Dalam
dunia yang serba mencabar ini ramai para suami menjadi workaholic,
iaitu terlajak komitmen mereka terhadap kerja sehingga dirasakan oleh
isteri sebagai mengabaikan rumahtangga. Pada masa yang sama, ada pula
suami yang pemalas dan asyik melekat di rumah macam ular sawa.
Ramai pasangan yang mengadu mengalami masalah keretakan rumahtangga yang berpunca
dari fenomena ‘suami workaholic’ ini. Kebanyakannya dari kalangan
pasangan muda yang rumah tangganya masih belum cukup stabil. Lebih parah
lagi jika pasangan itu belum dikurniakan anak sebagai peneman isteri
atau golongan suri rumah sepenuh masa.
Keretakan bermula dari
sang isteri yang merasa terbiar kesunyian sehingga merasa tertekan.
Segala urusan rumahtangga termasuk urusan anak-anak terpaksa diuruskan
sendiri, namun gagal meluahkan perasaan dengan bijaksana. Tindakbalas
yang diberikan terhadap suami agak keras dan berupa protes yang
menimbulkan ketegangan. Ini ditambah pula dengan kerasnya sikap suami.
Berdasarkan pengalaman komuniti RPWP yang memang rata-rata para
suaminya adalah dari jenis workalhlic kerana terbeban dengan berbagai
tugasan, maka ingin kami kongsikan beberapa tips yang berguna.
KENALI APA YANG MENYEBABKAN SUAMI ANDA WORKAHOLIC.
Petua pertama yang ingin kami kongsikan ialah asas kesefahaman dan
saling memahami. Para isteri harus cuba untuk memahami atas sebab apakah
suami anda jadi workaholic?
Biasanya suami yang workaholic
ialah jenis yang mempunyai cita-cita, tanggungjawab dan komitmen yang
tinggi. Ini banyak terjadi kepada lelaki yang menjalankan perniagaan
sendiri atau menjadi ketua atau eksekutif di tempat kerjanya. Suami
jenis ini banyak memikirkan masa depan dan tanggungjawab berat untuk
memastikan kemajuan dan kepentingan syarikat yang diterajuinya.
Ada juga lelaki yang dilihat workaholic kerana tekanan hidup. Mereka
terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menambah pendapatan bagi
menampung keperluan keluarga.
Tidak kurang juga jenis yang
agak lemah atau kurang cekap dalam melakukan kerja. Ini jenis yang
mengamalkan ‘work hard’ tetapi tidak ‘work smart’. Akibatnya mereka
terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk menyiapkan kerja yang sama
dengan orang lain.
BAGAIMANA MENGHADAPI SUAMI WORKAHOLIC?
1. BERLAPANG DADA - Kebanyakan isteri menjadi tertekan dan merasa
tersisih dengan keadaan suami workaholic. Tekanan itu menyebabkan mereka
menjadi berjauh hati dan bersikap emosional terhadap suami. Kerana itu
amat penting untuk para isteri bersikap sabar, tenang dan berlapang dada
dalam menghadapi situasi itu.
2. JANGAN MENCACI – Jangan
sekali-kali mencaci atau merendah-rendahkan kerja suami. Harus diingat
bahawa suami jenis ini hampir menjadikan tugasan atau kerja mereka
sebagai prioriti dalam hidup. Dalam bahasa mudahnya, kerja itu menjadi
‘sembahan’ mereka. Jika isteri tersilap langkah dalam menyuarakan
ketidakpuasan hati maka keretakan rumah tangga boleh terjadi dengan
mudah.
3. BERI DORONGAN - Cuba dampingi suami jenis ini dengan
memberikan kata semangat dan penghargaan. Nampakkan yang anda berbangga
mempunyai suami yang kuat kerja dan kreatif berbanding suami yang
pemalas dan asyik makan tidur sahaja di rumah.
4. TAMBAH DAYA
TARIKAN, JANGAN TAMBAH KEBOSANANNYA – Suami jenis ini biasanya agak
kreatif dan akan pulang ke rumah dengan baki tenaga dan mood yang
kurang. Ada kalanya akan jadi cepat marah dan mudah bosan dengan isteri
yang pemalas dan pengotor. Justeru carilah jalan untuk mengimbangi
sikapnya agar beliau merasa selesa di rumah. Siapkan diri dan indahkan
suasana rumah agar nyaman dan selesa ibarat syurga. Penuhi segala
keperluannya yang biasa seperti makan pakai dan peralatan kerjanya.
5. JANGAN SUKA MENDESAK - Walaupun kita merasa bosan dan tertekan,
cuba pujuk diri agar bertolak ansur ketika permintaan kita tidak
dipenuhi. Jangan sekali-kali bersikap mendesak ketika meminta sesuatu
apabila dilihat beliau tidak selesa atau melayani permintaan kita.
Contohnya untuk mengajak beliau ke mana-mana sedangkan dia kelihatan
sibuk.
6. BANTU KERJANYA - Jika memang workaholic tidak dapat
dielakkan, cuba fahami situasinya dan jadilah penolongnya secara
fizikal. Tawarkan apa sahaja yang boleh anda bantu seperti tolong
mengira dan menaip, tolong menyusun dan sebagainya. Jika suami anda
berkerja sendiri, cuba cari jalan agar boleh pindahkan tempat kerja
supaya dekat dengan rumah atau bawa balik sedikit kerja agar sama-sama
boleh dibantu jika perlu.
7. SILATURRAHIM - Lazimkan untuk
sentiasa bersilaturrahim dengan suami dari mula beliau berangkat ke
tempat kerja, sampai pulangnya. Kirim mesej yang lunak dan mesra seperti
mendoakan keselamatannya dalam perjalanan, doakan beliau dimudahkan
urusan kerja hari itu, nampakkan anda bersyukur yang beliau telah
selamat sampai ke tempat kerja, tanyakan beliau sudah makan ke belum?
Makan apa? Di mana? atau apa sahaja mesej yang mesra.
8. AMBIL
PELUANG ‘QUALITY TIME’ - Minda lelaki jenis ini sentiasa berputar
memikirkan kerjanya. Adakalanya ia kurang berbicara. Jangan cepat
melatah dan berputus asa. Jika mulutnya berat, cuba pelbagaikan kaedah
berinteraksi atau apa sahaja pendekatan yang boleh ‘menggoda nafsu
kelelakiannya’ ketika beliau berada di rumah. Contohnya,
a.
Hargai kepulangannya dengan mempersiapkan diri dengan apa sahaja yang
dia suka menjelang waktu beliau tiba dari tempat kerja. Sebaiknya
hubungi beliau melalui telefon atau apa sahaja untuk mengetahui saat
ketibaannya dengan tepat.
b. Beri senyuman paling manis,
bergegas membuka pintu dan keluar rumah untuk buka gate sebaik sahaja
beliau tiba. Bukakan pintu kereta atau bukakan helmetnya jika perlu.
Pastikan ada menyarung pakaian ‘luar’ seperti jubah dan tudung yang
lengkap ketika keluar menyambutnya.
c. Salam dan cium tangannya
dengan penuh keikhlasan. Tundukkan kepala penuh tertib, bukan dengan
mengangkat tangannya ke mulut sedangkan kita kekal tegak berdiri tanpa
tunduk.
d. Tolong ambil, bawa masuk dan simpankan dengan
cermat apa sahaja barang yang dia bawa bersama seperti beg kerja,
pakaian, buah tangan atau apa saja.
e. Jika 'keadaan
mengizinkan' dakaplah tubuhnya dengan erat, kucup pipi dan mulutnya
penuh mesra dan manja. Beri juga peluang beliau untuk saling mencium
pipi, kucup mulut, memeluk tubuh, dan ‘bermesra’ dengan tubuh anda
semahunya kerana ia halal dan dituntut. Sebaiknya anda mengenakan
pakaian paling ‘menjolok mata’ yang boleh beliau lihat dengan rasa
ghairah sebaik sahaja anda masuk ke rumah dan melepaskan ‘pakaian luar’
anda.
f. Walaupun beliau kurang berbicara, cuba juga ajak
berbual dengan soalan yang tidak merimaskan beliau. Jangan lontarkan
soalan ‘bodoh’ yang membosankan fikirannya. Orang begini hanya melayan
sesuatu yang berkualiti dan diminati sahaja. Jauhkan adu domba di saat
beliau baru pulang dan tidak tenang.
g. Cuba dekati beliau di dalam rumah dengan layanan seperti membukakan stokin, kot, jaket, baju dan menyimpannya dengan baik.
h. Sebaik sahaja beliau duduk, pastikan anda sudah sediakan minuman dan makanan ringan kesukaannya.
i. Tawarkan beliau untuk diurut kaki atau tangan dengan penuh teliti
dan kasih sayang sebaik sahaja beliau duduk. Jangan mengurut dengan gaya
malas atau acuh tak acuh, sekejap urut sekejap berhenti, terutamanya
jika anda mengurut sambil menonton tv. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bosan dan membenci. Ingat, suami jenis ini amat teliti dan
sensitif. Beliau boleh rasa samada anda berlakun dengan fasik atau
ikhlas dan bersungguh-sungguh.
j. Tawarkan juga jika beliau
ingin mandi bersama bahkan jika beliau inginkan ‘sesuatu’ yang lebih
dari itu. Hargai ‘permintaannya’ dengan penuh bangga kerana itu tanda
anda sangat ‘berharga’ padanya. Itu juga tanda anda bijak kerana berjaya
‘menggoda’nya sebagai isteri yang berkualiti untuk seorang suami.
k. Jika beliau tidak menjamah makanan atau sedang melakukan kerja,
ambil peluang ini untuk anda mendekatinya. Contohnya ambil makanan dan
tawarkan untuk menyuapnya dengan manja dan penuh kasih sayang. Jangan
pula anda ganggu anggota tubuhnya jika beliau sedang khusyuk melakukan
kerja, juga jangan teruskan suapan makanan ketika ia kelihatan sedang
khusyuk bekerja seperti menaip dan sebagainya.
l. Selain
perhubungan maya, carilah juga jalan apa sahaja untuk mendekatkan diri
secara fizikal dengan suami. Contohnya, jika suami bekerja sendiri atau
anda bebas hadir ke tempat kerjanya, hantarkan bekalan makanan dan ajak
suami makan sama di pejabat atau tempat kerja. Jika ‘keadaan
mengizinkan’, anda juga boleh suap beliau ketika sedang berkerja seperti
menaip atau sebagainya - seperti di gambar hiasan.
KESIMPULAN
Keretakan rumahtangga sering timbul kerana salah faham yang asyik
menimbulkan selisih faham. Sebagai isteri, kitalah yang harus tunduk
kepada suami. Cubalah memahami situasi suami anda agar anda mampu
bertolak ansur dan bersabar dengan sikap workaholicnya. Jangan paksa
suami anda untuk memahami anda sehingga ke tahap bertegang dan menghina
peribadi dan kerjayanya.
Perkara yang paling sukar untuk kita
ialah bersyukur dengan apa yang ada. Jika anda ada suami yang
workaholic, cuba syukuri kerana di luar sana ada suami yang pemalas dan
tidak suka kerja. Bahkan ada suami yang langsung tidak mahu kerja dan
asyik meminta wang belanja dari isteri sahaja. Lebih malang lagi ada
wanita di luar sana langsung tidak merasa hidup bersuami pun.
Jika kita tidak mampu menarik suami kita, dan memang itu agak sukar
kerana ego suami begini memang tinggi dan sukar dilentur, biar kita pula
yang mengalah untuk mendekati dia. Godalah ‘dia’ dengan apa sahaja
kelebihan yang ada pada kita sepertimana yang disenaraikan di atas.
Janganlah cepat merasa tertekan dan berputus asa.
Kami telah
mengamalkannya dan kami telah dapati ia sangat berjaya. Selamat mencuba.
InsyaAllah kami doakan anda akan turut merasa bahagia
Lelaki tular tampar isteri ditahan pagi tadi
-
Tangkap layar kejadian memaparkan seorang suami yang menampar isterinya di
khalayak ramai dalam satu kejadian di Kota Warisan, Sepang, baru-baru
ini.SEPAN...
4 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan