Rabu, 30 November 2011

QUEENPINK MENANG BARANGAN ALDO YANG BERNILAI RM250

ASSALAMUALAIKUM...

NAK MENANG RM500?

QUEENPINK MERUPAKAN SALAH SEORANG PEMENANG PROMOSI MAJALAH EH! BULAN SEPTEMBER 2011.QUEENPINK DAPAT HADIAH BARANGAN ALDO YANG BERNILAI RM250.


KEPUTUSAN PENUH : http://www.eh.com.my/2011/10/24/eh-september-2011-pemenang-promosi/



PROMOSI FIREFLY KUANTAN KE SUBANG

ASSALAMUALAIKUM...


ASSALAMUALAIKUM...

SEKARANG FIREFLY BUAT PROMOSI.

NAK MENANG RM500?

PADA HARI QUEENPINK MENONTON FILEM HAPPY FEET 2 QUEENPINK TERIMA 2 MUFFIN COFFEE DAN FLYERS FIREFLY DI PLAZA TOL GOMBAK KUALA LUMPUR.


NYUM.NYUM..NYUM...SEDAPNYA MUFFIE INI.

Selasa, 29 November 2011

Fenomena lelaki puntianak

KONGSI MINAT...Azlina (dua dari kiri) bersama barisan ahli jawatankuasa Kelab Twilighters Malaysia.


SUASANANYA bagaikan di majlis resepsi perkahwinan. Sekumpulan wanita hamil ralit merakamkan aksi mereka di bawah gerbang pengantin serta teruja melihat ratusan kek cawan unik yang didirikan di tepinya.


Di satu sudut pula beberapa wanita asyik menata wajah dan membetulkan gaun putih mereka. 


UNIK...Azlina bersama kek cawan direka khas menyamai kulit novel Breaking Dawn ciptaan salah seorang ahli Twilighters.

Tidak kurang juga beberapa lelaki bertubuh sasa yang lagaknya umpama si kaki pukul, namun tidak henti bergelak ketawa serta berbual bersama hadirin.

Namun, ini bukanlah majlis resepsi yang biasa dilakukan masyarakat kita. Tiada pengantin lelaki mahupun perempuan yang diraikan dalam majlis ini tetapi ia dianjurkan sebagai simbolik bagi meraikan majlis perkahwinan dua watak utama dalam filem sekuel Twilight - Breaking Dawn Part 1 - yang mula ditayangkan di seluruh Malaysia, minggu lalu.


Biarlah apa pun orang kata, cinta mereka tetap pada Edward Cullen, Bella Swan dan Jacob Black. Biarpun ada yang menggelar mereka pelik, mengarut malah sasau sekali pun, minat yang disemai sejak awal kemunculan lelaki puntianak itu di lembaran kesusasteraan dunia langsung tidak pernah goyah.


Berpaksikan minat mendalam kepada watak fiksyen rekaan Stephenie Meyer itu, lebih 400 peminat Twilight Saga ini, yang bergerak atas nama Kelab Twilighters Malaysia (Twilighters), berhimpun menantikan tayangan perdananya di Pavilion, Rabu lalu.

Tidak sekadar berkumpul bagi menonton filem terbabit, mereka berpeluang menyertai pelbagai aktiviti sosial selain meluaskan rangkaian kenalan dengan ahli Twilighters lain.

Menurut Presiden Kelab Twilighters Malaysia, Nurul Azlinawatee Mahbob, majlis perhimpunan ahli Twilighters seperti itu adalah perkara biasa sebelum tayangan perdana filem dalam Twilight Saga.

“Kami tidak menjual tiket semata-mata dan membiarkan ahli Twilighters menuju terus ke panggung, tetapi kami adakan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan Cosplay serta cabutan bertuah agar dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan sesama ahli.

“Jangan terkejut kerana ahli Twilighters bukan hanya di kalangan wanita dan remaja perempuan tetapi kami turut menerima banyak penyertaan daripada golongan lelaki yang turut menggemari filem ini.

“Bagaimanapun, ramai antara golongan itu yang enggan mengakui tertarik dengan novel atau filem Twilight Saga secara terbuka, perhimpunan sebelum tayangan perdana seperti ini adalah platform terbaik untuk mereka bergaul bersama rakan yang berkongsi minat sama serta bertukar-tukar pendapat dengan ahli lain,” katanya.

Pada majlis itu, Syed Azman Syed Abu Bakar yang tampil sebagai Jacob muncul juara Cosplay kategori lelaki sementara wanita dimenangi Norhidayah Yaacop yang membawa karektor Bella.

Selain Cosplay dan cabutan bertuah, kek cawan yang direka khas menyamai kulit novel Breaking Dawn ciptaan Marsila Sulaiman dari http://rizqcakes.blogspot.com tidak ketinggalan menjadi tumpuan hadirin.

Mengimbau semula penubuhan kelab ini, Azlina berkata ia tercetus selepas suaminya, Mohd Fadzli Abdul Ghani memperkenalkannya dengan filem Twilight, yang pertama dalam sekuel saga itu.

“Sejak filem itu, saya tertarik untuk terus membaca novel Stephenie dan mula berhasrat mewujudkan sebuah kelab bagi mengumpul peminat Twilight di seluruh Malaysia.

“Saya kemudiannya berkenalan dengan seorang lagi peminat Twilight, Nurul Akhmar Hannum Naseron dalam laman web Facebook, lalu kami sama-sama bertemu pengedar filem ini di Malaysia untuk membantu kami merealisasikannya pada 2008,” ujarnya.

Tambah eksekutif pemerolehan itu, kelab ini tidak berteraskan keuntungan dan semua ahli jawatankuasanya seperti Suhaini Nordin (Naib Presiden), Nuhrul Huda Khalid, Shairli Saad, Nurul Neesa Omar, Sharifah Edura Farita Syed Saiyudin dan Mariyana Eszet Zaidel berkhidmat sebagai sukarelawan.

Kelab ini juga banyak terbabit dalam aktiviti kebajikan antaranya menyumbang keuntungan daripada jualan pakej (tiket dan barangan memorabilia) bagi tayangan perdana filem Twilight Saga : Eclipse kepada Tabung Bersamamu TV3.

“Kami bergerak sebagai kelab peminat dan bukannya syarikat yang meletakkan sasaran khusus untuk organisasi. Disebabkan kami bergerak secara dalam talian, saya sendiri yang membayar domain untuk laman web http://www.twilightersmalaysia.com.

“Biarpun tanpa keuntungan, kami kini berjaya menarik lebih 1,600 penyertaan ahli selepas tiga tahun ia beroperasi. Kami cuma mengenakan bayaran minimum untuk satu-satu majlis, cukup sekadar untuk menampung kos.

“Kami melakukannya kerana minat dan kami gembira apabila minat itu dapat dikongsi bersama orang lain,” katanya.


Ahad, 27 November 2011

PENYANGKUT BEG BERBUNGA/FLOWER BAG HANGER

ASSALAMUALAIKUM....

QUEENPINK SUKA BAWA BEG TANGAN/HANDBAG SEBAGAI PELENGKAP GAYA.MASIH INGAT PADA ENTRI BARANGAN YANG PERLU ADA DI DALAM BEG TANGAN QUEENPINK

DI MANA ANDA LETAK BEG KESAYANGAN ANDA SEMASA DI LUAR? LANTAI? KERUSI KOSONG DI SEBELAH? GANTUNG DI KERUSI ANDA? MEMANG TIDAK SELAMAT DAN MERISAUKAN.TAPI KADANG-KADANG RASA RIMAS JUGA.BILA NAK MAKAN,NAK KENA PEGANG PULA BEG TANGAN ITU.

JADI SEBAGAI PENYELESAIAN MASALAH INI,QUEENPINK INGIN MEMPERKENALKAN PENYANGKUT BEG BERBUNGA/FLOWER BAG HANGER.TIDAK PERLU RISAU BEG ANDA AKAN KOTOR JIKA LETAK DI ATAS LANTAI ATAU HILANG DIRAGUT! CUMA LETAK PENYANGKUT BEG BERBUNGA/FLOWER BAG HANGER YANG CANGGIH INI DI ATAS APA JENIS MEJA DAN GANTUNG BEG ANDA PADANYA.ITU SAHAJA!

BEG ANDA ADA DI DEPAN MATA ANDA DAN ANDA DAPAT MENIKMATI MAKANAN DAN MINUMAN YANG SEDAP TANPA MERISAUKAN SEGALA MASALAH BERKAITAN DENGAN BEG KESAYANGAN ANDA LAGI!




SPESIFIKASI :
CORAK : LEBIH 10 JENIS CORAK CANTIK SELAIN BENTUK BUNGA IAITU BERBENTUK BUJUR  DAN BERBENTUK HATI.
BAHAN : ZINK ALOI
TAHAN KEBERATAN : 6 KG
HARGA : RM20.00
PERCUMA KOS KIRIMAN POS SEMENAJUNG MALAYSIA

JIKA BERMINAT,BOLEH HUBUNGI QUEENPINK :
 EMAIL : roszalizas@yahoo.com
 FACEBOOK : https://www.facebook.com/profile.php?id=100002404898087


SALAM MAAL HIJRAH 1433 HIJRAH


ASSALAMUALAIKUM...

SALAM MAAL HIJRAH 1433 HIJRAH.SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEBELUMNYA.AMIN.


DATUK POWER




HULU LANGAT: Kehangatan berpacaran dengan lelaki bergelar warga emas tidak pernah pudar di hati Noraida Abdul Saman, 36, walaupun perkenalannya dengan suami, Abdul Aziz Uteh, 76, hanya dua minggu ketika mereka bertemu di Kampung Ketumbar, Ampalas, Medan, Indonesia.
Ketika berjumpa dalam pertemuan diuruskan keluarga, Noraida terpaksa membuat keputusan sama ada menerima atau tidak lamaran lelaki itu yang pada mulanya dianggap main-main kerana menyangka dia sudah berumah tangga.

“Bagaimanapun, selepas dia membawa dua daripada lima anaknya ketika itu, baru saya menyedari dia bersungguh-sungguh, malah lebih mengharukan apabila kedua-dua anaknya sibuk menguruskan perkahwinan kami di kampung saya dan menerima saya seadanya.
“Saya berkahwin ketika berusia 27 tahun manakala abang (suami) pula 67, sebenarnya saya tidak mempunyai ibu bapa dan bapa saudara saya memberitahu ini mungkin jodoh saya, manakala adik beradik lain pada mulanya risaukan keselamatan saya jika pulang ke Malaysia.

“Saya pada mulanya risau, mana tahu saya dijual atau tidak dilayan sebagai isteri, namun selama setahun kami hidup bersama saya akhirnya berasa selesa, malah hingga kini sering berulang-alik ke Medan, menyebabkan kebimbangan adik-beradik hilang,” katanya.

Kini, selepas sembilan tahun berkongsi hidup dengan Abdul Aziz, Noraida yang bunting pelamin ketika perkahwinannya mempunyai dua cahaya mata yang menyerikan hidup mereka iaitu Mohd Ashraf, 9, dan Siti Nurasnida, 5.
Ditanya apa yang membuatkannya tertarik kepada Abdul Aziz, Noraida berkata, ketika awal pertemuan mereka, dia dapat merasakan suaminya penyabar tetapi menyangka ia mungkin sekadar untuk mengambil hatinya, namun selepas hampir 10 tahun hidup bersama, telahan itu terbukti tepat.

Sementara itu, Abdul Aziz ketika ditanya sama ada dia mengamalkan pemakanan atau senaman tertentu memberitahu, tiada amalan atau rahsia yang diamalkannya kecuali melakukan senaman ringan pada awal pagi dan mengelak minuman sejuk, selain sentiasa tenang dalam menghadapi sebarang keadaan.
“Tiada apa petua atau amalan, cuma kita kena jaga kesihatan sendiri, malah saya juga mempunyai penyakit, iaitu darah tinggi dan sakit lutut, jadi saya ikut arahan doktor dan melakukan senaman setiap pagi,” katanya yang masih berniaga sekitar daerah ini sambil dibantu isteri.

Menurutnya, perkahwinan terbarunya adalah yang ketiga. Perkahwinan pertama pada 1960 dan dikurniakan lima anak kini berusia 49, 48, 46 dan 44 tahun (anak bongsu meninggal dunia pada usia 17 tahun dalam nahas jalan raya).

“Isteri saya meninggal dunia sebelum saya mendapat pengganti, tetapi perkahwinan kedua tidak bertahan lama dan akhirnya kami berpisah. Kami juga tidak ada zuriat sebelum saya berasa kesunyian lalu bertemu jodoh dengan wanita dari seberang ini.

“Sebenarnya jodoh kami adalah hasil usaha keluarga saya yang masih ada di sana kerana saya berketurunan Mendeling dan merekalah yang menemukan kami berdua.

“Alhamdulillah sehingga hari ini saya sentiasa bahagia dengannya, malah anak saya juga menerima perkahwinan ini,” katanya.

Menceritakan mengenai sambutan Aidilfitri atau Aidiladha, beliau berkata, anaknya pulang menyambut lebaran di rumahnya dan ada kalanya ke Medan menyambut hari raya di sana.

“Kalau ada rezeki lebih, kami akan beraya di sana, malah Aidiladha lalu, anak saya turut mengadakan korban di kampung ibu tiri mereka dan ia sangat mengharukan saya,” katanya.

Abdul Aziz yang masih boleh membaca tanpa memakai kanta mata berkata, dia mempunyai 19 cucu dan dua daripadanya bakal berkahwin tahun depan.

Ditanya sama ada dia bercadang menambah zuriatnya dalam masa terdekat, katanya, tiada cadangan ke arah itu setakat ini dan kehadiran sepasang cahaya mata sebagai pengikat kasih dalam rumah tangga mereka sudah memadai kerana mempunyai tujuh anak sebelum ini.

“Kami kini lebih menumpukan pada persekolahan anak dan perniagaan, namun kita hanya merancang, tuhan juga yang menentukan,” katanya.

Sabtu, 26 November 2011

BAU KETIAK LELAKI MAMPU MENJADI PENAWAR STRES WANITA


BAHAYA MEROKOK


Bahaya merokok - fakta keburukan merokok dan akibat merokok.

Bilakah anda ingin mengambil keputusan untuk berhenti merokok?

Mengapa anda berhenti merokok?

Kedua-dua persoalan di atas mesti jelas di minda anda jika keputusan berhenti merokok dibuat.

Berbagai-bagai sebab yang anda wajib berhenti merokok, iaitu:

Memanjangkan usia

Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.

Pencegahan penyakit

Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.

Sihat dan hidup berkualiti

Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.

Anak-anak sihat

Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.

Remaja merokok

Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salah seorang adalah perokok.

Gigi kuning

Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.

Bau nafas

Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.

Kulit cantik

Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.

Melindungi keluarga dan rakan-rakan

Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanak-kanak.

Mudah letih dan kurang cerdas

Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.

Baju dan rambut berbau

Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.

Mengurangkan pencemaran udara.

Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.


Kesuburan(fertiliti)

Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.

Disfungsi ereksi

Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok.
Berhenti merokok tindakan yang wajar.

Apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibat-akibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.




PEUGEOT RCZ DINOBATKAN PENERIMA ANUGERAH KERETA TAHUNAN 2011


PEUGEOT RCZ DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH KERETA TAHUNAN 2011 PADA MAJLIS MALAM ANUGERAH KERETA TAHUNAN 2011(COTY)  ANJURAN AKHBAR NEW STRAITS TIMES DAN KUMPULAN MAYBANK BERHAD(MAYBANK)

SELAIN ITU,KERETA BERKENAAN TURUT MERANGKUL ANUGERAH KERETA COUPE /CABRIOLET TAHUNAN SEKALIGUS MEMENANGI DUA DARIPADA 14 KATEGORI DIPERTANDINGKAN.

PENGERUSI JPM MOTOSPORTS,JP CHIN PULA DINOBATKAN PERSONALITI AUTOMOTIF 2011 SEBAGAI PENGIKTIRAFAN TERHADAP PEMBABITANNYA DALAM SUKAN PEMOTORAN SEKALIGUS  MENJADIKAN MALAYSIA SEBAGAI SYURGA SUKAN PERMOTORAN.

ANUGERAH ITU YANG DIPERKENALKAN SEJAK 2002 BERTUJUAN MENGIKTIRAF INDUSTRI DAN PRODUK YANG BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PERTUMBUHAN INDUSTRI AUTOMOTIF NEGARA.

PADA MAJLIS YANG SAMA,TIGA JENAMA KERETA,HYUNDAI,NISSAN DAN JAGUAR MASING-MASING MENERIMA KEMENANGAN BERGANDA.HYUNDAI MENERUSI MODEL HYUNDAI i10 1.25 KAPPA DAN SANTA FE 2.2 VGT MEMENANGI ANUGERAH KERETA KOMPAK DAN KENDERAAN UTILITI SUKAN(SUV) KATEGORI MELEBIHI RM150,000.

Mengapa Wanita Memerlukan Lelaki?


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.
Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.
Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.
Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.
Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.
Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.
Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.
Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…


Maraton lelaki 100 tahun




FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.
Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.
Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.
Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.
Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.
Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan lama dan sukar untuk diatasi.
Larian jarak jauh membebankan tubuh manusia dengan semakin tua seseorang, semakin sukar baginya melakukan aktiviti lasak.
Jantung warga tua kurang efisien dalam menyalurkan kitaran oksigen ke seluruh badan. Darah beroksigen yang dipam oleh jantung individu berusia 60 tahun kurang 20 peratus kandungan oksigen berbanding darah pemuda berusia 20 tahun.
Selain itu, kekuatan otot merosot dengan ketara apabila seseorang melepasi had usia 70 tahun pada kadar 30 peratus untuk setiap satu dekad.
Ligamen dan tendon pula semakin rapuh, menyebabkan warga emas lebih cenderung ditimpa kecederaan manakala paru-parunya menjadi keras dan kurang efisien.
Namun, jika keadaan kesihatan warga emas berkenaan baik dan dia kerap melakukan latihan fizikal, kesan penuaan ini dapat diperlahankan.
Penjagaan kesihatan yang baik juga membolehkan semakin ramai warga emas terus berlari walaupun usia mereka memasuki lingkungan 80 atau 90 tahun.
Bagi golongan ini, Singh ialah seorang wira.
"Apa yang cuba disampaikan oleh Singh ialah saya tidak akan membiarkan diri saya dikongkong oleh norma-norma kehidupan," kata pengarah program kebangsaan Pusat Latihan Galloway di Atlanta, Chris Twigg.


Luar biasa
Tambah Twigg: "Masa memberikan kesan buat kita semua. Tetapi selagi kita berwaspada dengan cara latihan, kita sebenarnya boleh mencapai apa yang orang lain fikirkan mustahil.
"Jika mempunyai kesihatan yang baik, kita mampu menghabiskan larian selagi kita bergerak secara perlahan-lahan.
"Kuncinya adalah dengan mengurangkan tekanan ketika berjalan untuk mengelakkan keletihan kaki."
Twigg turut menasihatkan pelari agar mengurangkan hari latihan dalam seminggu untuk memberi ruang kepada badan berehat.
Majikan Twigg, bekas atlet sukan Olimpik, Jeff Galloway yang merupakan penulis buku Running Until You're 100 menjelaskan bahawa impiannya adalah untuk berlari sehingga dia mencapai usia 100 tahun dan boleh terus menulis sambungan buku itu.
Lelaki yang berusia 67 tahun itu telah melatih mereka yang berusia 70-an dan ramai yang berjaya menghabiskan larian maraton.
Namun, dia mengakui bahawa peluang untuk mencapai angka 100 tahun tanpa sebarang penyakit dan kekal sihat untuk menamatkan larian jauh adalah sesuatu yang sukar.
"Mesej yang disampaikan melalui kajian kami adalah 'gunakannya atau biarkan ia hilang'," kata Galloway.
Dr. Sharon Brangman yang merupakan Pengerusi Persatuan Geriatrik Amerika percaya bahawa Singh adalah antara warga emas luar biasa yang muncul pada ketika ini.
"Dia benar-benar seorang yang luar biasa. Maraton adalah antara punca utama yang memberikan tekanan kepada tubuh.
"Ketika usia 100 tahun kebanyakan manusia boleh mencapai jarak 10 meter sahaja. Mustahil untuk menamatkan maraton.
Tambah Brangman, maraton sebenarnya memberikan banyak tekanan kepada jantung walaupun kepada orang muda.
Pelari muda juga boleh terlibat dengan kecederaan fizikal yang lain sebelum sistem endorfin mereka mula bekerja untuk larian.

LINDA JASMINE HASHIM TIDAK KONGKONG QUE HAIDAR



KUALA LUMPUR: “Bukan isteri mengongkong karier sebagai pelakon, tapi ini keputusan saya. Saya bertekad mengundur diri daripada dunia lakonan kerana mahu memberi perhatian sepenuhnya kepada keluarga dan perniagaan milik mentua,” kata pelakon, Tengku Iskhan Tengku Haidar atau Que Haidar, 32.

Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.
Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, ‘Misteri Jalan Lama (MJL)’ di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.

“Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.

“Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser,” katanya.

Mengapakah Lelaki Suka Mendiamkan Diri Apabila Menghadapi Masalah?



Pernahkah pasangan anda tiba-tiba mendiamkan diri dan tidak mahu bercakap dengan anda?
Apabila anda tanya adakah si dia sedang mempunyai masalah, si dia akan cepat mengatakan tidak dan terus mendiamkan diri. Dan yang membuatkan anda risau, si dia langsung tidak mahu angkat call atau membalas SMS anda.
Saya percaya ramai wanita di luar sana tidak faham kenapa lelaki bersikap sedemikian. Tiba-tiba si dia boleh berubah dan mendiamkan diri tidak mahu bercakap dengan anda. Pelik bukan?

Kerana itu sikap seorang lelaki

Tetapi, itulah sikap seorang lelaki. Apabila mereka menghadapi masalah, mereka akan menjauhkan diri supaya tidak diganggu. Mereka akan mengambil masa untuk memikirkan bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mereka akan selidik cara-cara yang terbaik supaya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna.
Apabila mereka menyendiri, mereka tidak suka diganggu. Jadi apabila anda keep on asking the same question, mereka akan rasa rimas dan tertekan. Ini membuatkan mereka semakin menjauhkan diri daripada anda.
Anda perlu ingat, cara yang diambil oleh lelaki untuk menyelesaikan masalah adalah berbeza dengan cara yang diambil oleh wanita. Lelaki akan lebih mendiamkan diri ketika menghadapi masalah.
Tetapi wanita pula akan lebih suka berkongsikan masalah dengan bercerita masalah tersebut kepada orang lain. Jadi apabila mereka melihat si dia sedang menghadapi masalah, mereka akan cuba memaksa pasangan mereka untuk berkongsikan masalah tersebut (seperti wanita). Ini adalah berbeza sama sekali dengan sikap seorang lelaki kerana lelaki tidak menyelesaikan masalah dengan cara sebegitu.

Apa yang perlu anda lakukan?

Sekiranya anda merasakan si dia sedang kusut, menyendiri, dan menghadapi masalah, tanyalah adakah si dia memerlukan masa untuk menyendiri buat seketika. Jika si dia mengatakan ya, maka berikanlah si dia masa seperti yang diminta. Tetapi jika si dia menggelengkan kepala, anda berikan juga masa tersebut kepadanya buat sementara (kerana lelaki mempunyai ego yang tinggi).
Berikan si dia masa untuk sendirian. Jangan ganggu hidupnya sehingga si dia dapat menyelesaikan masalah tersebut. Lagi kurang anda mengganggunya, lagi cepat masalah tersebut dapat diselesaikan. Dan lagi cepat juga anda dapat kembali bersama dengannya semula.
Mudah-mudahan dengan artikel ini dapatlah anda memahami kenapa lelaki akan suka mendiamkan diri apabila mereka menghadapi masalah. Janganlah salahkan mereka kerana itu memang sikap seorang lelaki. Ingatlah, salah satu tips dalam berpasangan adalah saling memahami. Fahamilah sikap pasangan anda agar sama-sama dapat membina percintaan yang bahagia selamanya. 

PRICE TAG


ANUAR ZAIN MALU TERIMA TROFI DARI YUNA


TUKAR TANGAN...(dari kiri) Edry, Yuna dan Anuar Zain pada sidang media rasmi sebuah hotel semalam.

KUALA LUMPUR: “Saya terima anugerah ini dengan perasaan janggal kerana ia agak memalukan,” kata penyanyi Anuar Zain yang dinobatkan pemenang baru kategori Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) selepas berlaku kesilapan di pihak penganjur.
Pengumuman dan penyerahan anugerah untuk lagu Sedetik Lebih dendangan Anuar itu berlangsung pada sidang akhbar khas Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) selaku penganjur AIM18 di sini, semalam.
Lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim memenangi kategori Lagu Pop Terbaik ketika AIM18 berlangsung 12 November lalu dan pada malam penganugerahan yang sama, Yuna diumumkan pemenang kategori Lagu Terbaik melalui lagu ciptaannya, Penakut.

Bagaimanapun, semalam Harian Metro menyiarkan pengakuan Yuna bahawa anugerah itu ditarik balik oleh pihak penganjur atas alasan kesilapan teknikal dan RIM turut membuat sidang media rasmi mengenainya semalam menyebabkan anugerah itu kini berpindah tangan kepada lagu nyanyian Anuar.

Anuar berkata, dia menerima anugerah yang diberikan kepadanya kerana menghormati keputusan penganjur, namun pada masa sama menegaskan artis yang terbabit dalam isu kesilapan itu ibarat menjadi mangsa.


Jumaat, 25 November 2011

QUEENPINK TERIMA HADIAH DARIPADA NAVY(TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA)

ASSALAMUALAIKUM....


MINGGU LEPAS,QUEENPINK TERIMA HADIAH DARIPADA NAVY(TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA) QUEENPINK DAPAT HADIAH INI DARI HASIL KEMENANGAN GA SETULUS INGATAN QUEENPINK DAPAT PENANDA BUKU DAN PELEKAT KERETA.




KEPUTUSAN PENUH : http://keyphochee.blogspot.com/2011/08/tersenarai-tak.html


BARU-BARU INI,QUEENPINK TERIMA SEHELAI TUALA DARIPADA JABATAN PATOLOGI DAN TABUNG DARAH HOSPITAL SULTAN HAJI AHMAD SHAH TEMERLOH,PAHANG SEBAGAI HADIAH UNTUK HARI LAHIR QUEENPINK PADA BULAN LEPAS.





PERFECT TWO


MENANGI HADIAH YANG MENARIK SEPERTI IPADS,IPODS


MAIN GAME MASTERCHEFMY DI FACEBOOK DAN BERPELUANG MENANGI HADIAH YANG LUMAYAN.UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

NIKMATI PENJIMATAN YANG LEBIH BESAR DENGAN PROTON


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

Khamis, 24 November 2011

KEASYIKAN RASA AISKRIM MAGNUM



BAGI PENGGEMAR COKLAT BELGIAN PASTI TIDAK MAHU MELEPASKAN KEENAKAN RASA AISKRIM MAGNUM YANG KINI MUNCUL DENGAN TIGA VARIASI RASA ; MAGNUM CLASSIC,MAGNUM ALMOND  DAN CHOCOLATE TRUFFLE.MAGNUM CLASSIC MENAWARKAN RASA SENSASI COKLAT DAN VANILA,MANAKALA SERPIHAN KACANG BADAM MEMBANGKITKAN RASA MAGNUM ALMOND DAN CHOCOLATE TRUFFLE TENTUNYA MENARIK HATI PEMINAT COKLAT.SETIAP BATANG AISKRIM MAGNUM  DIJUAL PADA HARGA RM3.90.

MILIKI LEBIH 22.000 FOTO SHAH RUKH KHAN


LUCKNOW-SEORANG AHLI PERNIAGAAN INDIA,VISHAL SINGH 38,MEMILIKI LEBIH 22,000 GAMBAR AKTOR TERKENAL BOLLYWOOD SHAH RUKH KHAN DI RUMAHNYA DI SINI.

VISHAL YANG MENGENDALIKAN PERNIAGAAN PERUBATAN HOMEOPATI JUGA MENUKAR NAMANYA KEPADA VISHARUKH KHAN.

“TIADA SESIAPA BOLEH MENJADI SHAH RUKH KHAN TETAPI SAYA MAHU NAMA SAYA MEMPUNYAI NAMANYA.ANAK-ANAK SAYA BERNAMA SIMRAN DAN ARYAN YANG MERUPAKAN NAMA ANAK LELAKINYA,” KATA VISHAL.

DIA MENAMPAL FOTO SHAH RUKH ,46 DI SETIAP RUANG DI RUMAHNYA DI SILING,TELEVISYEN DAN KUSYEN.

“KELUARGA SAYA AMAT BIMBANG MENGENAI SAYA TETAPI KINI MEREKA MENGETAHUI SAYANGNYA SAYA KEPADA SHAH RUKH TIDAK AKAN BERAKHIR”,KATA VISHAL.

DIA JUGA PERNAH MEMANDU KERETA LEBIH 1300 KILOMETER KE MUMBAI YANG DISERTAI ISTERINYA SEMATA-MATA UNTUK MELIHAT KELIBAT SHAH RUKH DI LUAR RUMAHNYA.

“SAYA TELAH MENUNGGU UNTUK MEMBUKA SEBUAH KEDAI PERUBATAN HOMEOPATI TETAPI SAYA TIDAK AKAN MEMBUKANYA SEHINGGA SHAH RUKH DATANG DAN MEMOTONG REBEN,”KATANYA.












KEBAIKAN KHASIAT KOKO



SETELAH KITA MENGETAHUI SEDIKIT ASPEK MENGENAI MAKANAN BOLEHLAH KITA MEMPERTIMBANGKAN  PULA MENGENAI KOKO DAN COKLAT.MUNGKIN BENAR APABILA DIKATAKAN BAHAWA KOKO  DAN COKLAT DIMAKAN UNTUK SUKA-SUKA SAHAJA  SAHAJA DAN BUKAN KERANA KHASIATNYA.WALAU BAGAIMANAPUN,IA MENYUMBANG  KEPADA PEMAKANAN YANG SEIMBANG.KANDUNGAN LEMAK DALAM KOKO  BERERTI MINUMAN KOKO DAPAT MENYUMBANG LEBIH TENAGA BERBANDING DENGAN MINUMAN KOPI ATAU TEH.

KOKO APABILA DICAMPURKAN DENGAN SUSU DAN GULA AKAN MENJADI MINUMAN YANG BERKHASIAT  DAN THEOBROMINE DAN KAFEIN(MASING-MASING LEBIH KURANG 2 PERATUS DAN 0.1 PERATUS  DALAM SERBUK KOKO) PULA BERTINDAK SEBAGAI PERANGSANG SELAIN SEBAGAI MINUMAN PANAS.PERNAH DINYATAKAN BAHAWA PENGHADAMAN SUSU BERTAMBAH BAIK DENGAN ADANYA KOKO YANG BERTINDAK MEMBANTU MENGUBAH PEMBENTUKAN SUSU BEKU DI DALAM PERUT.

WALAUPUN TELAH DINYATAKAN BAHAWA COKLAT DIMAKAN UNTUK SUKA-SUKA SAHAJA DAN BUKAN KERANA KHASIATNYA,TETAPI SEBENARNYA IA MENGANDUNGI “MILK SOILIDS’ ANTARANYA ‘BUTTER FAT’,PROTEIN SUSU,KALSIUM DAN LAIN-LAIN MINERAL DAN VITAMIN.

KESAN ANTIOKSIDA POLIPHENOL DALAM KOKO :
KHASIAT BIJI KOKO TERHADAP KESIHATAN ADALAH DIPEROLEHI DARIPADA KANDUNGAN POLIPHENOL YANG TINGGI SEPERTI FLAVANOIDS.KANDUNGAN YANG PALING PENTING  DIDAPATI DARI KOKO ADALAH FLAVAN-3-OLS ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI CATECHIN.FLAVANOIDS ADALAH MERUPAKAN KUMPULAN KANDUNGAN KIMIA YANG MEMBERIKAN TINDAKAN ANTIOKSIDA  YANG KUAT.

COKLAT MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KARDIOVASKULAR :
KAJIAN MELAPORKAN BAHAWA KUANTITI ANTIOKSIDA YANG DISERAP DARI KOKO  DAN COKLAT ADALAH LEBIH TINGGI BERBANDING THE DAN SAYUR.PENGAMBILAN KOKO SEBAGAI MAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDA FLAVANOIDS DAPAT MENGURANGKAN RISIKO ATHEROSCLEROSIS SERTA MENGURANGKAN KEMATIAN AKIBAT PENYAKIT KORONARI JANTUNG.

KOKO MENINGKATKAN KEBOLEHAN MENGATASI TEKANAN :
DARIPADA KAJIAN TERHADAP TIKUS,MENUNJUKKAN BAHAWA ANTIOKSIDA YANG MENGALIR SEMASA DALAM KEADAAN TERTEKAN DAN SENAMAN MEMPUNYAI KESAN YANG BAIK TERHADAP STAMINA.KAJIAN DI JEPUN MENUNJUKKAN BAHAWA POLIPHENOL DAPAT MENGHALANG PERUBAHAN SIKAP EMOSI DI BAWAH TEKANAN FIZIKAL DAN BERUPAYA MENGURANGKAN TEKANAN.

KOKO MELAMBATKAN PROSES PENUAAAN :
PENUAAAN ADALAH SALAH SATU PROSES YANG MENGAKIBATKAN KEROSAKAN RADIKAL.SEHUBUNGAN ITU,PEMAKANAN YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDA MEMAINKAN PERANAN DALAM MELAMBATKAN PROSES PENUAAN.KAJIAN MENGENAI PROSES PENUAAN TELAH DIJALANKAN SECARA MELUAS DIMANA JANGKAMASA HAYAT BAGI MANUSIA YANG SIHAT BOLEH DILANJUTKAN SELAMA 5 HINGGA 10 TAHUN DENGAN MENGAMALKAN PEMAKANAN SEIMBANG YANG KAYA DENGAN ANTIOKSIDA.KAJIAN YANG DIJALANKAN OLEH JABATAN EPIDEMIOTOLOGI DARI HARVARD SCHOOL OF PUBLIC HEALTH DI BOSTON U.S.A. MENDAPATI BAHAWA PENGGEMAR COKLAT MENIKMATI PURATA TAMBAHAN UMUR SEBANYAK 0.95 TAHUN BERBANDING BUKAN PENGGEMAR COKLAT.INI MENUNJUKKAN WUJUDNYA POLIPHENOL SEBAGAI ANTIOKSIDA DALAM COKLAT.

COKLAT SEBAGAI MAKANAN BERKHASIAT :
COKLAT ADALAH PRODUK KOKO YANG MEMPUNYAI KHASIAT SEBENAR DAN KANDUNGAN  NUTRIEN DALAM COKLAT MERUPAKAN MAKANAN YANG SEIMBANG.


KUCING BERKAHWIN DI JAWA TIMUR



BANYUWANGI,INDONESIA-PENDUDUK DI DESA KUMENDUNG DI WILAYAH JAWATIMUR MENGARAK SEPASANG CALON PENGANTIN  SEBELUM DIKAHWINKAN DI HADAPAN RATUSAN PENDUDUK SETEMPAT,LAPOR AKHBAR DALAM TALIAN DETIKSURABAYA.COM SEMALAM.

UNIKNYA,PASANGAN YANG DIARAK ITU BUKANLAH MANUSIA TETAPI SEPASANG KUCING JANTAN DAN BETINA DEWASA MILIK PEMIMPIN TEMPATAN.

KUCING JANTAN TERSEBUT BERNAMA JOKO SUBROTO IALAH MILIK KETUA KAMPUNG KUMENDUNG,PONIDI MANAKAL A KUCING BETINA BERNAMA RIRIN WAFIROH PULA MILIK SUSANTO YANG MERUPAKAN KETUA KAMPUNG SUMBERJOYO.

“KUCING YANG DIKAHWINKAN INI MESTILAH MILIK GOLONGAN PEMIMPIN TEMPATAN,”UJAR SEORANG PENGANALISIS BUDAYA JAWA,BLEGENK ISWAHYUDI DI SINI.

UPACARA PERKAHWINAN ITU MELIBATKAN CALON PENGANTIN DIMASUKKAN KE DALAM KANDANG KAYU DAN DIARAK DARI TEMPAT ASAL MASING-MASING.
PERJALANAN TERSEBUT DIIRINGI MUZIK TRADISIONAL DAN TARIAN TEMPATAN YANG DIKENALI SEBAGAI BARONGAN.

PARA PENARINYA MEMAKAI TOPENG KUCING BESAR.

CALON PENGANTIN KEMUDIAN DIPERTEMUKAN DAN DIKAHWINKAN DI KAWASAN SUMBER AIR YANG DIGUNAKAN UNTUK UPACARA SUCI DI TENGAH-TENGAH SAWAH DI SINI.

SETELAH SAH MENJADI PASANGAN SUAMI ISTERI,KELUARGA PENGANTIN DAN PENGAWAI PEMERINTAH SETEMPAT AKAN MERENJIS AIR MAWAR KEPADA ‘PENGANTIN BARU’ TERSEBUT.

TRADISI MENGAHWINKAN KUCING ITU MASIH LAGI DITERUSKAN UNTUK MENGEKALKAN BUDAYA SETEMPAT.

“ACARA INI KAMI TERUSKAN SEBAGAI WARISAN BUDAYA TEMPATAN”,KATA SEORANG KETUA KAMPUNG,HUSAINI.