Lorong Cahaya mengisahkan Nuh seorang peniaga tapai yang berjaya. Walaupun kaya, hidup Nuh sunyi kerana selalu gagal dalam percintaan. Dia ingin mencari pasangan hidup lalu pergi menemui Tok Leh seorang guru agama yang disegani ramai. To Leh menjadi terkenal kerana sering berjaya mengubati penyakit rohaniah yang pelik-pelik. Tok Leh mempunyai seorang cucu perempuan bernama Adawiyah. Dalam perjalanan ke rumah Tok Leh, Nuh menumpangkan Amin seorang pelukis yang sedang mencari ilham. Nuh mengajak Amin turut serta berubat di rumah Tok Leh. Adawiyah ingin mencuba caranya tersendiri dalam mencari jodoh. Dia ingin menjadi seperti 'Siti Muslihat' moden. Dia sengaja menyamar jadi hodoh. Bagi Adawiyah, dia mahu bakal suaminya menerimanya dalam keadaan dirinya yang tidak seberapa. Siapakah antara mereka yang berjaya harungi rintangan di kediaman Tok Leh dan terpedaya dengan muslihat Adawiyah?
9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali
-
Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini
tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya
akan berke...
4 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan