Khamis, 28 April 2011

Impian Perkahwinan Saya

Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Setiap pasangan mempelai pasti mempunyai impian perkahwinan dan mengidamkan lokasi serta majlis yang lain dari yang lain.Majlis perkahwinan yang menjadi idaman saya adalah bersaksikan sawah padi yang terbentang luas.Sawah padi yang menghijau dengan udara segar dan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa pasti menggamit memori terindah untuk saya dan pasangan saya  meraikan majlis perkahwinan kami berdua di lokasi ini.


Biasanya kawasan sekitar sawah mempunyai batas atau jalan yang agak lebar.Ia sesuai untuk didirikan khemah atau kanopi majlis perkahwinan.Saya memilih kanopi dengan tema warna merah jambu dan putih.Tema ini dipilih kerana saya amat gemarkan warna merah jambu dan putih.




Lebih manis majlis perkahwinan saya dibuat secara bergotong-royong seperti masak beramai-ramai dan menggunakan khidmat masyarakat setempat iaitu rewang pastinya ia digamatkan lagi dengan gelak ketawa.Menu masakan ialah lauk pauk kampung bersama nasi minyak.






Majlis perkahwinan saya akan tambah meriah jika saya dan pasangan saya diarak pula dengan kereta lembu melalui batas sawah untuk ke lokasi majlis.Paluan kompang dan arakan kanak-kanak menambahkan lagi keriuhan majlis perkahwinan di kawasan sawah padi yang menghijau.Foto perkahwinan berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau pastinya menjadi kenangan manis dalam hidup saya dan pasangan saya.



Saya memilih busana pengantin kebaya saloma dengan rona merah jambu walau tampak manis  namun ia mampu memberangsangkan jiwa.Pemilihan layah yang sedondon dan tudung berwarna putih memberikan keanggunan buat saya.Kasut yang sedondon juga adalah ringkas dan tanpa perincian kerana busana pengantin telah dihias indah dengan renda,bunga dan labuci.Pasangan saya pula mengenakan busana baju melayu berwarna merah jambu yang lengkap bersamping songket berwarna putih berserta keris bak pahlawan melayu. Tidak dilupakan pengapit-pengapit kami  berdua akan mengenakan baju kebaya berwarna merah jambu bagi perempuan dan baju melayu berwarna merah jambu atau putih bagi lelaki.Mereka adalah terdiri daripada teman-teman karib kami berdua.




Dekorasi pelamin saya ialah tema warna merah jambu dan putih.Tema ini dipilih kerana kesan romantis dan harmoni yang bakal menggamit jiwa tetamu yang hadir.Di belakang pelamin itu,scallop berwarna merah jambu digunakan dan bunga mawar sebagai bunga hiasan utama.




Bagi upacara memotong kek, ia akan digantikan dengan chocolate fountain yang dicelup dengan buah-buahan,marshmallow dan biskut.Sudah lama saya memasang angan-angan ini memandangkan saya dan pasangan saya begitu menggemari coklat selain ingin mencipta kelainan.Upacara ini akan diadakan di tepi sawah padi yang terbentang luas dan menghijau itu.



Pemilihan cenderahati seperti ‘fridge magnet’,coklat,bahulu,kerepek atau bunga telur InnerShine yang cantik dan menarik sentuhan Shajaratul Dur Ismail daripada Shajaratul Design diisikan dalam bekas atau kotak cenderahati untuk diberikan kepada tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kami berdua.







Dan itulah serba sedikit mengenai impian  perkahwinan saya.Walaupun masih belum mempunyai tarikh yang tetap untuk majlis perkahwinan,kami berharap agar hubungan yang dibina akan kekal bahagia untuk selama-lamanya.Amin.

Ahad, 24 April 2011

Iklan Cicak Paling Lucu


Maru,Kucing Yang Famous


Filem Kegemaran Saya




Assalamualaikum kepada rakan-rakan blogger sekalian.Saya amat suka menonton filem Articial Intelligence (A.I) arahan Steven Spielberg.Filem ini berdasarkan filem masa depan yang mana manusia sudah boleh memprogramkan robot-robot mengikut keinginan mereka.Salah satu program yang dilancarkan adalah memprogram robot  untuk menyayangi. 

Sepasang suami isteri telah mengambil anak angkat di kalangan robot.Ia dinamakan David,berumur 11 tahun, berat 60pound dan tinggi 4kaki 6 inci.David diprogram untuk menyayangi ibunya.David sungguh real hingga seseorang tidak akan menyangka dia hanya robot.Dia adalah manusia,mempunyai perasaan cuma tidak berdarah daging sahaja.

Kasih sayang David dan 'ibu'nya berakhir apabila 'ibunya' terpaksa membuang David kerana sebagai robot, David hampir mengakibatkan kecederaan anak kandungnya yang sakit.Bermula perjalanan David untuk mencari sesuatu yang disayanginya iaitu 'ibu'nya.David memang diprogramkan untuk menyayangi dan tidak ada apa yang boleh menghalangnya untuk mencari 'ibu'nya.

David menjadi beku selama beribu tahun di zaman Air Batu pada masa akan datang.David di'hidup'kan semula oleh makhluk asing yang mula menghuni bumi apabila spesies manusia sudah pupus akibat zaman Air Batu.Setelah dihidupkan semula,David yang tidak tahu dia di zaman mana meneruskan pencarian mencari 'ibu'nya yang tercinta.

Dengan teknologi makhluk asing, mereka membina semula memori David dan juga melalui peninggalan DNA ibunya,alien telah construct semula imej ibunya.Untuk sehari,David dapat memenuhi impiannya untuk bersama 'ibu'nya sebelum David sendiri dilupuskan. Ini kisah cinta Artificial Intelligent.

Bahagian yang paling saya suka ialah bahagian "teddy bear" yang boleh bercakap dalam filem ini.Cute sangat teddy bear ini.Saya rasa nak peluk-peluk je...Bahagian yang paling sedih ialah di mana David berpisah dengan 'ibunya'.Air mata saya mengalir apabila menonton "scene" itu.Saya dah berulang kali menonton filem ini.Saya syorkan anda semua menonton filem ini.

Sabtu, 23 April 2011

Kucing Kecewa Dalam Percintaan


Ajinomoto Stadium


Lassie


Stress


Rabu, 20 April 2011

Kucing Gemuk


Tomyam Part 2


Tomyam Part 1


Selasa, 19 April 2011

Kucing Paling Pemalas Di Dunia



McD-Baby Swing


Iklan Vodafone


Iklan Toyota



Iklan Philips


Funny Peugeot Commercial




Iklan Fedex


Hospitals


Gymrama


Isnin, 18 April 2011

Green Tea Worms


Fuji Film


Dumb Lady Puts Her Baby At Risk


Video Lawak


Cups Girl


Burung Kakak Tua


Silap Mata Burger


Iklan Racun Serangga


Salah Sangka


Anak Ibu


Anak Ayah


False Teeth




Ahad, 17 April 2011

APA ITU GELOTOPHOBIA?


GELOTOPHOBIA
-Berasal daripada perkataan Greek.
-Gelo bermaksud ketawa.
-Phobos bererti takut.
-Gelotophobia membawa makna takut untuk ketawa atau diketawakan oleh individu-individu lain di sekeliling mereka.
-Memang ramai individu yang tidak selesa dan tidak mahu diri mereka menjadi bahan ketawa.
-Penghidap gelotophobia berasa sangat takut untuk ketawa atau diketawakan.
-Mereka berasakan perbuatan ketawa adalah satu dosa besar untuk dilakukan dan sering mengawal serta mengingatkan diri mereka agar tidak ketawa seperti insan normal yang lain.

FAKTOR
-Sewaktu proses pembesaran individu
-Pada masa kanak-kanak,individu terbabit gagal mengembangkan jalinan komunikasi interpersonal.
-Contohnya,tiada jalinan komunikasi di antara mereka dengan pengasuh yang menguruskan diri  mereka.
-Pengalaman buruk dan traumatik itu terus mereka alami ketika waktu remaja apabila sering diejek atau diketawakan oleh rakan-rakan sebaya serta masyarakat sekeliling.
-Perasaan takut ditertawakan itu muncul dan menjadi semakin kronik apabila individu berkenaan dewasa sehingga menimbulkan trauma di dalam hidup mereka.
-Hal itu menimbulkan kesan negatif di dalam diri seseorang individu sehingga mereka cenderung untuk menjauhkan diri daripada masyarakat agar diri mereka tidak menjadi mangsa ejekan.

GEJALA
-Takut akan reaksi yang tidak menyenangkan daripada individu- individu di sekeliling mereka.
-Takut membuat lawak jenaka dan menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti atau situasi lucu.
-Takut apabila melihat individu lain ketawa.Ini kerana mereka menganggap individu tersebut sedang mentertawakan diri mereka.

KESAN
-Mengalami Sindrom Pinoccio,iaitu cenderung untuk bersikap kaku,dingin dan beku seperti boneka kayu.
-Berperibadi dingin dan tidak mahu bergaul dengan individu lain kerana ingin mengelakkan diri daripada menjadi bahan ejekan dan ditertawakan oleh masyarakat di sekeliling mereka.
-Cenderung untuk merendahkan potensi dan penghargaan terhadap diri sendiri.
-Mereka berasakan diri tidak bernilai.
-Mereka tidak dapat mengekspresikan perasaan dengan senyuman atau ketawa kerana menganggap ketawa bukanlah perbuatan yang boleh menaikkan mood atau membuat diri menjadi lebih bersemangat.
-Dari segi kesihatan,pesakit akan sering mengalami gangguan psikosomatis seperti sakit kepala,sering berasa gementar dan gangguan tidur.

RAWATAN
-Tiada rawatan khusus dalam merawat gelotophobia.
-Penyakit takut untuk ketawa dan diketawakan ini hanya boleh disembuhkan dengan keberanian.
-Penghidap gelotophobia harus berani menghadapi masyarakat sekeliling.
-Mereka harus memberanikan diri untuk ketawa,terutama sekali apabila sesuatu perkara itu memang patut diketawakan.





Gelotophobia-Penyakit Takut Ketawa


Ketawa adalah hak setiap insan.Anda bebas mengekspresikan perasaan suka dan gembira menerusi ketawa.Ia adalah penawar stres dan terbukti baik untuk kesihatan.Namun,tahukah anda ada individu yang berasa takut untuk ketawa?

Perbuatan takut ketawa atau diketawakan ini diklafikasikan sebagai satu penyakit oleh pakar kesihatan.Dikenali sebagai gelotophobia,penyakit ini menyerang hampir ramai individu di seluruh dunia.

Didiskusikan buat pertama kali di Sepanyol menerusi majlis International Summer School & Symposium on Humour and Laughter,penyakit gelotophobia terus mendapat perhatian para penyelidik antarabangsa yang melakukan pelbagai kajian untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang gelotophobia.

Antaranya,studi yang dimuatkan di dalam Scientific Journal Humour  yang dilakukan oleh para penyelidik dari University of Zurich,Switzerland.Kajian tersebut telah dilakukan ke atas 22,000 individu dari 73 negara di seluruh dunia.Hasilnya,menunjukkan sememangnya terdapat ramai manusia yang memiliki penyakit takut untuk ketawa atau diketawakan.

Penyelidikan itu juga menunjukkan fenomena dan penyakit gelotophobia ini dialami oleh kebanyakan individu di  negara-negara Turkmenistan dan Kemboja.Masyarakat di negara-negara itu takut untuk menghadapi sebarang reaksi negatif dari individu sekeliling apabila mereka ketawa.

Penduduk –penduduk di negara Iraq,Mesir dan Jordan memiliki kecenderungan untuk menghindari situasi ketawa.Manakala sekitar 8.5 peratus daripada rakyat Sepanyol dan Finland mengakui bahawa diri mereka berasa takut apabila melihat orang lain ketawa kerana berasakan individu tersebut sedang mentertawakan diri mereka.

Namun begitu,masyarakat paling ramai menghidap gelotophobia adalah di negara Thailand.Para penyelidik mengesahkan hampir 80 peratus rakyat di negara gajah putih itu mengalami gelotophobia kerana takut diketawakan orang lain.


Pengorbanan seorang isteri


Kisah seorang suami yang bernama Zizan yang bingung memikirkan hadiah untuk isterinya yang tercinta.Mereka akan merayakan ulang tahun perkahwinan yang ke-25 tahun dan Zizan ingin memberikan hadiah yang paling istimewa dan meninggalkan kesan di hati Julaina,si isteri.

Dalam pada Zizan bersungguh-sungguh hingga pening kepala memikirkannya,tiba-tiba dia teringat,”Aduh! Kenapalah aku ini kurang cerdik sangat! Apa susah-susah? Sepatutnya aku memberi hadiah kegemarannya.Bukankah dia paling suka makan kepala ikan? Macam manalah aku boleh lupa ni? Kerana setiap kali makan berlaukkan ikan,Juliana selalu memilih kepalanya manakala isinya dicubitkan untuk saya.”

Tibalah hari yang dinanti.Zizan menyuakan hadiah istimewanya kepada isteri tercinta,dibungkus rapi dalam sebuah kotak yang boleh tahan besarnya.Juliana menerima dengan mata berbinar-binar kerana terlalu gembira.Bahagia sungguh rasanya.Dalam hatinya terdetik,”Ingat juga suami pada ulang tahun perkahwinan kami walaupun telah 25 tahun berlalu.” sambil dia teringatkan rungutan rakan-rakannya tentang suami masing-masing yang lupa dan mesti diperingatkan saban tahun.”Syukur alhamdullilah,bahagianya terasa,” getus Juliana lagi di dalam hati.

“Apa ni bang,eee….,suspensnya” gumam isterinya manja.Lalu dibukanya bungkusan itu,matanya membulat,terbelalak kaget melihat isi kotak itu yang di dalamnya ternyata kepala ikan yang sangat besar! Zizan tersenyum senang melihat ‘keterujaan ‘ Juliana.Dia sudah menduga hal ini,dan telah bersiap sedia menerima ucapan terima kasih penuh rasa terharu daripada isterinya.Sesaat kemudian terdiam,terbawa oleh perasaan masing-masing.

“Abang ini betul-betul keterlaluan! Abang tidak memahami perasaan saya! Sudah 25 tahun kita berumah  tangga,tapi Abang masih tidak mengerti dan menghargai pengorbanan saya!”  Zizan kehairanan: “Eh,apa pula? Saya belikan awak kepala ikan sebab saya fikir itu adalah kesukaan awak!” jawab Zizan.Masih tetap menangis,isterinya menjawab.

“Kalau saja Abang mampu lebih mengerti pengorbanan saya.Selama ini kalau kita makan bersama dan saya memasak ikan,saya selalu memberikan dagingnya untuk Abang dan anak-anak sebab saya mendahulukan kalian daripada saya.Makanya,saya lebih memilih makan kepalanya saja.Padahal Abang tahu,kepala ikan itu bukannya sedap pun.Malah,sudah lama sebenarnya ingin saya berikan kepada kucing kita!” Kali ini giliran Zizan yang menangis kerana salah menduga.


Makna di sebalik pelbagai warna bunga ros


Selasa, 12 April 2011

Info-info menarik

Mamalia terkecil di dunia ialah sejenis spesies kelawar  di Thailand yang beratnya hanya seberat duit syiling 1 sen.


Mengikut buku Guiness Book of Records,restoran yang menyediakan hidangan terpantas di dunia ialah restoran Kame Garibaldi di Guadalajara,Mexico.Pesanan makanan anda akan sampai dalam masa 13 saat.

Pasukan polis yang pertama di dunia ditubuhkan di Perancis pada tahun 1667.

Seekor kucing ada 32 otot di setiap telinganya.

Mengikut sejarah,teleskop dicipta pada tahun 1608 oleh seorang pembuat cermin mata.

Kuku jari tangan tumbuh empat kali lebih cepat dari kuku kaki.


Tahukah anda,rama-rama terbesar di dunia ialah Queen Alexandra Birdwing di Papua New Guniea,sayapnya lebih kurang 11 inci.

Filem animasi Tarzan dibuat oleh seramai 1175 pelukis animasi dan mengambil masa tiga tahun untuk siap.

Rambut,70% lebih mudah digunting jika ia direndam dulu dengan air suam selama dua minit.

Tahukah anda,95% dari badan obor-obor ialah air.

Roller Coaster yang terpantas di dunia ialah di West Millen,Pennsylvania ,Amerika dengan kelajuan 129 km sejam.









Tawan hati dengan pertuturan


Percayalah anda akan memperoleh kejayaan yang diidamkan dengan hanya pertuturan.Pertuturan yang baik dan ikhlas akan memberikan anda peluang untuk menonjolkan diri dan mencapai apa yang diinginkan dalam kerjaya.Untuk memperolehnya,ikuti panduan yang disenaraikan di bawah :
  • Salam

Rasulullah S.A.W  bersabda bahawa salam dapat mengeratkan silaturahim ,menghilangkan rasa benci dan mendatangkan cinta.Jadi sewaktu melangkah ke pejabat,salam adalah perkataan pertama yang keluar daripada mulut kamu.Ucapkan salam kepada semua ataupun pada sesiapa yang kamu bertembung untuk ke tempat meja kamu.Walaupun ada seseorang yang kamu tidak senangi ,ucapan ini mungkin memberi laluan untuk orang lain menyukai kamu.Lantas tidaklah sukar untuk kamu naik pangkat  apabila berpeluang nanti.
  • Perkataan yang baik

Perlu ingat,ikhlaskan hati setiap kali berhadapan dengan sesiapa sahaja.Walaupun ditanya tentang seseorang yang kamu  tidak baik,jangan pula kamu menjadi orang yang menceritakan keburukannya.Carilah kebaikannya.Dengan bercakap yang baik sahaja,secara tidak langsung  kakitangan lain akan menyedari bahawa kamu seorang yang berperibadi mulia dan berpandangan positif.Mungkin laluan kamu untuk mendaki tangga kejayaan akan lebih mudah.
  • Panggilan rasmi

Perlu ingat walaupun kamu mempunyai hubungan yang mesra dan baik dengan kakitangan lain,jangan biasakan diri untuk memanggil mereka dengan panggilan ‘kakak’,’abang’ dan sebagainya.Berhubunglah dengan memanggil ganti nama ‘encik’ dan ‘puan’.Jadikan interaksi kamu itu rasmi.Ia memberi aura professional kepada kerja kamu dan orang yang dipanggil akan lebih rasa dihormati.
  • Pertuturan terang dan jelas

Walaupun kamu seorang yang bijak dan mempunyai banyak idea tetapi jika tidak pandai mengutarakannya,orang lain tidak akan nampak kebijaksanaan kamu ini.Setiap kali berbicara,kakitangan lain sukar untuk menangkap apa yang ingin kamu utarakan.Untuk berjaya dan dikenali dengan lebih baik,pastikan pertuturan  kamu didengari dengan jelas.Bertuturlah dalam Bahasa Melayu yang betul dan tinggalkan sebutan-sebutan daerah asal kamu.Dengan bicara yang terang,ringkas,dan padat,maksud kamu akan mudah difahami.
  • Berahsia

Untuk berjaya kamu perlu pandai menyimpan rahsia.Jika kamu tidak pandai menyimpan rahsia,pasti kamu akan dipulaukan oleh teman sekerja ataupun kakitangan lain.Apa yang kamu ketahui tentang rahsia sesama rakan sekerja,rahsia syarikat ataupun produk,jangan menghebahkannya kepada orang lain.Jadilah orang yang lebih perahsia.
  • Kawal Pertuturan

Jangan lupa walaupun kamu mula disenangi ramai disebabkan pertuturan yang baik,kamu juga perlu tahu bila masanya kamu perlu berdiam diri.Tidak semua orang menyukai seseorang yang tidak henti berceloteh,membebel ataupun bergurau sesuka hati.Walaupun kamu mempunyai pendapat,jangan sesuka hati menyampuk perbualan orang lain.Kamu dianggap biadap jika berkelakuan begitu.Jika kamu mempunyai pandangan ataupun pendapat,luahkan jika ia boleh membantu karier kamu.


Isnin, 11 April 2011

Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2011

Festival Kasut Antarabangsa Malaysia 2011 yang bertemakan 'Walking in Unity-Sole of The Nation' diadakan di Dewan 2,Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC) Kuala Lumpur pada 8 April hingga 10 April 2011.Pada hari ini,saya pergi ke sana.Ramai yang berkunjung ke festival kasut ini seperti tahun lepas.Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti pameran beberapa koleksi kasut ekslusif rekaan Datuk Dr Jimmy Choo di sebuah galeri yang dibina khas,Sogno Gallery,pameran dan jualan kasut serta Mystery Shoe Box yang mempamerkan koleksi kasut yang direka mengikut peredaran zaman dan juga sepasang kasut yang berusia 100 tahun.


Ini kasut Baba Nyonya yang diperbuat daripada 130 kilogram coklat berukuran 10x4 kaki yang telah direkodkan dalam Malaysia Book Of Records sebagai kasut coklat terbesar.


Saya sempat posing lagi di hadapan kasut ini.Hehehe....
Saya beli 3 pasang kasut hari ini iaitu dari jenama Princess,Nazumi dan Windy.Cantik tak? Merah jambu itu memang wajib.Saya kan suka warna merah jambu.


Ini kasut gergasi berwarna merah.Cantik tak?




Gambar-gambar di atas adalah kasut-kasut yang menjadi perhatian saya.Tahun hadapan,saya nak pergi lagi ke festival kasut ini.Tahun lepas,saya pun pergi.Saya beli sepasang kasut sahaja.Tahun ini,saya beli 3 pasang kasut.Hehe..Saya rasa nak bolot je kesemua kasut yang ada kat sana tadi.Hehehe..Kasut-kasut cantik dan menarik.Alangkah jika saya dapat jadi model yang menggayakan kasut,boleh dapat pakai pelbagai jenis dan jenama kasut kan..

Ahad, 10 April 2011

INFO QUEENPINK 2








Tahukah kamu,purata setiap manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu,hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.



Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki untuk dimakan anak-anaknya yang baru menetas.Langkah ini adalah untuk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.



Pelik tetapi benar! Bahan buangan(najis) daripada seekor ayam sepanjang hayatnya boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menyalakan sebiji lampu mentol berkuasa 100 watt  selama 5 jam.

Jutawan Microsoft,Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle,Amerika Syarikat.Rumah yang menelan kos US$50 juta itu  dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih.Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.



Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabdikan sebuah cinta suci seorang suami terhadap isterinya.Taj Mahal yang terletak di Agra,Uttar Pradesh,India adalah sebuah monumen peninggalan Kerajaan Moghul.Bangunan cantik tersebut diliputi oleh batu marmar putih berkilauan.Mengikut sejarah,di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan,Mumtaz Mahal.Shah Jehan amat mencintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz.Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu Berjaya disiapkan pada tahun 1653.Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.



Mungkin ramai yang tidak sedar huruf yang paling kerap digunakan dalam Bahasa Inggeris adalah E manakala Q adalah huruf yang kurang digunakan.





Tahukah kamu dengan hanya menghidu(bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan.Kalau tidak percaya,cubalah!