Isnin, 26 Disember 2011

TELEMOVIE YANG MENYENTUH HATI

ASSALAMUALAIKUM...

SEMALAM QUEENPINK MENONTON TELEMOVIE HATIKU DI KINABALU DI ASTRO CITRA(SALURAN 130).TELEMOVIE INI MENYENTUH HATI QUEENPINK.


TELEMOVIE INI MENGISAHKAN ANUAR(ZUL) DAN QISTINA(YANA) HANGAT BERCINTA DI KOLEJ DAN KEMUDIANNYA BERKAHWIN.MALANGNYA,QISTINA JATUH KOMA AKIBAT KECEDERAAN SERIUS KETIKA KEMALANGAN.ANUAR SETIA MENJAGA QISTINA YANG TERLANTAR DI HOSPITAL DAN PADA MASA YANG SAMA,DIA JUGA MENJAGA ANAK PEREMPUANNYA,MAYA.

KEADAAN MENJADI RUMIT SELEPAS ANUAR MENGAHWINI LARA(IRMA) SELEPAS DIPUJUK IBU BAPA QISTINA.KEHIDUPAN MEREKA DITERUSKAN SEPERTI BIASA DAN MEREKA TERUS MENJAGA QISTINA YANG MASIH TERLANTAR DI HOSPITAL.

KONFLIK SAMPAI KEMUNCAKNYA APABILA QISTINA YANG TERLANTAR KOMA  SELAMA 10 TAHUN  AKHIRNYA TERSEDAR.PADA MASA YANG SAMA MAYA TIDAK BOLEH MENERIMA IBU KANDUNGNYA YANG SELAMA INI HANYA DILIHAT KAKU DI ATAS KATIL HOSPITAL.

QUEENPINK SUKA LAGU INI..

TINGGI TINGGI GUNUNG KINABALU
TINGGI LAGI SAYANG SAMA KAMU
BIRU BIRU HUJUNG KINABALU TENGOK DARI JAUH
HATI SAYA RINDU.... 

1 ulasan:

♥Lady Ainaa♥ berkata...

macam bestnyew...nk tengok gakkkkkk!!! huuuuuuu