Apakah yang dimaksudkan sebagai bukti cinta sejati? Adakah anda tahu apakah maksudnya? Jom ikuti kami membaca artikel di bawah ini sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua.
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”
Hurm…apa pendapat anda selepas membaca artikel di atas? Adakah anda setuju apa yang kekasih dia lakukan itu merupakan contoh terbaik sebagai bukti cinta sejati?
0 ulasan:
Catat Ulasan