Bayangkan anda memasuki sebuah restoran, duduk di meja dan memesan makanan tanpa perlu menunggu pelayan datang atau beratur di kaunter.
Ditambah pula, anda akan dimaklumkan proses penyediaan makanan jadi tidak perlu risau atau takut chef terlupa menyediakan masakan atau pesanan anda tidak sampai.
Itu idea yang cuba disampaikan syarikat inovasi tempatan, Terato Tech Sdn Bhd (Terato) yang menghasilkan sistem ‘point of sale’ (POS) moden berasaskan perkomputeran ‘cloud’ sepenuhnya dinamakan Slurp.
Ketua Bahagian Enterprisnya, Zara Aida Razali berkata, syarikatnya menyasarkan 100 restoran mengguna pakai sistem POS berasaskan cloud terbabit yang hanya memerlukan pelanggan mereka memindah turun aplikasi secara percuma.
ZARA menunjukkan sistem POS yang ringkas dan mudah diguna.
“Aplikasi terbabit juga membolehkan pelanggan melihat restoran berdaftar dengan Slurp yang berada di sekitar mereka,” katanya.
Beliau berkata, konsep baru ini juga tidak memerlukan pelayan yang ramai untuk mengambil pesanan dan pekerja restoran atau kafe boleh menumpukan usaha menyediakan makanan.
Sementara itu, Ketua Slurp, Calvin Tam optimis mampu memberikan kelainan kepada peniaga tempatan mencatatkan pertumbuhan jualan melalui penggunaan sistem peruncitan digital yang disepadukan dengan sistem POS.
Tam berkata, trend penggunaan telefon pintar yang kian meningkat dilihat mampu membantu industri makanan dan minuman (F&B) di negara ini mencapai pertumbuhan itu.
“Apa yang perlu dilakukan hanya memilih platform yang berkesan secara berterusan tanpa perlu melabur pada perkakasan dan perisian teknologi maklumat yang meluas.
“Integrasi antara sistem POS dan aplikasi mudah alih dijangka dapat
membantu syarikat dalam menarik, mendekati dan mengekalkan pelanggan sedia ada serta baru dalam pelbagai peringkat umur,” katanya.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
2 hari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan