Semua sudah sedia maklum dengan kebaikan meminum air kosong setiap hari, tetapi sehingga kini masih ramai yang mengabaikan pengambilan air kosong.
Sebaliknya lebih gemar meminum minuman berkarbonat, kopi atau air yang berperisa terutamanya golongan lelaki.
Bagi lelaki di luar sana yang tidak tahu kebaikan air kosong, ia sebenarnya adalah asa kepada kesediaan tubuh yang kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan.
Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan golongan lelaki di luar sana mengenai kebaikan air kosong yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.
Bantu sistem badan
Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras dengan yang baru. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.
Bantu bentuk darah baru
Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises. Mucosal fold pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan bahawa darah segar yang baru dihasilkan 'musical fold' ini.
Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja musical fold, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah merupakan faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.
Petua minum air kosong:
• Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik sahaja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dahulu.
• Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.
• Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tetapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan