Bukan mudah untuk mengekalkan percintaan jarak jauh yang kini sedang dilalui oleh dua selebiriti terkenal Malaysia Qi Razali dan juga Yuna yang kini tinggal di Amerika Syarikat.
Sebelum ini ada desas – desus mengatakan hubungan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai dan Qi kini menanti retak namun ditolak pantas oleh Qi dan memberitahu faktor jarak yang menyebabkan mereka kelihatan dingin.
"Hubungan jarak jauh ini memang mencabar. Sesiap yang pernah laluinya pasti tahu bagaimana mahu kekalkan perasaan percaya apabila berjauhan.
"Kadang - kala kami terpaksa rancang dahulu sebelum membuat panggilan kerana dengan jadual yang tidak menentu agak sukar untuk kami berkomunikasi. Bagaimanapun, Yuna baru sahaja pulang ke Malaysia beberapa hari yang lepas, saya sempat berjumpa dengannya." Ujar Qi.
Bekas pengacara rancangan "Jalan-Jalan Cari Makan" ini turut menyatakan hasrat untuk menikahi Yuna namun terpaksa dipendamkan dahulu demi memberi jalan kepada Yuna untuk menempah nama di sana.
"Yuna sedang menempah nama di sana, dia berada di puncak kerjayanya. Malahan, Yuna turut mendapat pujian daripada beberapa nama besar di sana seperti Rihanna di Twitter baru-baru ini. Jadi, saya tak akan buat apa-apa yang mungkin akan membantutkan cita-citanya. Pada saya, kejayaannya menempa nama di sana memberikan motivasi kepada saya untuk lebih bekerja keras," tambahnya lagi.
Perkembangan terbaru Qi, beliau yang baru sahaja pulang daripada Argentina berhasrat untuk menceburkan diri dalam bidang pengarahan.
0 ulasan:
Catat Ulasan