Langkah-langkah penyediaan kek aiskrim adalah seperti berikut:
1. Ini merupakan bahan-bahan dan barang keperluan untuk menyediakan kek aiskrim.
2. Balutkan loaf pan anda menggunakan cling wrap. Tinggalkan aggaran 3″ lebihan plastik pada setiap bahagian loaf pan.
3. Letakkan aiskrim pilihan anda ke dasar bekas loaf pan tersebut dan ratakan dengan menggunakan sudu ataupun spatula.
4. Celupkan biskut sponge fingers
ke dalam campuran air kopi selama 3-4 saat dan susunkan di atas lapisan
aiskrim sebentar tadi. Jangan biarkan biskut terendam terlalu lama
kerana ia akan menjadi lembik dan susah untuk disusun.
5. Ulang langkah 3 dan 4 dengan membuat
lapisan aiskrim di atas lapisan biskut sehingga memenuhi bekas.
Pastikan, lapisan atas sekali apabila siap adalah lapisan biskut.
6. Balutkan lapisan kek aiskrim yang telah siap dengan lebihan plastik dan simpan di dalam peti sejuk semalaman (4-8 jam).
7. Setelah dibiarkan semalaman, dan
aiskrim telah betul-betul beku, buka pembalut tersebut dan terbalikkan
ia di atas pinggan besar.
8. Tuangkan sedikit sos coklat di atas kek aiskrim.
9. Akhir sekali, letakkan beberapa scoop
aiskrim di atas kek aiskrim tersebut mengikut citarasa anda. Sejukkan
di dalam peti sejuk sehingga ia sedia untuk dimakan.
9. Siap untuk dimakan!
Di bawah merupakan beberapa perisa kek aiskrim lain yang boleh anda cuba:
Tiramisu: Lapiskan ais krim vanila dengan biskut sponge fingers
yang telah dicelup dengan campuran air kopi. Letakkan sedikit serbuk
koko di atas biskut sebelum dilapiskan dengan aiskrim vanila. Hiaskan
dengan serbuk koko.
Very Berry Frozen Yogurt: Campurkan ½ cawan beri segar yang dicincang ke dalam yogurt beku berperisa vanila dan lapiskan dengan biskut sponge fingers. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
Black Forest: Campurkan ceri (dalam tin) bersama ais krim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup dengan lebihan jus daripada ceri dalam tin. Hiaskan dengan parutan coklat dan krim putar.
Death by Chocolate: Tuangkan sedikit sos coklat ke dalam aiskrim coklat, lapiskan dengan biskut sponge fingers yang telah dicelup ke dalam air minuman coklat (disejukkan). Hiaskan dengan sos coklat mengikut citarasa anda.
Sumber: Hungry Go Where
0 ulasan:
Catat Ulasan