Sabtu, 31 Disember 2011

QUEENPINK DAPAT AVALON JAPANESE FISH COLLAGEN

ASSALAMUALAIKUM...

SERONOKNYA BILA DAPAT BARANGAN SECARA PERCUMA

HARI INI QUEENPINK TERIMA AVALON JAPANESE FISH COLLAGEN.PRODUK INI DARIPADA NEGARA SINGAPURA.ADA 3 PERISA IAITU BLUEBERRY,LEMON DAN MANGGA.



AVALON  JAPANESE FISH COLLAGEN MEMBAWA PENGALAMAN LUAR BIASA BAGI KULIT KITA!
  • MEMPERTINGKATKAN KEKENYALAN KULIT
  • MENGHIDRAT KULIT KITA
  • MENGHILANGKAN GARISAN DALAM KULIT DAN KEDUTAN
  • MENGURANGKAN PIGMENTASI DAN MENDEDAHKAN KULIT YANG CERAH
  • MENGGALAK KUKU SIHAT
  • MEMELIHARA RAMBUT YANG SIHAT
  • MEMPERBAIKI KETAJAMAN PENGLIHATAN
  • MENGUATKAN KEFLEKSIBELAN OTOT 
  • MEMPERBAIKI KEFLEKSIBELAN SENDI
  • MENGUATKAN TULANG DAN MENCEGAH OSTEOPOROSIS
  • MELEMBUT DAN MELINDUNGI PEMBULUH DARAH
  • MENGGALAK PENJANAAN KOLAGEN DALAM BADAN.

JIKA MAHU SAMPEL AVALON JAPANESE FISH COLLAGEN,KLIK FB AVALON JAPANESE FISH COLLAGEN

SEDIHNYA TONTON EPISOD TERAKHIR TENTANG DHIA

ASSALAMUALAIKUM...

SEDIHNYA TONTON EPISOD TERAKHIR TENTANG DHIA.


ZIKIR MENINGGAL DUNIA DALAM TIDUR AKIBAT SERANGAN ANGIN AHMAR DAN DHIA MENINGGAL KERANA KANSER RAHIM.


Rabu, 28 Disember 2011

KU HIJRAHKAN DOA

Kualiti drama tempatan semakin meningkat apabila produser berlumba-lumba menghasilkan produk menarik. Tambahan pula, persaingan yang hebat antara stesen TV menjadikan satu penanda aras baru.

Tidak terkecuali aktif menerbitkan produk berkualiti adalah Enuja Production Sdn Bhd. Jika produksi lain menampilkan drama genre ringan produsernya, Zainuddin Mohd Ismail lebih menekankan kisah dakwah.

Ini diperlihatkan menerusi drama terbitan Enuja Production sebelum ini antaranya Sebelum Akhirat, Kemaafan Yang Tertangguh, Dosa Siapa dan Sebelum Kiamat. Semua drama ini mempunyai pengajaran tersendiri.

Terbaru, ditampilkan pula sebuah telemovie berjudul Ku Hijrahkan Doa yang akan menemui penonton menerusi saluran TV9 pada jam 8.30 malam ini. 

 Sekali lagi Ismail memilih bekerjasama dengan Siti Rohaya Abu Samah sebagai penulis skrip dan Murali Abdullah sebagai pengarah. 

“Saya sememangnya menghasilkan drama yang memenuhi kehendak stesen TV serta memenuhi kehendak penonton. Melihatkan kepada situasi masyarakat sekarang, Enuja Production tidak mahu memberikan hiburan kosong buat penonton.

“Saya berasa bertanggungjawab menyampaikan cerita berkonsep teladan dan mengajak penonton ke arah positif. Setiap drama saya mempunyai kekuatan tersendiri dari plot, mesej, pengarahan dan barisan pelakon,” katanya ketika ditemui pada penggambaran telemovie ini di Sekinchan, Selangor.

Ku Hijrahkan Doa mengisahkan dua beradik yatim piatu, Saiful (Zamarul Hisham) dan Kamarul (Bell Ngasri) yang membesar di rumah pusaka peninggalan ibu bapa mereka. Kedua-duanya dididik dengan baik oleh arwah orang tua mereka yang soleh dengan diberi ilmu agama dan diingatkan supaya rajin berusaha, berdoa serta bergantung harap kepada Allah s.w.t.

Setiap hari mereka berulang alik ke rumah seorang guru agama iaitu Tuan Haji Muiz yang juga pemegang amanah menjaga hal ehwal kewangan untuk perbelanjaan mereka berdua daripada sedikit hasil kebun yang diusahakan.

Saiful cemerlang dalam pelajaran dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Manakala Kamarul agak sederhana dan memilih untuk menetap di kampung mengusahakan tanah peninggalan arwah ibu bapa mereka.

Saiful pulang ke Malaysia dengan kejayaan cemerlang dan mendapat pekerjaan sesuai dengan kelulusannya. Namun, dia kesal apabila melihat keadaan adiknya masih lagi di takuk lama.

Sebelum ini drama terbitan Enuja Production, Sebelum Akhirat berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik menerusi Murali, Fauzi Nawawi (Pelakon Lelaki Terbaik) dan Fadzilah (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik). Ia mengulangi kejayaan Fauzi dan Fadzilah yang menang kategori sama pada Anugerah Seri Angkasa.

Sementara itu, Murali menyifatkan ini karya terbaik Siti Rohaya selepas drama Sebelum Kiamat. Dia terus tertarik sebaik membaca skrip dan tidak banyak membuat olahan.

“Ceritanya adalah mengenai kasih sayang dua beradik yang kematian ibu dan ayah. Abang besarkan adik, namun abang mulai bangga kerana kedudukannya. Manakala si adik terus bekerja kampung.

“Abang marahkan adiknya kerana tidak mahu berubah dan tinggal di Kuala Lumpur tanpa mengetahui adiknya selalu ikhlas berdoa buatnya. Abangnya mula takbur kerana hidup mewah dan ada isteri cantik serta rumah besar. Apakah yang berlaku seterusnya, kita kena tonton sendiri drama ini,” katanya.






ANDA PEMINAT HELLO KITTY?

ASSALAMUALAIKUM...

 ANDA PEMINAT HELLO KITTY? DI BEVERLY HILLS,TERDAPAT HOTEL MAISON 140 BAGI PEMINAT HELLO KITTY.HOTEL MAISON 140 PENUH DENGAN HELLO KITTY HINGGA PEKERJA HOTEL PAKAI MASKOT HELLO KITTY.SANGAT COMEL DAN CUTE.












SERONOKNYA BILA DAPAT BARANGAN SECARA PERCUMA

ASSALAMUALAIKUM...

 SERONOKNYA BILA DAPAT BARANGAN SECARA PERCUMA.QUEENPINK DAPAT SAMPEL PRODUK LIBRESSE.



JIKA NAK SAMPEL PRODUK LIBRESSE,KLIK http://www.livelibresse.com.my/


Isnin, 26 Disember 2011

TELEMOVIE YANG MENYENTUH HATI

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM QUEENPINK MENONTON TELEMOVIE HATIKU DI KINABALU DI ASTRO CITRA(SALURAN 130).TELEMOVIE INI MENYENTUH HATI QUEENPINK.


TELEMOVIE INI MENGISAHKAN ANUAR(ZUL) DAN QISTINA(YANA) HANGAT BERCINTA DI KOLEJ DAN KEMUDIANNYA BERKAHWIN.MALANGNYA,QISTINA JATUH KOMA AKIBAT KECEDERAAN SERIUS KETIKA KEMALANGAN.ANUAR SETIA MENJAGA QISTINA YANG TERLANTAR DI HOSPITAL DAN PADA MASA YANG SAMA,DIA JUGA MENJAGA ANAK PEREMPUANNYA,MAYA.

KEADAAN MENJADI RUMIT SELEPAS ANUAR MENGAHWINI LARA(IRMA) SELEPAS DIPUJUK IBU BAPA QISTINA.KEHIDUPAN MEREKA DITERUSKAN SEPERTI BIASA DAN MEREKA TERUS MENJAGA QISTINA YANG MASIH TERLANTAR DI HOSPITAL.

KONFLIK SAMPAI KEMUNCAKNYA APABILA QISTINA YANG TERLANTAR KOMA  SELAMA 10 TAHUN  AKHIRNYA TERSEDAR.PADA MASA YANG SAMA MAYA TIDAK BOLEH MENERIMA IBU KANDUNGNYA YANG SELAMA INI HANYA DILIHAT KAKU DI ATAS KATIL HOSPITAL.

QUEENPINK SUKA LAGU INI..

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU TENGOK DARI JAUH
HATI SAYA RINDU.... 

Ahad, 25 Disember 2011

SIAPA PERNAH JATUH CINTA?


ASSALAMUALAIKUM...

BESTNYA LAGU INI.LAGU INI MERUPAKAN LAGU PEMBUKAAN CEREKARAMA DRAMA AJAIBNYA CINTA YANG DITAYANGKAN DI TV3 SEMALAM.

AJAIBNYA CINTA DILAKONKAN OLEH DATIN PADUKA UMIE AIDA DAN JOHAN ASARI.DRAMA AJAIBNYA CINTA DRAMA YANG PENUH SENSE OF HUMOR.KELAKAR.




Khamis, 22 Disember 2011

BESTNYA DAPAT IPHONE 4S


BESTNYA DAPAT IPHONE 4S.NAK DAPATKAN IPHONE 4S,KLIK SINI

Ahad, 18 Disember 2011

MENANGI VOUCHER SECRET RECIPE BERNILAI RM50


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

BESTNYA.....

ASSALAMUALAIKUM...

BESTNYA AKTIVITI YANG BERLAKU PADA HARI SEMALAM,17 DISEMBER 2011.


QUEENPINK DAN TUNANG QUEENPINK PERGI KE PUSAT SAINS NEGARA.QUEENPINK DAN TUNANG QUEENPINK PERGI MELIHAT PAMERAN ACTROID PERTAMA DALAM MALAYSIA







BESTNYA MAKAN PROSPERITY BURGER MCDONALD'S DI BERJAYA TIMES SQUARE.


BESTNYA BERMAIN BOWLING DI AMPANG SUPERBOWL BERJAYA TIMES SQUARE.QUEENPINK STRIKE BERULANG KALI DALAM 2 GAMES.YEAHHH!



BESTNYA MENONTON FILEM MISSION IMPOSSIBLE 4 : GHOST PROTOCOL DI TINGKAT 10 BERJAYA TIMES SQUARE.


TERIMA KASIH KEPADA TUNANG TERSAYANG.



BESTNYA DAPAT IPHONE 4S

MANGSA ASID AZAB



KOTA BHARU: “Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu.
Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.


Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.


“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.



Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik itu, dia tidak mahu mengingati sejarah hitam berkenaan dan biarlah ia disimpan sebagai kenangan berharga.

Katanya, kesan cuka getah yang disimbah oleh isterinya menyebabkan dia menderita kerana bahan berkenaan membuatkan tubuhnya panas, selain melecur dan meninggalkan kesan terbakar.


“Masih saya ingat, ketika pertama kali cuka getah dicurah ke kepala, ia terasa sejuk. Bagaimanapun, mata mula pedih ketika ia meleleh ke muka dan badan, menyebabkan saya bergegas ke bilik air.


“Dalam tempoh beberapa minit, seluruh tubuh saya menjadi terlampau panas dan azabnya sukar digambarkan dengan perkataan,” katanya.


Mahyuddin berkata, kejadian berkenaan berlaku di dapur rumahnya ketika sibuk membuat persiapan untuk berniaga murtabak di bazar Ramadan.


Dia kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Kok Lanas oleh biras serta seorang kenalannya sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan kecemasan.


“Keadaan saya tidak begitu teruk ketika itu dan boleh makan sendiri pada hari pertama dan kedua dirawat, namun pada hari ketiga kesan simbahan cuka getah menjadi teruk kerana muka saya terbakar dan ia memamah kulit saya secara perlahan-lahan.


“Setakat ini empat kali saya menjalani rawatan, termasuk tiga daripadanya pembedahan di HRPZ II membabitkan dua pembedahan plastik serta pembedahan telinga kanan akibat bernanah,” katanya.


Menurutnya, susulan tiga pembedahan itu, dia kemudian dibawa mendapatkan rawatan daripada pakar mata di HUSM Kubang Kerian dan menjalani pembedahan keempat di hospital berkenaan.


“Disebabkan pihak HRPZ II tidak cukup kepakaran, kes mata saya dirujuk ke HUSM, Kubang Kerian. Walaupun mata kanan buta, tetapi Alhamdulillah, pandangan mata kiri saya masih nampak antara 30 hingga 40 peratus.


“Saya dinasihatkan supaya meletakkan ubat titis di mata kanan sekerap mungkin untuk mengelak dijangkiti kuman. Mungkin saya akan menjalani beberapa lagi pembedahan selepas ini, termasuk di bahagian mata,” katanya.


Mahyuddin berkata, bagi memastikan kulit kedua-dua paha yang ditampal pada bahagian depan, belakang badan dan lengan tidak membengkak, dia terpaksa memakai baju khas yang dibekalkan hospital.


“Baju itu sangat penting untuk mangsa cuka getah seperti saya, terutama bagi mengelak kulit membengkak, manakala topeng khas yang digunakan untuk melindungi muka juga dibuat pihak hospital dan menunggu masa untuk disiapkan,” katanya.


Pada 29 Ogos lalu, Harian Metro melaporkan, seorang peniaga murtabak disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar. Kejadian pada jam 9.30 pagi itu berlaku ketika Mahyuddin menguli tepung di rumahnya.



BESTNYA DAPAT IPHONE 4S





FASHA SANDHA NAK BERKAHWIN PADA TAHUN HADAPAN?



KUALA LUMPUR: “Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin,” kata Fasha Sandha.
Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.

Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Fasha lebih senang memberi jawapan selamat terhadap gosip terbarunya.
Namun, pelakon ini berkata, dia tidak lokek berkongsi berita gembira apabila sudah bersedia dan sesuai masanya.

“Bila tiba masanya dan bila saya sudah ‘ready’, saya akan berkongsi dengan semua. Buat masa ini, ‘no comment’. Kita doakan yang baik-baik,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai ura-ura Fasha akan melangsungkan hari bahagianya dengan Jejai sekitar majlis ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac 2012.

Spekulasi mengenai pelakon itu dikatakan membuat persiapan hari perkahwinannya timbul selepas gambar Fasha mencuba sepasang gaun pengantin tersebar di kebanyakan blog tempatan.

Ketika ditanya konsep perkahwinan diimpikan, Fasha berkata dia belum ada perancangan mengenainya.



“Saya tidak fikir apa-apa lagi. Lagipun belum tiba masanya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketika ini, kata Fasha, fokusnya lebih kepada seni lakonan dan perniagaan salon miliknya, Chinta.



Sebaik diminta mengulas sambutan penonton terhadap drama siri lakonannya yang baru selesai ditayangkan di slot Akasia TV3, Fasha melahirkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, karakter saya meninggalkan kesan buat penonton. Saya menjadi selektif dalam menerima tawaran sekarang kerana ingin buat lebih baik dalam bidang ini,” katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran Filem Penanggal di bawah arahan Ellie Suriati.


Fasha terpaksa menghadiri kelas Bahasa Arab bagi wataknya, Sharifah Zahrah yang memerlukan dia berbahasa Arab.



BESTNYA DAPAT IPHONE 4S
MENANGI BARANGAN DKNY JEANS


MENANGI BARANGAN DKNY JEANS


MENANGI BARANGAN DKNY JEANS.UNTUK MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI


BESTNYA DAPAT IPHONE 4S

MENANG! CD KELLY CLARKSON



MENANGI CD KELLY CLARKSON DAN HAMPER SONY MUSIC BERNILAI RM126.90.KLIK SINI

BESTNYA DAPAT IPHONE 4S



Isnin, 12 Disember 2011

MENANGI SAMSUNG CHAT 222


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

Ahad, 11 Disember 2011

REVIEW PEN PAPERMATE INKJOY

ASSALAMUALAIKUM...

MASIH INGAT ENTRI QUEENPINK MENANG FULL SETS INKJOY PENS DARIPADA PAPER MATE MALAYSIA DAN QUEENPINK DAPAT 2 SET PEN PAPERMATE INKJOY


SEMALAM QUEENPINK TERIMA BUNGKUSAN.DI DALAM BUNGKUSAN TERSEBUT ADA 24 BATANG PEN PAPERMATE INKJOY.DENGAN PEN TERSEBUT,QUEENPINK MELUKIS GAMBAR INI SEBAGAI PENGHARGAAN QUEENPINK UNTUK PAPER MATE.I LOVE PAPER MATE DARI DULU,KINI DAN SELAMANYA.

TERIMA KASIH PAPER MATE.

JANDA GANAS



KUALA LUMPUR: Dia layak digelar janda gengster! Selepas diceraikan suaminya, wanita ini cuba melupakan masalah dihadapi dengan cara songsang apabila terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kumpulan kongsi gelap.
Lebih memalukan, janda mualaf berusia 28 tahun yang memeluk Islam ketika berkahwin dengan bekas suaminya tiga tahun dulu seakan-akan membelakangi agama dianutinya apabila kini mempunyai dua anak hasil hubungan luar nikah dengan dua lelaki berbeza.

Usaha wartawan Metro Ahad yang cuba menyelongkar kisah janda ganas ini berhasil apabila penyiasatan dilakukan berjaya menembusi tembok ‘kebal’ wanita itu.
Hidup janda dikenali sebagai Zalika atau Ika itu didapati tidak terurus apabila dia tidak lagi bekerja. Disebabkan itu, kehidupannya bersama dua anak yang masih kecil terumbang-ambing dan serba kekurangan, lebih-lebih lagi apabila si ibu menjadi hamba dadah.

Selepas berjaya memasuki rumah wanita itu menerusi penyamaran, wartawan mendapati Ika tanpa segan silu menghisap syabu di depan anak perempuannya berusia dua tahun.

Selain itu, keadaan rumah yang sempit, tidak terurus, berbau serta kotor juga tidak sesuai buat wanita ini membesarkan anaknya, termasuk paling kecil berusia empat bulan.

Menurut Ika yang berasal dari Johor Bahru, pada mulanya dia berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mendapatkan pekerjaan tetapi selepas beberapa bulan di bandar raya ini, dia mengenali seorang lelaki beragama Islam dan kemudian merancang untuk berkahwin.

“Masa itu umur saya baru 23 tahun tetapi sudah berjinak-jinak dengan heroin dan syabu. Pada waktu itu juga saya dan keluarga penganut agama Kristian.


“Tidak lama selepas itu, kami mengikat tali pertunangan dan saya bertekad ingin mempelajari Islam dan memeluk agama itu sebelum kami bernikah serta meninggalkan segala tabiat buruk yang pernah saya lakukan.

“Selepas berkahwin, keluarga mentua menyambut baik kedatangan saya sebagai saudara baru. Mereka mengajar dan membimbing saya mengenai pelbagai ilmu agama seperti bagaimana mahu menunaikan solat, membaca al-Quran dan menutup aurat seperti memakai tudung,” katanya.


Bagaimanapun, Ika menjelaskan, tanggungjawab terbabit yang sepatutnya dipikul bekas suaminya sering diabaikan dan lelaki itu menyerahkan segala-galanya kepada keluarga.


“Pada mulanya saya pelik kenapa bekas suami tidak mengajar saya mengenai perkara itu? Saya saudara baru yang harus dibimbing olehnya, tetapi perkara lain pula berlaku.


“Selepas tiga tahun berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, tiba-tiba bekas suami benci dan muak melihat saya tanpa sebab. Dia juga secara terang-terangan mengatakan ada teman wanita baru dan ingin menceraikan saya.


“Hati wanita mana tidak hancur mendengar kenyataan itu, lebih-lebih lagi saya sanggup meninggalkan keluarga kerana cinta dan sayang kepadanya,” katanya.


Selepas diceraikan, kedua-dua anak wanita ini diambil bekas suaminya. Patah hati dengan tindakan itu dan bergelar janda pada usia 26 tahun, Ika mengambil keputusan tidak lagi menjalin ikatan dengan keluarga bekas suami dan mencari hala hidup baru.


Bagaimanapun, sinar dicari tidak ditemui apabila wanita ini mula berkawan dengan rakan lamanya. Sejak itu, Ika kembali mengambil dadah untuk melupakan masalahnya serta mengamalkan seks bebas sehingga terlanjur dengan teman lelaki.


“Selepas bercerai, saya seakan-akan hilang arah dan tidak tahu ke mana ingin dituju. Walaupun keluarga masih menerima saya, saya tidak mahu menyusahkan mereka kerana mereka juga bukan orang senang.


“Saya mengambil keputusan untuk hidup sendirian dan bergaul semula dengan teman lama. Lama-kelamaan, saya kembali mengambil dadah, melakukan seks bebas dan menyertai kumpulan kongsi gelap untuk melepaskan tekanan hidup,” katanya.


Selepas dua tahun menjanda, Ika tidak mempunyai kerja tetap dan kadangkala hanya menjadi pelayan separuh masa di sebuah restoran berdekatan rumahnya bagi menyara kehidupannya dan dua anak tidak sah taraf terbabit.


Menurut anak kedua daripada tujuh beradik ini, dia tidak mempunyai kelayakan untuk mendapatkan kerja yang baik, malah akibat pengambilan dadah, tingkah laku yang berbeza membataskan pergaulannya dengan orang ramai.


“Saya tidak ada keyakinan untuk mencari pekerjaan. Yang boleh saya lakukan ialah mencari kerja separuh masa saja. Walaupun tidak cukup untuk menampung belanja saya dan anak, sedikit sebanyak ia membantu. Paling tidak, saya menjadi ‘pusher’ menjual dadah secara kecil-kecilan.


“Kadangkala, kawan terdekat dan keluarga turut memberi bantuan untuk saya menyediakan keperluan dua anak. Walaupun tidak mewah, ia memadai bagi kami meneruskan kehidupan,” katanya.


Meskipun sudah lama terjebak dengan pelbagai gejala sosial sehingga membinasakan dirinya, Ika masih mengharapkan peluang kedua untuk kembali ke jalan asal.


Namun, sehingga kini apa saja dilakukannya menjadi serba tidak kena dan sering tersalah arah. Malah, Ika juga sedar tabiatnya menghisap dadah boleh mempengaruhi anaknya dan membinasakan hidup mereka.


“Saya seakan-akan berputus asa untuk meneruskan kehidupan, lebih-lebih lagi hidup saya tidak terurus dan sering berdepan masalah.


“Sebenarnya, saya pernah terfikir untuk menyerahkan dua anak ini kepada rumah kebajikan tetapi tidak sanggup berpisah dengan mereka.


“Saya sedar perangai buruk saya akan turut memakan diri mereka. Namun begitu, saya hanya ada mereka sebagai penguat semangat,” katanya.


Sabtu, 10 Disember 2011

ADA ULAT PADA MUKA?


DEMODEX SEJENIS ULAT ATAU CACING YANG TINGGAL DI DALAM FOLIKEL RAMBUT PADA KULIT MANUSIA,TERMASUKLAH DI KULIT KEPALA DAN BADAN(TETAPI BANYAKNYA DI KAWASAN MUKA) IA MEMAKAN SEBUM YANG TERHASIL DARIPADA KELENJAR MINYAK,KOLAGEN DAN ELASTIN DI MANA PROTEIN YANG MEMBERIKAN KULIT KITA STRUKTUR,KEKUATAN DAN KEANJALAN.DENGAN LAPAN KAKI,IA BERGERAK DI SEKITAR KULIT KITA DAN MENJADI LEBIH AKTIF PADA TAHAP PH7.IA BOLEH MEMBIAK SEBANYAK 6.5 JUTA DALAM HANYA SATU BULAN.

TANDA-TANDA KULIT ADA DEMODEX
  • KULIT GATAL-GATAL TANPA SEBAB
  • TIBA-TIBA MUNCULNYA CELA ATAU JERAWAT
  • LEBIHAN MINYAK PADA WAJAH
  • PORI MEMBESAR

PROSPERITY BURGER MCDONALD'S DATANG LAGI



PROSPERITY BURGER MCDONALD'S KEMBALI.NYUM..NYUM..NYUM...SEDAPNYA.

GEMPAR LANGSUIR BERTENGGEK



HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam.
 
Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya.
 
Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh.
 
“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.
 
“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan.
 
“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya.
 
Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir.
 
“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu.
 
“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya.

SAMSUNG MULTIVIEW MV800 QUIZ CHALLENGE


MENANGI SAMSUNG MULTIVIEW MV800 COMPACT DIGITAL CAMERA.UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

QUEENPINK DAPAT 2 SET PEN PAPERMATE INKJOY


YEAHHH! MASIH INGAT PADA ENTRI QUEENPINK MENANG FULL SETS INK JOY PENS DARIPADA PAPERMATE MALAYSIA

HARI INI QUEENPINK TERIMA 2 SET PEN PAPERMATE INKJOY.BANYAKNYA PEN.ADA PEN BIRU,MERAH,MERAH JAMBU,UNGU,HITAM DAN BIRU MUDA.I LOVE PAPERMATE PEN.

SAKSIKAN GERHANA BULAN PADA MALAM INI


PADA MALAM INI,BERLAKUNYA GERHANA BULAN.SAKSIKAN KEINDAHAN CIPTAAN ALLAH S.W.T DENGAN MENGUCAPKAN SYUKUR KEPADA-NYA.


JELAJAH MAHARAJA LAWAK MEGA DI TUNAS MANJA,TEMERLOH PAHANG


JELAJAH MAHARAJA LAWAK MEGA

TEMUI KUMPULAN HIRO DAN KUMPULAN ANJE PADA HARI INI IAITU 10 DISEMBER 2011 DI TUNAS MANJA,TEMERLOH PAHANG.







MAJALAH INTREND BULAN DISEMBER 2011


DAPATKAN MAJALAH INTREND BULAN DISEMBER 2011 DI PASARAN.

SOROTAN KHAS K-POP.ANDA PEMINAT K-POP? NOBODY...NOBODY LIKE YOU...

GANDINGAN MANTAP MAYA KARIN DAN FASHA SANDHA.

5 RAHSIA WANITA JEPUN LANGSING DAN SIHAT SEMULAJADI.

  • MENANGI HARUMAN ELIZABETH ARDEN RED DOOR BERNILAI RM280
  • MENANGI WANGIAN BARU BRITNEY SPEARS BERNILAI RM400
  • MENANGI HARUMAN PURR BY KATE FERRY BERNILAI RM239
  • MENANGI SEPASANG KANTA LEKAP WARNA COLOURVUE DAN MAX OPTIFRESH MULTI-PURPOSE SOLUTION BERNILAI RM105
  • MENANGI PHILIPS LED EYECARE DESK LIGHT BERNILAI RM419
  • LANGGAN MAJALAH INTREND DAN MENANGI HARUMAN NINA RICCI L'ELIXIR BERNILAI RM315

Jumaat, 9 Disember 2011

PROMOSI DARIPADA LIBRESSE


UNTUK MAKLUMAT LANJUT,KLIK SINI

MENANGI AKSESORI THOMAS SABO


Dihiasi 11 loket eksklusif Thomas Sabo, pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk memiliki gelang rantai menawan ini! Selain kelihatan chic di tangan, setiap hiasan loket menambahkan lagi perincian unik pada gelang rantai. Antaranya loket kasut tumit tinggi, bunga, patung Geisha, alat solek dan kipas. Ah, semuanya menyerlahkan lagi ciri feminin!


Jawab soalan berikut dan hantarkan e-borang penyertaan untuk memenangi gelang rantai Thomas Sabo ini. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Disember 2011. Nama-nama pemenang akan diumumkan di www.eh.com.my dan Facebook EH!

MAJALAH EH! BULAN DISEMBER 2011


DAPATKAN MAJALAH EH! BULAN DISEMBER 2011 DI PASARAN.

MAJALAH EH! KALI INI MENDEKATI ISU KEMBARA DAN BANYAK CERITA MENARIK BERKENAAN KEMBARA.

ANDA SUKA MELANCONG?

BULAN INI JUGA MAJALAH EH! TURUT BERCERITA PASAL PESTA.JIKA ANDA MAHU TAMPIL GADIS YANG PALING ANGGUN,CEDOK ILMU SOLEKAN JUGA DANDANAN BAGAIMANA ANDA BISA PALING MENYERLAH DI ANTARA SEMUA.

SIAPA SELEBRITI PALING BERGAYA,SIAPA KECUNDANG DAN SIAPA PULA BADUT FESYEN?

IMBASAN PERISTIWA SUKA DUKA ARTIS SEPANJANG 2011.
  • MENANGI SET TRIUMPH SHAPE SENSATION BERNILAI RM500.
  • MENANGI BEG GIAMAX YANG BERNILAI RM699.
  • MENANGI HAMPER GINVERA BERNILAI RM100.
ANDA PEMINAT YUNA? JOM SAKSIKAN KONSERT YUNA SECARA PERCUMA