Anugerah Blokbuster, satu majlis anugerah yang memartabatkan filem-filem serta penggiat seni perfileman pilihan penonton bakal menemui penonton tidak lama lagi. Anugerah yang menyenaraikan 13 kategori dan melibatkan hampir 40 pencalonan bagi setiap kategori menggunakan 100% undian darpada peminat dan penonton.
Untuk fasa pertama pengundian, proses pengundian akan dilakukan di laman web rasmi Anugerah Blockbuster di www.anugerahblokbuster.com.my. Proses undian akan dijalankan bermula 3 September 2012 hingga 18 September 2012. Pengundi hanya perlu berdaftar di laman sosial Facebook untuk mengundi.
Pengundi hanya boleh mengundi 1 undian untuk setiap kategori setiap hari. Sekiranya pengundi sudah mengundi hari ini, mereka boleh kembali semula di hari berikutnya untuk membuat undian. Kiraan undian akan dipaparkan di laman web Anugerah Blokbuster sepanjang tempoh undian online.
10 calon yang mendapat undian terbanyak bagi setiap kategori akan layak ke pusingan seterusnya di mana undian akan dilakukan melalui online dan juga sistem pesanan ringkas (Setiap SMS akan dikenakan cas RM0.50. Tertakluk kepada syarat dan terma). Keputusan akan dikira bedasarkan 50% daripada undian SMS dan 50% lagi dari undian secara online. Pemenang bagi undian fasa kedua akan diumumkan pada Malam Kemuncak Anugerah Blokbuster, 6 Oktober 2012 secara langsung dibawakan oleh siaran Astro Ria (104).
0 ulasan:
Catat Ulasan