Assalamualaikum kepada semua.Saya suka lagu ini iaitu ''Senyum" nyanyian Najwa dan Malique.Saya suka senyum,adakah anda suka senyum?
Ada beberapa fakta dan sebab mengapa anda perlu ketawa dan 'tersenyum' sentiasa:
FAKTA 1 : Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk joging dalaman dan dapat merangsang seluruh tubuh selain mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
FAKTA 2 : Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan.Apabila kita tersenyum,badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira.Kajian menunjukkan bahawa senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus(bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'.Selain itu,apabila kita tersenyum,kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding ketika mengerutkan dahi.
FAKTA 3 : Senyuman bukan sahaja sekadar reaksi gerak muka tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
FAKTA 4 : Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardivovaskular sama seperti bersenam 10 minit.Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa,tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat.Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun dengan lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
FAKTA 5 : Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis stres iaitu stres yang baik dan yang tidak baik.Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stres yang baik.Stres yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
FAKTA 6 : Sewaktu kita ketawa,sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon(protein melawan penyakit),sel T(yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B(yang menghasilkan antibodi melawan penyakit)
FAKTA 7 : Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah,menambahkan kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan,kemarahan,atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
FAKTA 8 : Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung,tekanan darah tinggi,strok,atritis,dan ulser.Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang menghidap sakit jantung kurang ketawa berbanding orang sihat.
FAKTA 9 : Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma,abdomen,sistem pernafasan,muka,kaki,dan otot belakang badan.Ketawa 'mengurut organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen,merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar.Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi ; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
FAKTA 10 : Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus,sekaligus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrien dalam badan.Ada juga yang percaya bahawa ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
0 ulasan:
Catat Ulasan