Rabu, 30 Julai 2014

AISKRIM OMG SEDAP DAN UNIK




Keunikan gabungan bahan utama, perasa dan gabungan pelbagai bahan lainnya mengikut selera antara tarikannya.
Struktur aiskrim yang lembut dek penggunaan cecair nitrogen dalam penghasilan aiskrim yang enak ini juga memberikan kelainan

Lebih menarik, dengan pemilihan menu yang tersedia, anda dapat merasai keenakan pastri kegemaran anda di dalam bentuk aiskrim.

Bersesuaian dengan namanya yang unik, aiskrim yang disediakan untuk pelanggan di Ooh My Gas juga serba-serbinya unik.


Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan & Pemasaran, Faradina Yahaya, aiskrim itu adalah yang pertama di negara ini menggunakan cecair nitrogen sebagai agen pembekuan.

Katanya, pelanggan perlu menunggu aiskrim yang dipesan satu hingga dua minit.

“Dengan menggunakan mesin cecair nitrogen berteknologi tinggi ini, pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan hasil mengikut selera masing-masing.

“Penggunaan skrin sentuh dalam mengawal mesin nitrogen itu menjadikan semua bahan yang digunakan adalah sama dan enak,” katanya.

Berkonsep terbuka, pelanggan berpeluang melihat sendiri bagaimana aiskrim mereka itu dibuat dan merasai kesejukan cecair nitrogen.

Melihat cara membuat­nya, ia nampak mudah tetapi katanya, tanpa cara yang betul dan latihan secukupnya, ia pastinya tidak menjadi.

Melangkah ke kedai di The Garden, MidVelly Megamall, anda pasti teruja melihat pilihan menu yang pelbagai.

Cara memesan aiskrim ini cukup mudah. Mulanya, pelanggan perlu memilih satu daripada tiga bahan utama iaitu gelato, soya atau karamel.

Seterusnya, pilih perasa daripada tiga jenis perasa utama iaitu kekacang, buah-buahan dan klasik yang terdiri daripada coklat, vanila dan teh hijau.

Langkah ketiga, pelang­gan boleh mewarnakan aiskrim yang diingini dan akhir sekali adalah topping.

Menurut Chef OMG!, Hasrul Hisyam, menerusi pilihan bahan utama, perasa utama dan gabungan di antara beberapa perasa, lebih 200 jenis ais krim yang boleh dihasilkan.

Katanya, daripada 20 pilihan perasa, antara yang menjadi pilihan pelanggan kerana keunikan rasanya adalah Rocky Road, Mint Chocolate, Apple Strudels, Caramel Macadamia dan Rise n’shine.

“Aiskrim Rocky Road menjadi satu daripada pilihan popular pelanggan kerana kandungan coklatnya yang banyak,” katanya.

Keunikan aiskrim OMG juga kerana rasanya yang unik dan tidak akan diperoleh di mana-mana kedai aiskrim.

Keunikan rasa yang dimaksudkan penulis ialah apabila hasil pastri seperti kek keju, coklat atau apa juga jenis pastri.

“Aiskrim ini dibuat atas permintaan pelanggan. Bukan hanya bahan utama serta perasa yang diingini tetapi tahap kemanisannya.

“Aiskrim ini juga sihat kerana tidak menggunakan bahan pengawet dan perisa. Aiskrim ini juga segar kerana ia dibuat terus selepas ditempah pelanggan,” katanya.

Sempena Aidilfitri, OMG menyediakan menu istimewa termasuk CendoLicious, aiskrim Nyonya Cendol, Durian Cendol yang menggabungkan aiskrim cendol dan durian Musang King, Sweet Escapes dan Baklava Be Mine.

Layari www.oohmygas.com untuk maklumat lanjut.

0 ulasan: