Sebut sahaja pasal coklat,pasti ramai yang beranggapan ia adalah makanan yang tidak sihat dan menggemukkan.
Tanpa anda sedari,fakta ini tidak benar sama sekali.Sebenarnya,coklat juga mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri.Malah,dalam menu diet,ia turut disarankan sebagai salah satu makanan yang baik.
Makan sederhana termasuk coklat,diiringi senaman kardivovaskular,adalah rahsia mengekalkan berat badan yang sihat.
Coklat juga bukan penyebab sakit jantung.Dalam kes sakit jantung,coklat juga dipersalahkan.Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas.Merokok,kurang bersenam,pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab utama.Sebaliknya,coklat mengandungi antioksidan,dikenali sebagai fenol yang mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein(kolesterol LDL).Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah.
0 ulasan:
Catat Ulasan