Ahad, 18 Disember 2011

FASHA SANDHA NAK BERKAHWIN PADA TAHUN HADAPAN?



KUALA LUMPUR: “Jodoh, pertemuan dan ajal adalah takdir Allah. Kita tidak tahu apa akan terjadi esok. Insya-Allah jika ada jodoh, saya akan berkahwin,” kata Fasha Sandha.
Pelakon utama drama Cinta Elysa itu berkata demikian ketika ditanya mengenai desas desus dirinya bakal mengakhiri zaman bujang bersama buah hatinya, Rizal Ashram Ramli (Jejai), tahun depan.

Tidak mengiyakan mahupun menafikan, Fasha lebih senang memberi jawapan selamat terhadap gosip terbarunya.
Namun, pelakon ini berkata, dia tidak lokek berkongsi berita gembira apabila sudah bersedia dan sesuai masanya.

“Bila tiba masanya dan bila saya sudah ‘ready’, saya akan berkongsi dengan semua. Buat masa ini, ‘no comment’. Kita doakan yang baik-baik,” katanya.

Sejak kebelakangan ini, khabar angin bertiup kencang mengenai ura-ura Fasha akan melangsungkan hari bahagianya dengan Jejai sekitar majlis ulang tahun kelahirannya pada 28 Mac 2012.

Spekulasi mengenai pelakon itu dikatakan membuat persiapan hari perkahwinannya timbul selepas gambar Fasha mencuba sepasang gaun pengantin tersebar di kebanyakan blog tempatan.

Ketika ditanya konsep perkahwinan diimpikan, Fasha berkata dia belum ada perancangan mengenainya.



“Saya tidak fikir apa-apa lagi. Lagipun belum tiba masanya,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Ketika ini, kata Fasha, fokusnya lebih kepada seni lakonan dan perniagaan salon miliknya, Chinta.



Sebaik diminta mengulas sambutan penonton terhadap drama siri lakonannya yang baru selesai ditayangkan di slot Akasia TV3, Fasha melahirkan kesyukuran.

“Alhamdulillah, karakter saya meninggalkan kesan buat penonton. Saya menjadi selektif dalam menerima tawaran sekarang kerana ingin buat lebih baik dalam bidang ini,” katanya yang ketika ini sibuk menjalani penggambaran Filem Penanggal di bawah arahan Ellie Suriati.


Fasha terpaksa menghadiri kelas Bahasa Arab bagi wataknya, Sharifah Zahrah yang memerlukan dia berbahasa Arab.



BESTNYA DAPAT IPHONE 4S
MENANGI BARANGAN DKNY JEANS


0 ulasan: