Ahad, 17 April 2011

APA ITU GELOTOPHOBIA?


GELOTOPHOBIA
-Berasal daripada perkataan Greek.
-Gelo bermaksud ketawa.
-Phobos bererti takut.
-Gelotophobia membawa makna takut untuk ketawa atau diketawakan oleh individu-individu lain di sekeliling mereka.
-Memang ramai individu yang tidak selesa dan tidak mahu diri mereka menjadi bahan ketawa.
-Penghidap gelotophobia berasa sangat takut untuk ketawa atau diketawakan.
-Mereka berasakan perbuatan ketawa adalah satu dosa besar untuk dilakukan dan sering mengawal serta mengingatkan diri mereka agar tidak ketawa seperti insan normal yang lain.

FAKTOR
-Sewaktu proses pembesaran individu
-Pada masa kanak-kanak,individu terbabit gagal mengembangkan jalinan komunikasi interpersonal.
-Contohnya,tiada jalinan komunikasi di antara mereka dengan pengasuh yang menguruskan diri  mereka.
-Pengalaman buruk dan traumatik itu terus mereka alami ketika waktu remaja apabila sering diejek atau diketawakan oleh rakan-rakan sebaya serta masyarakat sekeliling.
-Perasaan takut ditertawakan itu muncul dan menjadi semakin kronik apabila individu berkenaan dewasa sehingga menimbulkan trauma di dalam hidup mereka.
-Hal itu menimbulkan kesan negatif di dalam diri seseorang individu sehingga mereka cenderung untuk menjauhkan diri daripada masyarakat agar diri mereka tidak menjadi mangsa ejekan.

GEJALA
-Takut akan reaksi yang tidak menyenangkan daripada individu- individu di sekeliling mereka.
-Takut membuat lawak jenaka dan menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti atau situasi lucu.
-Takut apabila melihat individu lain ketawa.Ini kerana mereka menganggap individu tersebut sedang mentertawakan diri mereka.

KESAN
-Mengalami Sindrom Pinoccio,iaitu cenderung untuk bersikap kaku,dingin dan beku seperti boneka kayu.
-Berperibadi dingin dan tidak mahu bergaul dengan individu lain kerana ingin mengelakkan diri daripada menjadi bahan ejekan dan ditertawakan oleh masyarakat di sekeliling mereka.
-Cenderung untuk merendahkan potensi dan penghargaan terhadap diri sendiri.
-Mereka berasakan diri tidak bernilai.
-Mereka tidak dapat mengekspresikan perasaan dengan senyuman atau ketawa kerana menganggap ketawa bukanlah perbuatan yang boleh menaikkan mood atau membuat diri menjadi lebih bersemangat.
-Dari segi kesihatan,pesakit akan sering mengalami gangguan psikosomatis seperti sakit kepala,sering berasa gementar dan gangguan tidur.

RAWATAN
-Tiada rawatan khusus dalam merawat gelotophobia.
-Penyakit takut untuk ketawa dan diketawakan ini hanya boleh disembuhkan dengan keberanian.
-Penghidap gelotophobia harus berani menghadapi masyarakat sekeliling.
-Mereka harus memberanikan diri untuk ketawa,terutama sekali apabila sesuatu perkara itu memang patut diketawakan.





0 ulasan: