Azlan dan Sharina merupakan sepasang suami isteri yang sangat bahagia pada awal pernikahan mereka. Perkahwinan mereka mendapat restu dari kedua-dua belah keluarga. Namun kebahagiaan yang dikecapi tidak bertahan lama. Azlan yang dulunya merupakan seorang suami yang mengambil berat kini berubah menjadi seorang yang tidak bertanggunjawab. Dahulunya ada saja kelapangan buat Azlan menemani Sharina. Kini setelah 5 tahun perkahwinan mereka, Sharina sering bersendirian di rumah yang dihadiahkan oleh suaminya pada awal perkahwinan mereka. Sharina tahu suaminya terkilan kerana masih tidak mempunyai cahaya mata untuk menyerikan rumah ini. Bagi Sharina, mungkin belum ada rezeki lagi.
Namun begitu, Sharina tetap menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tetap menyediakan makanan, tetap menguruskan semua hal rumah tangga. Walaupun mendapat layan hambar dari suami yang tersayang namun Sharina tetap tabah menjalani kehidupan seorang isteri... Beberapa hari kebelakangan ini, Sharina rasa tidak sihat. Terasa mual di tekaknya, demam, terasa seperti hendak pitam, namun tanggungjawab sebagai seorang isteri tetap berjalan seperti biasa kerana dia tahu Azlan tentu penat setelah bekerja seharian. Digagahkan juga badannya itu untuk memasak masakan kegemaran suaminya Ayam Masak Merah. Setelah selesai memasak Sharina mula mengemas dapur. Lagu isteri solehah berbunyi dari telefon bimbit Sharina. Sharina bergegas mendapatkan telefonnya. Di skrin telefonnya tertera nama pemanggil "Suami tersayang." " Asalamualaikum, abang" "Ina abang nak bagitau hari ni abang tak balik, abang kena pegi outstation." "Abang tak nak balik makan dulu ke?" Sharina bertanya."Abang tak ada banyak masa ni, abang pegi dulu tau."
Telefon di matikan oleh Azlan.. Sharina hanya merenung skrin telefon yang baru di matikan talian...Sharina hanya mampu berdoa semoga perjalanan suaminya untuk pergi bekerja selamat.Sharina betul-betul tidak sihat hari ni, kepalanya pening sehinggakan dia tidak mampu untuk berdiri lama. Sebentar tadi Sharina telah menyediakan lauk yang ringkas untuk makan tengahari, Ayam Masak Merah dan nasi putih. Kemudian, Sharina hanya berbaring di bilik, memejamkan mata untuk berehat sebentar.
Kedengaran deruman enjin kereta memasuki perkarangan rumah. Sharina dapat mengagak bahawa Azlan telah pulang dari outstation. Sharina lekas bangun untuk menyambut suami tersayang di pintu. Sharina membuka pintu dan melihat Azlan telah pun berada di hadapan pintu sedang membuka kasut. "Abang dah balik" Sharina menyambut huluran beg james bond suaminya, dan terus menyalami tangan suaminya. Azlan tidak menyahut walau sepatahpun. "Abang, Ina sudah sediakan makanan di atas meja. Marilah kita makan bersama, dah lama Ina tak makan semeja dengan abang." "Ina masak apa?" "Hari ni Ina masak Ayam Masak Merah je, Ina tak berapa sihat" "Ah, kau ni, ade je alasan..! Kalau dah jadi isteri tu, masak lah sedap-sedap sikit kalau takat masak merah lebih baik aku beli bungkus dari kedai" suara Azlan mulai tinggi."Ina mintak maaf, lain kali Ina masak sedap-sedap untuk abang ye" "Pandai kau menjawab." "Abang, kenapa abang dah lain sekarang ni?" "Aku dah lain, kau nak tau sebabnya? Sebabnya kau tak boleh berikan aku zuriat, tanggungjawab kau tu memberikan aku zuriat? Faham?" "Ya Allah abang, kan belum ada rezeki. Kita berusaha untuk dapatkan anak ye" "Kau ni sekarang dah kurang ajar, ade je jawapan yang menyakitkan hati aku." PANNNGGGGG!!!!!!Hinggap satu tamparan di pipi Sharina yang gebu. Sharina terjatuh lalu pengsan tidak sedarkan diri. Azlan terkejut melihat isterinya yang tidak sedarkan diri, ada darah yang mengalir di bahagian paha isterinya. Azlan terus bergegas membawa isterinya ke Hospital. Sesampainya di Hospital, Sharina di bawa ke ICU. Setelah 4 jam menunggu, Doktor pun keluar. Azlan meluru mendapatkan Doktor itu.
"Doktor bagaimana keadaan isteri saya?"
"Isteri awak berada dalam keadaan yang lemah, dan kekurangan air. Berlaku pendarahan sedikit, dan isteri awak perlu banyakkan berehat. Paling penting, kandungan dalam perutnya masih selamat, mujurlah awak cepat menghantarnya ke Hospital, jika tidak, kemungkinan besar awak akan kehilangan kedua-duanya sekali." "Doktor, isteri saya mengandung?" "Ye, takkan awak tak tahu isteri awak mengandung 3 bulan?"
"Ya Allah , apa yang telah aku buat ni?" Azlan bermonolong sendirian. Tidak lama selepas itu, Azlan melawat Sharina yang msih terlantar di katil hospital.Bekas tamparan yang hinggap di pipi Sharina jelas kelihatan. Penyesalan mula hinggap di tangkai hati Azlan. Azlan mencium tangan dan dahi Sharina. "Maafkan abang sayang, kerana mengabaikan sayang selama ini. Maafkan abang..."
"Ya Allah , apa yang telah aku buat ni?" Azlan bermonolong sendirian. Tidak lama selepas itu, Azlan melawat Sharina yang msih terlantar di katil hospital.Bekas tamparan yang hinggap di pipi Sharina jelas kelihatan. Penyesalan mula hinggap di tangkai hati Azlan. Azlan mencium tangan dan dahi Sharina. "Maafkan abang sayang, kerana mengabaikan sayang selama ini. Maafkan abang..."
"Abang, Ina tetap sayangkan abang hingga akhir hayat Ina,"Azlan mengusap lembut kepala Sharina. Begitu luhur dan sucinya hati Sharina sewaktu melafazkan kata-kata itu.
“Ertinya : Lelaki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dan hartanya. Maka perempuan-perempuan yang shalihah adalah mereka yang taat (kepada Allah) dan menjaga diri ketika (suaminya) tidak ada, kerana Allah telah menjaga (mereka). Perempuan-perempuan yang kamu khuatiri akan nusyuz, hendaklah kamu beri nasihat kepada mereka, tinggalkanlah mereka di tempat tidur (berpisah ranjang), dan (kalau perlu) pukullah mereka. Tetapi jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sungguh, Allah Maha Tinggi, Mahabesar.” (Surah An-Nisaa’ : 34)
0 ulasan:
Catat Ulasan