Jumaat, 1 Jun 2012

Nurich Lacto-Lite



Nurich Lacto-Lite adalah minuman berkhasiat yang menggabungkan yogurt kultur hidup dan inulin. Ia merupakan simbiotik yang menggabungkan kedua-dua probiotik (bakteria berguna) dan prebiotik (makanan bakteria berguna – inulin), dan seterusnya dapat meningkatkan keberkesanan bakteria berguna di dalam badan manusia. Bakteria berguna dan inulin dalam Nurich Lacto-Lite tidak akan dirosakkan oleh asid perut dan garam hempedu. Ia terus memasuki dan melekat pada membran lendir usus untuk berfungsi. Nurich Lacto-Lite kaya dengan serat larut dalam air, mempercepatkan kadar pembiakan bakteria berguna dalam badan, menyekat pertumbuhan sel rosak dan mendirikan sawar biologi dalam saluran usus. Pengambilannya dapat menggalakkan penyerapan nutrisi, mengekalkan keseimbangan mikrob dalam saluran usus, menjadikan fungsi perut dan usus kekal sihat, dan seterusnya meningkatkan daya keimunan badan.

Apakah itu probiotik?

Probiotik ialah kumpulan bakteria berguna semulajadi yang hidup dalam saluran usus badan manusia. Ia membantu dalam memperbaiki keseimbangan ekologi kumpulan bakteria dalam saluran usus demi meningkatkan taraf kesihatan manusia.


Apakah itu prebiotik?

Prebiotik secara umumnya ialah makanan yang tidak boleh dicerna, tetapi dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengaktifkan kumpulan bakteria berguna tertentu. Prebiotik dapat membantu dalam pertumbuhan probiotik dan meningkatkan keaktifan probiotik. Ia dapat membantu menyediakan keadaan saluran usus yang bersifat asid lemah demi pertumbuhan probiotik, di samping membekalkan nutrien khas untuk pertumbuhan probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidus.


Apakah itu inulin?

Inulin ialah serbuk yang dikisar daripada akar chicory (tumbuh-tumbuhan), kaya dengan serat larut dalam air, di samping ia merupakan makanan untuk bakteria berguna dalam saluran usus. Serat larut dalam air dapat membantu dalam menyelaras kandungan kolesterol serum dan tekanan darah, mengurangkan penghasilan bahan bertoksin dalam badan, seterusnya meringankan beban hati. Ia juga dapat mempercepat pembiakan bakteria berguna dalam saluran usus, kerana bilangan bakteria berguna menpengaruhi keadaaan kesihatan badan manusia. Ia turut mengurangkan kuantiti bakteria berbahaya (seperti bakteria disentri, bakteria taun dan sebagainya), meningkatkan daya keimunan badan, menyepadukan Vitamin B dalam saluran usus, mengekalkan operasi sistem saraf yang normal dan melicinkan kulit.


Apakah bezanya minuman yogurt yang ada di pasaran berbanding dengan Nurich Lacto-Lite?

Nurich Lacto-Lite mengaplikasikan teknologi canggih untuk melindungi bakteria berguna yang terkandung dalam produk ini (5 lapisan perlindungan), supaya bakteria berguna tersebut tidak dapat dihakis oleh asid perut dan garam hempedu sebelum memasuki saluran usus, dan seterusnya menggugat keberkesanannya. Selain itu, inulin merupakan makanan bagi bakteria berguna kerana ia membantu dalam pembiakan bakteria berguna serta menjaga kesihatan manusia.


Siapakah yang perlu mengambil Nurich Lacto-Lite?

Nurich Lacto-Lite sesuai untuk semua golongan masyarakat, terutama untuk mereka yang mengalami ketidakselesaan dalam saluran usus, pesakit sembelit, mereka yang sentiasa menjaga kesihatan, serta mereka yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat.


Adakah Nurich Lacto-Lite memperoleh kebenaran dan kelulusan Negara?Nurich Lacto-Lite telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, boleh dijual secara sah di pasaran. Selain itu, Nurich Lacto-Lite juga diiktiraf oleh FDA sebagai GRAS (Generally Recognized As Safe).

Berminat? Hubungi Roszaliza@ Queenpink 011-29292581

0 ulasan: