Isnin, 4 April 2011

Kita semua tempayan retak


Seorang tukang air memiliki dua buah tempayan besar,masing-masing bergantung pada kedua hujung suatu pikulan,yang dibawa menyilang pada bahunya.Satu daripada temayan itu retak sedangkan temayan yang satunya laginya tidak.Jika tempayan yang utuh itu selalu dapat membawa air penuh,setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya,tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun hal itu terjadi setiap hari.Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya.Tentu saja si tempayan yang utuh itu berasa bangga akan pretasinya kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.Namun,si tempayan retak yang malang itu malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan sedih sebab ia hanya dapat memberi setengah dari bahagian yang seharusnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini,tempayan retak itu berkata pada si tukang air,” Saya sungguh malu pada diri saya sendiri,dan saya ingin mohon maaf kepadamu.”Kenapa kamu berasa malu? “ tanya si tukang air.”Saya hanya mampu,selama dua tahun ini,membawa setengah bahagian air dari yang sepatutnya saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya yang membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita.Kerana cacatku itu,saya telah membuatmu rugi,” kata tempayan itu.

Si tukang air berasa kasihan pada si tempayan retak,dan dalam belas kasihannya,dia berkata “ Jika kita kembali ke rumah majikan esok,aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.” Benar,ketika mereka naik ke bukit,si tempayan retak memperhatikan dan baru menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan,dan itu membuatnya sedikit terhibur.Namun pada akhir perjalanan,ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor,dan kembali dia minta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu,”Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tetapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan utuh? Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya.Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu,dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air,kamu mengairi benih-benih itu.Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita.Tanpa kamu sebagaimana kamu ada,majikan kita tak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.”

Setiap daripada kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri.Kita semua adalah tempayan retak.Namun,usah takut akan kekuranganmu.Kenalilah kelemahanmu dan kamu pun dapat memanfaatkan orang lain.Tidak ada yang terbuang percuma di mata-Nya.Ketahuilah,di dalam kelemahan kita,kita menemukan kekuatan kita.Seseorang disebut sebagai orang yang sukses jika ia mampu terus hidup dan menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran di dada.


0 ulasan: