SUATU MALAM,SEPASANG KEKASIH BARU SELESAI MENONTON WAYANG DI PANGGUNG WAYANG.TETAPI DALAM PERJALANAN PULANG ,SI LELAKI MERASAKAN ADA SESUATU YANG TIDAK KENA PADA PASANGANNYA .SI KEKASIH HATINYA LEBIH BANYAK MEMBISU.SUASANA DALAM KERETA PUN TIDAK SECERIA BIASA.
TIDAK LAMA KEMUDIAN,SI GADIS MEMINTA KEKASIHNYA BERHENTI SEKEJAP DI TEPI JALAN KERANA DIA ADA SESUATU UNTUK DIBINCANGKAN.
DIA MENGATAKAN PERASAANNYA SUDAH BERUBAH DAN DIA MAHU BERPISAH UNTUK MEMULAKAN KEHIDUPAN BARU.
SETITIS AIR MATA MENGALIR DI PIPI SI LELAKI YANG HATINYA REMUK KECEWA.HARAPANNYA UNTUK BERSAMA SI GADIS SELAMANYA HANCUR BERKECAI.
SI LELAKI KEMUDIAN MENCATATKAN SESUATU DALAM SEKEPING NOTA DAN MELIPATNYA.DIA KEMUDIAN MENGHULURKAN KEPADA SI GADIS.PADA MASA YANG SAMA,PEMANDU LORI YANG MABUK SEDANG MEMECUT LAJU DAN MELANGGAR KERETA PASANGAN KEKASIH TERSEBUT.HENTAMANNYA TERKENA TEPAT DI KERUSI PEMANDU DAN MEMBUNUH SI LELAKI SERTA MERTA DI TEMPAT KEJADIAN.
AJAIBNYA,SI GADIS TERSELAMAT DAN HANYA MENGALAMI KECEDERAAN RINGAN.TERINGAT KEPADA NOTA TERAKHIR KEKASIHNYA ,DIA PUN MEMBUKANYA DENGAN HATI YANG BERDEBAR.
DI DALAMNYA TERCATAT :
“WITHOUT YOUR LOVE,I WOULD DIE”
TANPA CINTAMU,AKU AKAN MATI…..
0 ulasan:
Catat Ulasan