Rabu, 23 Julai 2014

KEAJAIBAN DOA SEORANG SUAMI

Gambar: Keajaiban Doa Seorang Suami ketika ditimpa dugaan...

Keajaiban doa seorang suami telah mampu menyelamatkan keluarganya ditengah-tengah ditimpa dengan pelbagai dugaan. Peristiwa ini adalah cerita benar yang terjadi di dalam masyarakat kita. Ketika dugaan menimpa tidak ada suara dan kata yang mampu terucap, namun kelihatan wajahnya nampak tenang dan damai menceritakan semula. Tiba-tiba air matanya mengalir begitu saja tanpa terasa. Air mata seorang suami yang mencintai isteri dan anaknya. Tidak ada hidup yang sempurna tanpa ujian dan dugaan. 

Tidak ada apa yang dapat dibanggakan di awal perjalan kehidupan mereka sebagai suami isteri, namun kemudian kehidupan mereka telah berubah apabila suami mula mencapai kejayaan di dalam kerjayanya. ALLAH telah memberikan pelbagai kemudahan dan nikmat kehidupan. Perkahwinan mereka penuh dengan kebahagiaan. Kehidupannya terasa semakin lengkap dengan kehamilan isteri tercintanya namun ALLAH lebih menyayangi bayinya itu.

Putra pertamanya, hanya mampu bertahan selama 24 jam berjuang untuk hidup. Kejadian itu benar-benar membuat kehidupannya menjadi hampa dan terasa sesak untuk bernafas dan membuat hatinya menjadi begitu perit. Selama berbulan-bulan beliau mengurung diri meratapi dan mengingati buah hatinya yang telah pergi. Sungguh tak diduga kerana kehilangan itu terjadi ketika kerjayanya berada di puncak kejayaan. 

Kejadian itu benar-benar menguji keimanannya bahkan kadang-kadang menggugat penuh keimanannya kepada ALLAH SWT, sampai terlintas dihatinya, 

'Kenapa ALLAH tidak adil pada kami?' katanya. 

Tidak hanya disitu, ujian kedua datang lagi untuk mengoncang keimanannya. Kali ini ujian datang dan menimpa isterinya. Isterinya telah diserang dengan penyakit pada rahimnya. Doktor telah mengesahkan isterinya berisiko tinggi untuk hamil lagi. Sebagai suami berita ini membuatnya sangat pilu dan sedih. Disebalik kesedihan ini, tiba-tiba dia teringat bagaimana masa2 indah yang dilalui berdua bersama. Apabila tersedar daripada lamunan, dia begitu khuatir dengan keadaan yang telah menimpa isterinya.

Kemudian dia tertekad untuk lebih bersungguh-sunguh bermunajat dan bertawakal kepada ALLAH. Siang dan malam tanpa henti-henti dia sentiasa berdoa agar isteri tercinta kembali sembuh. Sungguh menakjubkan, ternyata penyakit isterinya beransur sembuh tanpa sebarang pembedahan dilakukan. 

Satu hari dia dikejutkan dengan berita yang sungguh gembira. Isterinya telah mengalami kehamilan untuk kali yang kedua. Kini kehidupannya kembali terasa bahagia dengan menanti masa untuk kelahiran anak yang bakal menghiasi keindahan kehidupannya. Dia kini menanti dengan penuh kesyukuran anugerah yang telah diberikan oleh ALLAH SWT. 

Dua dugaan hidup yang begitu berat banyak menyedarkannya agar semakin mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Ditambah lagi dengan kehadiran buah hati, seolah-olah dia telah diberikan anugerah yang sangat indah. Disaat dia melihat isteri dan buah hatinya tertidur nyenyak, kesejukan hatinya dipenuhi dengan rasa penuh kesyukuran kepada ALLAH SWT kerana telah menanamkan perasaan cinta dan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. 

Tanpa disedari, air matanya mula mengalir mengenangkan keindahan kejadian Tuhan. Air mata kasih sayang seorang suami yang mencintai dengan setulus hati isteri dan anaknya. Limpahan kasih sayang ALLAH SWT menjadikan kebahagiaan dan ketenteraman di dalam keluarganya. 

"Apabila seorang suami memandang istrinya dengan kasih sayang & istrinyapun memandang dengan kasih sayang maka Allah memandang keduanya dengan pandangan kasih sayang. Bila suami memegang telapak tangan istrinya maka dosa-dosa keduanya berguguran dari celah jari tangan keduanyanya." - Hadis riwayat ar Rafi'i

Diadapatasikan oleh RP dari M. Agus Syafii

SUAMI + ISTERI @ Rahsia Perkahwinan

Keajaiban doa seorang suami telah mampu menyelamatkan keluarganya ditengah-tengah ditimpa dengan pelbagai dugaan. Peristiwa ini adalah cerita benar yang terjadi di dalam masyarakat kita.... Ketika dugaan menimpa tidak ada suara dan kata yang mampu terucap, namun kelihatan wajahnya nampak tenang dan damai menceritakan semula. Tiba-tiba air matanya mengalir begitu saja tanpa terasa. Air mata seorang suami yang mencintai isteri dan anaknya. Tidak ada hidup yang sempurna tanpa ujian dan dugaan.

0 ulasan: