaik sahaja beliau duduk, pastikan anda sudah sediakan minuman dan makanan ringan kesukaannya.

i. Tawarkan beliau untuk diurut kaki atau tangan dengan penuh teliti dan kasih sayang sebaik sahaja beliau duduk. Jangan mengurut dengan gaya malas atau acuh tak acuh, sekejap urut sekejap berhenti, terutamanya jika anda mengurut sambil menonton tv. Ini akan membuatkan suami anda merasa bosan dan membenci. Ingat, suami jenis ini amat teliti dan sensitif. Beliau boleh rasa samada anda berlakun dengan fasik atau ikhlas dan bersungguh-sungguh.

j. Tawarkan juga jika beliau ingin mandi bersama bahkan jika beliau inginkan ‘sesuatu’ yang lebih dari itu. Hargai ‘permintaannya’ dengan penuh bangga kerana itu tanda anda sangat ‘berharga’ padanya. Itu juga tanda anda bijak kerana berjaya ‘menggoda’nya sebagai isteri yang berkualiti untuk seorang suami.

k. Jika beliau tidak menjamah makanan atau sedang melakukan kerja, ambil peluang ini untuk anda mendekatinya. Contohnya ambil makanan dan tawarkan untuk menyuapnya dengan manja dan penuh kasih sayang. Jangan pula anda ganggu anggota tubuhnya jika beliau sedang khusyuk melakukan kerja, juga jangan teruskan suapan makanan ketika ia kelihatan sedang khusyuk bekerja seperti menaip dan sebagainya.

l. Selain perhubungan maya, carilah juga jalan apa sahaja untuk mendekatkan diri secara fizikal dengan suami. Contohnya, jika suami bekerja sendiri atau anda bebas hadir ke tempat kerjanya, hantarkan bekalan makanan dan ajak suami makan sama di pejabat atau tempat kerja. Jika ‘keadaan mengizinkan’, anda juga boleh suap beliau ketika sedang berkerja seperti menaip atau sebagainya - seperti di gambar hiasan.

KESIMPULAN

Keretakan rumahtangga sering timbul kerana salah faham yang asyik menimbulkan selisih faham. Sebagai isteri, kitalah yang harus tunduk kepada suami. Cubalah memahami situasi suami anda agar anda mampu bertolak ansur dan bersabar dengan sikap workaholicnya. Jangan paksa suami anda untuk memahami anda sehingga ke tahap bertegang dan menghina peribadi dan kerjayanya.

Perkara yang paling sukar untuk kita ialah bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda ada suami yang workaholic, cuba syukuri kerana di luar sana ada suami yang pemalas dan tidak suka kerja. Bahkan ada suami yang langsung tidak mahu kerja dan asyik meminta wang belanja dari isteri sahaja. Lebih malang lagi ada wanita di luar sana langsung tidak merasa hidup bersuami pun.

Jika kita tidak mampu menarik suami kita, dan memang itu agak sukar kerana ego suami begini memang tinggi dan sukar dilentur, biar kita pula yang mengalah untuk mendekati dia. Godalah ‘dia’ dengan apa sahaja kelebihan yang ada pada kita sepertimana yang disenaraikan di atas. Janganlah cepat merasa tertekan dan berputus asa.

Kami telah mengamalkannya dan kami telah dapati ia sangat berjaya. Selamat mencuba. InsyaAllah kami doakan anda akan turut merasa bahagia

Viral! Wanita Obses Coca Cola, Hias Satu Rumah

Orang kata bila anda obses pada sesuatu anda sanggup lakukan apa sahaja asalkan memenuhi keinginan anda. Sama seperti wanita dari Ireland ini yang obses dengan Coca Cola sehingga sanggup berbelanja berpuluh-puluh ribu dolar untuk menghias kediamannya dengan pelbagai koleksi jenama tersebut yang dikumpulkannya sejak berpuluh tahun lalu.
Wanita terbabit, Lillian Glanmire turut melatari hiasan dalaman rumahnya dengan warna merah dan putih yang sinonim dengan logo minuman bikarbonat terbabit. Kebanyakan item unik yang terdapat dalam rumahnya itu diperoleh ketika melancong ke luar negara sejak 30 tahun lalu di mana di setiap negara yang dikunjungi, pasti Lillian tidak ketinggalan mencari barang-barang unik dan rare berkaitan Coca Cola.
Jika anda tercari-cari konsep hiasan dalaman rumah, mungkin ini contoh terbaik.. heheheh
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.12 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.15 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.18 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.21 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.24 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.28 AM
Screen Shot 2015-03-10 at 8.54.33 AM


Anda Teruja Nak Tonton Filem Superhero Marvel’s Avengers: Age of Ultron?



AVENGERS AGE OF ULTRON_PAYOFF
Sinopsis
Filem ini mengisahkan tentang Avengers yang berkumpul semula untuk melawan sebuah robot yang telah menjadi ancaman terbesar terhadap kehidupan manusia dan alam sejagat setelah ianya dibebaskan oleh pencipta robot tersebut, Dr. Hank Pym. Filem hebat ini telah diarahkan oleh Joss Whedon. Filem ini dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Robert Downey Jr., Chris Evans, Chris Hemsworth, Elizabeth Olsen dan ramai lagi.
Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Pengembaraan / Fantasi
Tarikh Tayangan: 23 April 2015
Bahasa: English
Pengedar: WALT DISNEY PICTURES
Pengarah: Joss Whedon
Pelakon: Robert Downey Jr., Chris Evans, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson, Jeremy Renner, Cobie Smulders, Samuel L. Jackson, James Spader, Elizabeth Olsen, Aaron Taylor-Johnson





 

Ketahui Cara Buat Kek Aiskrim, Mudah & Enak!

Kredit foto: Paisley Petals Cakes 

 

Langkah-langkah penyediaan kek aiskrim adalah seperti berikut:
1. Ini merupakan bahan-bahan dan barang keperluan untuk menyediakan kek aiskrim.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
2. Balutkan loaf pan anda menggunakan cling wrap. Tinggalkan aggaran 3″ lebihan plastik pada setiap bahagian loaf pan.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
3. Letakkan aiskrim pilihan anda ke dasar bekas loaf pan tersebut dan ratakan dengan menggunakan sudu ataupun spatula.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
4. Celupkan biskut sponge fingers ke dalam campuran air kopi selama 3-4 saat dan susunkan di atas lapisan aiskrim sebentar tadi. Jangan biarkan biskut terendam terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan susah untuk disusun.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan membuat lapisan aiskrim di atas lapisan biskut sehingga memenuhi bekas. Pastikan, lapisan atas sekali apabila siap adalah lapisan biskut.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
6. Balutkan lapisan kek aiskrim yang telah siap dengan lebihan plastik dan simpan di dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam).
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
7. Setelah dibiarkan semalaman, dan aiskrim telah betul-betul beku, buka pembalut tersebut dan terbalikkan ia di atas pinggan besar.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
8. Tuangkan sedikit sos coklat di atas kek aiskrim.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
9. Akhir sekali, letakkan beberapa scoop aiskrim di atas kek aiskrim tersebut mengikut citarasa anda. Sejukkan di dalam peti sejuk sehingga ia sedia untuk dimakan.
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
9. Siap untuk dimakan!
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Kredit foto: Paisley Petals Cakes
Di bawah merupakan beberapa perisa kek aiskrim lain yang boleh anda cuba:
Tiramisu: Lapiskan ais krim vanila dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan campuran air kopi. Letakkan sedikit serbuk koko di atas biskut sebelum dilapiskan dengan aiskrim vanila. Hiaskan dengan serbuk koko.
Very Berry Frozen Yogurt: Campurkan ½ cawan beri segar yang dicincang ke dalam yogurt beku berperisa vanila dan lapiskan dengan biskut sponge fingers. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
Black Forest: Campurkan ceri (dalam tin) bersama ais krim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan lebihan jus daripada ceri dalam tin. Hiaskan dengan parutan coklat dan krim putar.
Death by Chocolate: Tuangkan sedikit sos coklat ke dalam aiskrim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup ke dalam air minuman coklat (disejukkan). Hiaskan dengan sos coklat mengikut citarasa anda.

Anda Selalu Kena Hidung Berdarah? Ini 5 Cara Atasi

Selalunya kita akan takut dan cemas setiap hidung berdarah. Malah, hidung berdarah biasa dikaitkan dengan faktor persekitaran dan lebih-lebih lagi ketika musim panas. Kadang-kadang perkara remeh pun boleh buat hidung berdarah. Jadi, apa yang harus dibuat jika terkena hidung berdarah?
Suhu badan terlalu tinggi
Faktor cuaca antara penyebab berlakunya gejala hidung berdarah pada seseorang. Keadaan udara yang terlampau (terlalu sejuk dan panas) boleh mencetuskan hidung berdarah. Ini kerana tubuh badan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suhu yang naik atau turun mendadak.
Cegah – Rawatan pencegahan yang boleh anda lakukan adalah dengan memperbanyakkan mengambil air kosong atau air suam bagi memastikan badan sentiasa sejuk dan tidak terhidrat. Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda. Selain itu, anda juga boleh melakukan kaedah mudah dengan membasahkan hidung serta pastikan kawasan hidung sentiasa lembap.
Persekitaran 
Hidung berdarah juga boleh berlaku disebabkan faktor persekitaran seperti pencemaran. Udara yang kotor dan tercemar akan mengganggu selaput lendir pada hidung. Akibatnya, hidung mengeluarkan darah. Keadaan tempat yang penuh dengan asap rokok, asap kenderaan boleh juga menjadi puncanya, jadi elakkannya. Keradangan seperti masalah alahan hidung yang tidak terkawal atau selalu bersin boleh menyebabkan hidung berdarah.
Cegah – Anda harus mengutamakan kebersihan persekitaran rumah anda. Pastikan tiada habuk yang melekat pada sudut-sudut rumah yang boleh menyebabkan alahan pada anda.
Penggunaan ubat
Ubat jenis steroid yang kerap diambil untuk melegakan hidung tersumbat mungkin boleh menimbulkan pendarahan hidung ini. Jadi individu yang tidak sesuai dengan ubat tertentu juga boleh mengalami hal yang sama.
Cegah – Maklumkan dan mintalah nasihat doktor jika ubat tersebut tidak sesuai dengan anda dan menyebabkan hidung berdarah.
Resdung atau jangkitan
Pendarahan hidung boleh dicegah dengan mengubati penyakit sinusitis atau resdung. Resdung akan menyebabkan hidung anda kerap berair, gatal dan berbau yang boleh mengundang kegatalan pada hidung. Masalah ini akan menyebabkan anda akan menghembus hidung dengan kuat dan mudah juga terjadi seseorang yang mengalami masalah resdung akan bersin dengan terlalu kuat.
Cegah – Hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Anda harus merawat masalah resdung dengan segera kerana masalah resdung yang teruk bukan sahaja akan menyebabkan hidung berdarah tetapi juga boleh mengundang penyakit lain.
Tabiat korek hidung
Tabiat adalah kebiasaan yang selalu seseorang itu lakukan dalam kehidupan seharian. Tabiat berkaitan hidung yang kerap dilakukan adalah mengorek hidung. Sekiranya hidung kering dan berkerak jangan sesekali mengorek dengan kuku yang tajam dan terlalu dalam. Mengorek hidung dengan terlalu kuat boleh mencederakan dinding selaput lendir.
Cegah – Anda perlu berhati-hati dan sebaiknya gunakanlah pelembab atau minyak bayi bagi membersihkan rongga hidung. Berlembutlah dengan hidung anda.
Majalah Rapi

EPISOD AKHIR TEMAN LELAKI UPAHAN

Drama bersiri Teman Lelaki Upahan bakal melabuhkan tirai pada episod terakhirnya pada hari ini malah hubungan Kyra Lydia dan EL makin tegang? Rasa cinta El yang mekar buat Kyra Lydia dahulunya berganti menjadi dendam setelah Kyra membatalkan perkahwinan mereka.
Drama yang mula ditayangkan pada 9 Februari lalu ternyata menjadi tumpuan ramai dan menambat hati peminat drama tempatan. Dan lebih mengagumkan mereka yang sebelum ini bukan peminat drama turut tertarik mengikuti perkembangan cinta EL dan Kyra hasil adegan yang lucu dan serius yang menjadi.
Watak Ezwan Lutfi atau El yang dilakonkan oleh Ungku Ismail benar-benar menghidupkan nadi drama tersebut malah gandingan bersama Siti Elizad sebagai Kyra Lydia adalah satu pertaruhan yang berbaloi dan dalam masa yang sama mengangkat dua nama pelakon ini.


Selain itu, dalam temubual bersama majalah EH!, Siti Elizad sempat memberi hint bagaimana episod akhir Teman Lelaki Upahan ini akan menutup tirai.
“Apa yang saya boleh kongsikan adalah akan ada konflik di pertengahan sebelum episod akhir. Saksikan siapakah yang akan EL pilih untuk kebahagiaannya,” jelasnya sambil mengakui pada mulanya dia menolak untuk melakonkan watak Kyra namun akhirnya berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pengarah.
Drama yang diadaptasi dari novel karya Azura Rasiddin dan diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan Idora Abdul Rahman ini turut dilakonkan oleh Fikhree Bakar, Izara Aishah, Wan Raja, Sharifah Aleysha, Dian P. Ramlee, Zarynn Min, Adik Alleeya, Shah Iskandar dan ramai lagi. 

 

Khamis, 19 Mac 2015

Masak telur dadar gebu lagi melazatkan



Telur dadar ini boleh dikatakan sebagai makanan wajib tidak kira bujang atau yang sudah berkahwin kerana ia boleh dimakan dengan nasi ataupun dimakan begitu sahaja.
Walaupun ia mudah dan cepat untuk dimasak, namun tidak ramai yang tahu bagaimana hendak menggebukan telur dadar.
Bahan-bahan- 2 biji telur
- Garam (secukup rasa)
- Cili (dipotong)
- Bawang besar (dihiris)
- Mayonis
- Minyak

Cara-cara
- Pertama, pecahkan telur ke dalam mangkuk kemudian letakkan secubit garam.
- Kedua yang juga rahsia untuk menjadikan telur dadar gebu adalah mayonis. Masukkan mayonis ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Pastikan mayonis anda telah berada dalam suhu bilik kerana jika sejuk ia akan menyebabkan mayonis berketul.
- Kemudian masukkan cili yang dipotong dan bawang besar. Anda juga boleh menambah bahan lain seperti udang, daging ataupun isi ayam. Kacau semula untuk dua minit.
- Panaskan minyak terlebih dahulu dan selepas kuali sudah panas tuangkan perlahan-lahan ke dalam kuali.
- Apabila lapisan bawah sudah sedikit masak, terbalikkan telur tersebut ke bahagian yang lagi satu.
- Hidangkan bersama nasi putih bersama sup atau dimakan begitu sahaja.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Kebaikan air kosong yang lelaki tidak tahu



Semua sudah sedia maklum dengan kebaikan meminum air kosong setiap hari, tetapi sehingga kini masih ramai yang mengabaikan pengambilan air kosong.
Sebaliknya lebih gemar meminum minuman berkarbonat, kopi atau air yang berperisa terutamanya golongan lelaki.

Bagi lelaki di luar sana yang tidak tahu kebaikan air kosong, ia sebenarnya adalah asa kepada kesediaan tubuh yang kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan.

Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan golongan lelaki di luar sana mengenai kebaikan air kosong yang dipetik dari sebuah
portal gaya hidup tempatan.

Bantu sistem badan
Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras dengan yang baru. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.

Bantu bentuk darah baru
Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises. Mucosal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar yang baru dihasilkan 'musical fold' ini.

Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja musical fold, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah merupakan faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.

Petua minum air kosong:
• Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik sahaja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dahulu.
• Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.
• Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tetapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu.

CHAPPIE



Seorang jurutera robot senjata, Deon Wilson (Dev Patel), telah mencuri sebuah robot milik pihak polis untuk menguji program terbaru rekaannya yang membolehkan robot tersebut mempunyai deria seperti manusia. Tetapi apabila kumpulan penjenayah telah menculiknya, robot tersebut, Chappie (Sharlto Copley), terpaksa terlibat dalam dunia penjenayah yang penuh dengan keganasan. Pada masa yang sama, rakan kerja Deon, Vincent (Hugh Jackman,) yang mendapat tahu rancangan Deon sanggup mempertaruhkan segalanya untuk menjatuhkan Deon.

Klasifikasi: 18
Genre: Aksi / Ngeri
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2015
Bahasa: English
Pengedar: SONY PICTURES RELEASING INTERNATIONAL
Pengarah: Neill Blomkamp
Pelakon: Hugh Jackman, Dev Patel, Sigourney Weaver, Sharlto Copley, Jose Pablo Cantillo

Jumaat, 13 Mac 2015

KASUT ‘MELISSA X CINDERELLA’ LENGKAPKAN IMEJ BAK SANG PUTERI

316645151205

Bersempena dengan penghasilan semula filem klasik Disney, Cinderella, Melissa memperkenal dua reka bentuk kasut baharu yang menyerlah untuk rangkaian kasut klasik Ultragirl dan Lady Dragon yang akan membuat setiap wanita merasa seperti seorang puteri!
Kedua-dua reka bentuk kasut tersebut mempunyai rama-rama pada hujungnya yang menandakan kesucian, keindahan dan impian kerana ia bersesuaian dengan Cinderella yang terkenal dengan hati yang baik dan berani untuk mempunyai impian.
Kasut Melissa Ultragirl Cinderella boleh didapati dalam 4 pilihan warna yang menarik seperti berikut:
316630600500316630635500316630647800316631960400
Manakala, kasut Melissa Lady Dragon Cinderella pula tidak diragui adalah ‘kasut kaca’ untuk semua puteri.
316645151205316645151201
Koleksi kasut Melissa Cinderella ini boleh didapati di butik-butik MDREAMS (Pavilion, 1 Utama, dan The Gardens Mall) mulai Julai 2015.

HABBATUS SAUDA — PENAWAR PELBAGAI JENIS PENYAKIT

Kredit foto: pondokibu.com


Habbatus Sauda atau dikenali sebagai jintan hitam (Nigella sativa Linn.) merupakan sejenis tumbuhan herba yang berbunga secara tahunan. Ia tumbuh asli di bahagian selatan dan barat daya, benua Asia.
Pokok Habbatus Sauda mempunyai ketinggian 20 – 30 meter, manakala struktur daunnya lurus dan halus. Biji Habbatus Sauda yang berwarna hitam akan diproses atau dikisar sehingga mengeluarkan minyak, yang kemudiannya diminum untuk kesihatan atau digunakan dalam perubatan tradisional bagi merawat kencing manis. Di samping itu, terdapat juga yang dimasukkan ke dalam kapsul sebagai ubat untuk merawat penyakit.
Habbatus Sauda merupakan tumbuhan herba yang dianjurkan dalam agama Islam untuk merawat pelbagai jenis penyakit.
Diriwayatkan dari Aisyah RA, beliau mendengar Rasullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda’ boleh menyembuhkan segala penyakit kecuali Al-Sam”.
Aku bertanya, “Apakah Al-Sam itu?”
Baginda menjawab, “Al-Sam itu ialah maut”. – Hadis Riwayat Imam Bukhari
Antara Khasiat Habbatus Sauda
  1. Menguatkan sistem pertahanan tubuh badan. Kandungan yang lengkap dalam Habbatus Sauda menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit.
  2. Melancarkan peredaran darah dan membantu ke arah penyembuhan semula jadi.
  3. Membekalkan sel-sel yang diperlukan untuk menambah keupayaan tubuh, menyingkirkan ketumbuhan yang mengakibatkan barah.
  4. Membantu menguatkan kembali fungsi buah pinggang, hempedu, hati, jantung dan organ-organ lain dalam tubuh. Oleh itu, ia boleh membantu pesakit kencing manis, darah tinggi, gaot, jantung dan sebagainya.
  5. Kandungan nigellon yang terdapat di dalamnya adalah baik dan paling berkesan untuk merawat masalah kesukaran bernafas, asma dan lelah.
  6. Membersihkan perut, membuang angin, kahak dan pelbagai tindak balas berlaku semasa rawatan. Namun, ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan dan selamat digunakan.
  7. Minyak Habbatus Sauda membantu merawat kanser payudara dan kanser usus.
  8. Melancarkan pengeluaran susu bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan.
 Sumber: Women Online Magazine

JOM MASUK PERADUAN YEO’S YEOGURT ‘DRINK & WIN’, WANG TUNAI RM10,000 MENANTI

Screen Shot 2015-03-12 at 1.37.04 PM

Yeo’s amat berbangga menjadi syarikat minuman dan makanan pertama di Malaysia yang mengeluarkan minuman tanpa perlu didinginkan yang mengandungi susu dan asid laktik.Yeo’s Yeogurt dirumus khas supaya warga Malaysia dapat menikmati minuman yang sedia diminum dan berkhasiat untuk sistem penghadaman yang sihat. Keunikan Yeo’s Yeogurtadalah minuman ini tidak perlu disejukkan dan akan kekal segar walaupun disimpan dalam suhu bilik.
Yeo’s Yeogurt mempunyai enam pilihan yang lazat, antaranya ialah Asli, Anggur, Oren, Mangga, Epal Hijau, dan Laici. Selaras dengan pegangan slogan, “Yeo’s, Pilihan Semulajadi”, kesemua Yeo’s Yeogurt ini tidak mengandungi bahan pengawet tambahan.
Screen Shot 2015-03-12 at 1.37.31 PM
Bukan itu sahaja, anda ljuga boleh turut serta dalam peraduan “Yeo’s Yeogurt” ‘Drink & Win’ yang berlangsung selama 10 minggu, yang bertujuan memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi hadiah yang lumayan.
Selama 10 minggu berturut-turut, peraduan yang akan bermula dari 12 Mac hingga 22 Mei 2015, bakal menyaksikan 3 pemenang mingguan memenangi satu unit iPad Air Wifi 16Gkeluaran terbaru setiap seorang. Pada penghujung peraduan, pemenang utama akan membawa pulang sebuah Macbook Pro 13” bersama wang tunai sebanyak RM10,000. Pemenang tempat kedua pula akan menerima sebuah Macbook Air 11” diikuti pemenang tempat ketiga akan menerima iPhone 6 64G.
Langkah Pernyataan :-
1. Beli mana-mana jenis Yeo’s Yeogurt dalam apa sahaja jenis saiz kotak.
2. Ikuti akaun wechat Yeo’s Malaysia dengan mengimbas kod QR pada bahagian atas poster yang terdapat di cawangan-cawangan yang terpilih, atau ikuti akaun Yeo’s Wechat melalui Wechat ID: YeosMalaysia
3. Peserta hendaklah mengambil gambar resit dan masukkan jumlah kotak yang telah dibeli. Gambar resit haruslah disimpan bagi tujuan pengesahan.
4. Setiap penyertaan yang berjaya, anda akan menerima pemberitahuan dari akaun rasmiYeo’s Malaysia diikuti dengan lampiran imej.
5. Jawab soalan mudah yang berkaitan dengan imej berkenaan: “Yeo’s Yeogurtmengandungi khasiat? ” Pilih A : Susu atau B : Coklat
Bagi maklumat lanjut mengenai peraduan ini, layari www.yeos.com.my/drinknwin
Step-By-Step :-
Screen Shot 2015-03-12 at 1.45.27 PM


Screen Shot 2015-03-12 at 1.48.58 PM

Screen Shot 2015-03-12 at 1.50.38 PM
Screen Shot 2015-03-12 at 1.50.42 PM

JOM KLIK

UM keluarkan Hasil Kajian Terbaru Tentang Rokok Seludup,Dan Ia Amat Mengejutkan
Mungkinkah kita semua TERTIPU selama ini? Lebih-lebih lagi mereka yang merokok!
5 Sebab Utama Yang buat Wanita Cancel Hot Date

Comel mereka ni. Jom TONTON pasti korang tersenyum

"Ratu cantik Malaysia bertukar menjadi bintang yang tegar EDM video dalam masa 30 saat."
 Lunch RM 5..murah ke mahal? Tengok ni
15 Typical Things That Kiasu Malaysian Parents Do
"Get a return flight to Phuket, Krabi or Singapore when you buy this smartphone!"s Totally Worth The Trip
TIP INTERVIEW untuk semua.. Good Luck
Biar betul?! Bayangkan kalau mak perempuan ini tengok video ini
4 langkah senang gila untuk menang RM1000 hanya dengan makan keropok diam-diam
"11 Useful Tips You'd Wish You Knew Before You Start Traveling"
Tanda2 korang GIler Shopping
"Mamat ofis naik histeria kat sekeping keropok! Ada SATU sebab je kenapa jadi macam ni.
"7 Reasons Why German Cars Are In A League Of Their Own"
"Good Habits 8 Malaysians Ritualised Out Of Their Desperation To Save More Money"
"[ONLY IN APRIL] Look out for this booth in Mid Valley, wave and get a FREE gift!"
3 Tips For More Money In Your Bank Account 
Sekolah lebih 100 tahun...siapa pernah sekolah kat sini.

BUKU NAMA ANAK SEBENTUK DOA



Nama merupakan doa, begitulah sabda Rasulullah SAW. Maka hiasilah anak-anak dengan nama yang indah dan bermakna. Oleh itu, ibu bapa hendaklah teliti dalam pemberian nama. Di dalam buku ini disediakan pelbagai nama bayi lelaki, perempuan, bayi kembar , nama bayi berdasarkan bulan Hijrah serta nama bayi yang dilarang dalam Islam. Buku ini juga menjelaskan beberapa kewajipan ibu bapa dalam membuat persediaan kelahiran buah hatinya, kumpulan doa ketika hamil dan doa-doa agar anak menjadi seorang yang soleh dan solehah.Jika anda masih lagi tidak tahu bagaimana menentukan nama baik untuk bayi anda, buku ini akan membantu anda. Jadikan buku ini sebagai rujukan anda!

P/S : Queenpink sudah beli buku ini dan pilih nama untuk baby dalam perut.

NIKO,KUCING KESAYANGAN