Khamis, 31 Januari 2013

WAWA SEMPUT



Konflik cinta BOBBY dan WAWA daripada filem Adnan Sempit tidak berakhir begitu sahaja. Kini, ianya disambung kembali dalam filem penuh komedi dan aksi memaparkan Bobby dan Wawa yang terpaksa menghadapi ujian terbesar dalam hubungan mereka apabila Bobby menuduh Wawa tidak setia. Nama Ismat menjadi penyebab segalanya. Wawa sudah naik muak dengan sikap Bobby yang suka merempit mengambil keputusan untuk berpisah dan pulang ke kampungnya. Bobby merayu berkali – kali dan meminta maaf namun tidak dilayan langsung oleh Wawa. ISMAT muncul dengan penuh bergaya dan menumpangkan Wawa pulang ke kampungnya. Bobby yang memang sudah tangkap cintan guling – guling dengan Wawa tekad untuk mendapatkan Wawa kembali. Ismat dan Wawa pulang ke kampung dan terkejut apabila melihat Bobby terlebih dahulu sudah sampai. Lama kelamaan, Wawa mulai naik semput dengan sikap Bobby dan Ismat yang tidak sudah bersaing untuk memikatnya. PAK KUDIN, ayah kepada Wawa lebih menyukai Ismat yang dirasakan mempunyai masa depan yang lebih cerah berbanding Bobby yang kaki rempit. Namun, Pak Kudin juga sedar yang Wawa masih sayangkan Bobby dan mengharapkan dia akan berubah. Kawan baik kepada Wawa, AYUNI jatuh cinta pandang pertama pada Ismat kerana wajah Ismat yang mirip dengan bekas kekasihnya cuba untuk merampas Ismat daripada Wawa namun Ismat tetap setia pada cintanya. Sesuatu harus dilakukan demi memisahkan Ismat dan Wawa. Ayuni dan Bobby berpakat! Apakah yang akan dilakukan oleh Ayuni dan Bobby? Masih adakah ruang untuk Bobby di hati Wawa?

Rabu, 30 Januari 2013

RATUKU


JAUH KE SYURGA


FILEM JUVANA



Juvana merupakan sebuah filem sekual dari pemenang drama bersiri Juvana anugerah skrin 2011 yang mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Filem ini dibarisi pelakon seperti Johan As’ari (Botak), Syazwan Zulkifly (Apek), Adam Shah (Ayam), Sharnaaz Ahmad (Lan Todak), Zahiril Adzim (Daim), Shera Aiyob (Sara) Idzham Ismail (Panjang) dan Adlin Aman Ramlie (Tuan Ali). 

Sinopsis Filem Juvana The Movie 
Ia masih mengisahkan perjalanan hidup Daim yang dibebaskan dari sekolah juvenil Wirabakti ekoran didapati tidak bersalah membunuh ibunya. Daim kini cuba menjalankan kehidupan di luar namun ia tidak jauh bezanya dari kehidupan di penjara juvenil. Daim mula bersekolah di sekolah menengah biasa dengan harapan untuk menamatkan pengajian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di situ dia dibuli oleh pelajar lain dan tidak mempunyai sebarang kawan melainkan Sara yang banyak membantunya dalam pelajaran. Apabila sekolah Wirabakti ditutup pelajar yang masih di tahan di pusat akhlak tersebut iaitu Botak, Apek, Ayam serta beberapa pelajar lain dihantar ke sebuah sekolah juvenil lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka.

Ahad, 27 Januari 2013

13 CARA SUAMI MELAYAN ISTERI MENGIKUT CARA RASULULLAH S.A.W

1) Jangan tidak pedulikan isteri yang sedang merajuk atau berkecil hati. Buangkan ego, minta maaf jika suami bersalah dan pujuk dengan mesra. Mungkin apa yang berlaku hari ini suami akan kata “Udah-udah la merajuk tu, buruk beno gayanya udah tua-tua pon merajuk lagi”

2) Tanamkan sifat menghormati isteri anda yang banyak menjaga minum pak
ai dan anak-anak anda dirumah. Bermain kayu 3 dibelakang isteri mungkin kurangnya rasa hormat dan menghargai si isteri(selain masalah lain)

3) Jika isteri melakukan salah atau ada perangai yang suami tidak sukai, tegur dengan baik dan bijaksana. Pukul isteri bukan caranya.

4) Ambil berat kesihatan isteri. Segara merawat isteri yang sakit, jika serius terus bawa pergi jumpa klinik.

5) Beri perhatian ketika isteri ketika bercakap. Pandang mukanya ketika bercakap. mungkin ada luahan perasaan atau masalah untuk dikongsi dengan anda.

6) Isteri tidak suka suami bandingkan dia dengan isteri orang lain baik dari segi paras rupa mahupun masakan. Mungkin bandingkan masakan emak anda dengan masakan isteri anda juga boleh timbulkan rasa kurang senang isteri anda.

7) Ringankan kerja isteri dirumah. Buat anak sama-sama jadi jaga anak juga sama-sama. Bukan melepaskan tanggung jawab kerja rumah semuanya kepada isteri.

8) Jika anda keluar melepak dengan kawan-kawan, ingat isteri dirumah. Jadi jangan pulang lewat dan beli la sesuatu untuknya.

9) Seperti mana isteri perlu menjaga aib suami begitu la juga kepada suami. Suami perlu jaga aib isteri.

10) Elakkan untuk mengutuk isteri anda. Terutamanya depan orang lain.

11) Suami jangan kedekut. Bukan barang rumah sendiri pun isteri perlu belikan. Kalau suami tak cukup duit tu lain cerita.

12) Jangan bersepah dan pengotor. Kalau anda merokok, perlu elakkan dari merokok dalam rumah dan depan anak-anak.

13) Setiap keputusan yang ingin dibuat perlu berbincangan dengan isteri. Isteri pula jangan la “Ikut abang la..saya ikut aje” setiap kali suami meminta pandangan.

Sesungguhnya peribadi Rasulullah itu adalah peribadi yang paling baik untuk menjadi ikutan.. Wallahualam..

SIAPA NAK VOUCHER DARIPADA BUTIK TUFAH?

ASSALAMUALAIKUM...

SIAPA NAK VOUCHER DARIPADA BUTIK TUFAH?



SYARATNYA:

1) Like Aenizz's House by Aen Sa'ari first. 
https://www.facebook.com/AenizzsHouse?bookmark_t=page
2)Like this picture.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483545948347310&set=a.483545828347322.98380.459614444073794&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-b-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F558284_483545948347310_1569433917_n.jpg&size=960%2C616


3) KOMEN PADA ENTRI INI IAITU NAMA FB ANDA.

TARIKH : CLOSE


Jumaat, 25 Januari 2013

HANSEL GRETEL WITCH HUNTERS

Hansel and Gretel Witch Hunters

Filem ‘Hansel and Gretel’ mengisahkan tentang sepasang adik beradik yang dikenali sebagai Hansel dan Gretel lakonan Jeremy Renner serta  Gemma Arterton. Filem bergenra aksi, komedi dan seram ini merupakan arahan Tommy Wirkola dan untuk makluman Tommy sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem komedi seram seperti ‘Norwegian Nazi Zombie’ serta ‘Dead Snow.’

Secara umumnya filem ’Hansel and Gretel’ ini merupakan kesinambungan kepada kisah dongeng Hansel dan Gretel oleh Brothers Grimm, di mana ia menceritakan tentang Hansel dan Gretel yang ditinggalkan oleh bapa mereka di dalam sebuah hutan dan pada ketika itu mereka telah memasuki sebuah rumah yang dikenali sebagai ‘Gingerbread.’

Sewaktu berada di dalam rumah tersebut, adik beradik ini telah ditahan oleh seorang ahli sihir tua dan mereka nyaris di makan oleh ahli sihir tersebut. Namun begitu, sebelum menjadi makanan kepada ahli sihir tersebut, Hansel dan Gretel telah sempat menyelamatkan diri mereka dengan mancampakkan ahli sihir jahat itu ke dalam sebuah ketuhar. Selepas daripada insiden tersebut, adik beradik ini telah menjadi berani dan menjalankan aktiviti memburu serta menghapuskan ahli sihir.

Segala konflik bermula apabila Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ahli-ahli sihir bakal mengadakan ‘Perayaan Bulan Darah,’ yang mana mereka perlu mengorbankan 12 orang kanak-kanak, di mana masing-masing merupakan enam orang lelaki dan enam orang perempuan yang lahir pada bulan yang berlainan. Mampukah Hansel dan Gretel menyelamatkan kanak-kanak tersebut?

Dalam usaha untuk menumpaskan ahli-ahli sihir, tiba-tiba Hansel dan Gretel mendapat tahu bahawa ibu mereka juga merupakan seorang ahli sihir yang bernama Adrianna dan disebabkan itu bapa mereka meninggalkan adik beradik ini di dalam hutan pada suatu ketika dahulu. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ingin ketahui lebih lanjut, jangan lupa untuk menonton filem ‘Hansel and Gretel’ di pawagam berhampiran anda sekarang!


WARNA INSIPIRASI TAHUN 2013



Jika pada tahun lalu 2012 warna tangerine atau oren terang yang memberi rangsangan tenaga yang kita perlu untuk memberi semangat kepada kita semula untuk bergerak maju ke hadapan menjadi pilihan.

Namun pada tahun 2013 pula, syarikat Pantone syarikat yang terkenal dengan Pantone Matching System (PMS) atau Sistem Pemadanan Pantone bagi ruang warna proprietary yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya percetakan dan juga pembuatan cat berwarna, kain dan plastik telah memilih warna hijau zamrud. Warna hijau ini dikatakan boleh menggalakkan keseimbangan dan harmoni serta inspirasi seseorang.

Warna hijau zamrud sinonim dengan batu permata yang membawa maksud kecemerlangan dan kemewahan. Seindah batu permata itu sendiri telah menjadi lambang kemakmuran, pembaharuan juga dari aspek kecantikan dan warna hijau juga mewakili perpaduan dan penyembuhan.

Sudah tentunya pada tahun ini ramai pereka fesyen memilih warna ini dalam rekaan busana mereka. Warna hijau zamrud ini mampu membuat si pemakai nampak anggun, elegan dan menarik. Malah memberi gaya yang lebih klasik.

Warna ini akan mendapat perhatian di acara-acara tertentu terutamanya acara karpet merah. Pereka fesyen seperti Tracy Reese, Nanette Lepore, Barbara Tfank dan Marimekko telah menggabungkan warna hijau zamrud ini ke dalam koleksi musim bunga mereka kelak. Jadi, tunggu sahaja koleksi ini muncul dengan gabungan warna hijau zamrud!

TIP BERJIMAT CERMAT



Bagi pencinta fesyen sudah pasti gemarkan aktviti membeli-belah dan sudah tentunya juga mempunyai bajet dalam setiap perbelanjaan. Tetapi ada juga tidak dapat kawal apabila setiap kali berbelanja terutama bagi yang gemarkan barangan atau busana berjenama. Sememangnya susah untuk mengatakan tidak jika sesuatu sudah berkenan di hati. Jadi kami ingin berkongsi beberapa langkah-langkah untuk menguruskan kewangan agar kita tidak terlebih bajet.

Simpanan Rahsia
Cuba adakan satu simpanan khas untuk anda membeli-belah sahaja. Peruntukan berapa yang anda ingin belanja untuk barang idaman anda dan pastikan anda tidak akan berbelanja lebih daripada itu.

Tiada Lagi Kad Kredit
Jangan sekali-kali menggunakan kad kredit kerana dengan penggunaan kad kredit akan menambahkan lagi bebanan anda serta membuatkan anda menjadikan anda seorang pengguna yang tidak rasional ketika berbelanja. Ketahuilah bahawa caj faedah setiap kad kredit yang anda guna sepatutnya boleh di simpan dan mungkin anda boleh beli barang berjenama lain.

Pre-Loved
Pre-loved adalah istilah barangan mahal dan berjenama yang disayangi pemiliknya. Jika anda mempunyai barang jenama yang tidak boleh lagi di pakai atau sudah tidak muat tetapi masih berkeadaan elok, asingkan dan cuba jual di bazar-bazar fesyen atau e-bay kerana secara tidak lansung ia menambah pendapatan anda dan dengan wang yang diperolehi anda boleh membeli barangan lain. Jadi ia tidak mengganggu wang gaji anda ataupun simpanan anda.

Elak Yang Tidak Penting
Jika anda pencinta barangan berjenama dan juga suka membeli belah, jangan pula anda suka makan di luar dan restoran-restoran yang mewah dan mahal. Cuba amalkan makan cara sederhana dan wang jimat itu sudah tentunya dapat membeli barang koleksi anda.

Jadi Kreatif
Tidak dinafikan kita perlu 'up to date' dalam berfesyen tetapi tidak semestinya kita perlu menambah koleksi dengan membeli baju dan aksesori baru. Cuba jadi kreatif dengan memadankan koleksi yang sedia ada dan ciptalah gaya tersendiri dan pastikan anda tampil dengan imej yang segar.

Fikir Kebaikan & Keburukan
Walau apa cara sekali pun, kesedaran sendiri amat penting untuk berjimat dan mendapatkan wang. Apa gunanya kita menyimpan tetapi sudahnya anda habiskan semua simpanan yang ada. Ubah lah tabiat anda dan berbelanja lah dengan cara penuh berhemah dan bijaksana.

GAYA TURBAN TERKINI



Fesyen turban di kalangan masyarakat kita sudah tidak aneh dan pelik lagi untuk kita lihat terutama di kalangan artis tempatan. Pemakaian turban dikatakan bermula sejak beribu tahun dahulu. Pada mulanya, turban digunakan di negara-negara Asia dan Timur Tengah, terutamanya di India, Afghanistan, Afrika Utara, Kenya, Jamaica dan Pakistan. Turban yang dipakai di India dan Pakistan dikenali sebagai pangri, manakala nama lain seperti phakeolis digunakan oleh tentera Byzantine.

Di Malaysia, pemakaian turban sudah dianggap trend terkini terutama bagi mereka yang bertudung yang sentiasa inginkan kelainan. Gaya atau fesyen ini telah dipopularkan oleh artis wanita kita iaitu Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna. Fesyen yang pada mulanya mendapat kritikan daripada sesetengah pihak lama-kelamaan telah menjadi ikutan ramai.

Sentuhan luar biasa dan kreatif dari pereka fesyen tempatan dalam mempelbagaikan gaya pemakaian turban ini telah menjadikan ia tampak begitu menarik dari segi perincian, aksesori dan daripada pelbagai jenis fabrik dan warna. Maka, pemakaian turban ini semakin relevan buat kaum wanita yang ingin sentiasa tampil menarik, sopan dan menutup aurat. Antara artis lain yang gemar mengayakan fesyen turban ini ialah Natasha Hudson, Ramlah Ram dan Noryn Aziz.

Turban ini sesuai digayakan di mana sahaja kerana ia ianya suatu gaya pemakaian yang ringkas tetapi tetap menarik. Bagi mereka yang sukakan kelainan tidak salah jika ingin mencuba gaya fesyen turban ini. Pemakaian turban ini juga sesuai bagi mereka yang tidak bertudung dengan cara mengikat separuh dari kepala sahaja. Ini menampakkan seseorang itu lebih elegan dan sudah tentunya lebih kemas. Namun begitu, jangan menggunakan warna dan aksesori yang terlalu sarat serta lilitan yang terlalu banyak agar pemakaian turban anda tidak nampak serabut.

KRIM PEMUTIH MERBAHAYA



Ramai wanita di luar sana idamkan kulit muka yang cantik, lincin dan tidak ketinggalan juga yang inginkan kulit muka yang putih bersih. Terlalu banyak produk kecantikan di luar sana yang menawarkan krim pemutih yang menjanjikan keberkesanan yang cepat dan segera. Ini telah membuatkan ramai wanita sangat teruja dan ingin mencubanya tanpa berfikir panjang dan tidak meneliti kandungan yang terdapat dalam krim pemutih tersebut.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, krim pemutih muka mengandungi dua peratus dan lima peratusan hidrokuinon yang boleh mengakibatkan kulit wajah rosak. Krim yang mengandungi hidrokuinon ini berfungsi dengan bertindak menghilangkan bintik-bintik hitam sekaligus mencerahkan wajah. Walaubagaimana pun, pemakaian krim pemutih berlebihan tetap mempunyai risiko yang boleh menyebabkan kesan iritasi dan kulit sedikit terbakar.

Apa yang lebih menakutkan dan lebih bahaya ialah jika krim pemutih yang digunakan mengandungi merkuri. Merkuri sememangnya menjadikan kulit wajah nampak putih dan mulus tetapi merkuri ini akan mendap di bawah lapisan kulit dan lama-kelamaan kulit menjadi kehitaman sehingga boleh menyebabkan kanser.

Kita perlu berhati-hati dengan produk kecantikan ini dan perlu mengetahui krim pemutih yang mengandungi merkuri. Jika bau krim pemutih itu agak kuat ia patut dielakkan, begitu juga krim yang berwarna putih dan kuning tetapi tidak semua mengandungi merkuri. Selain itu, ciri spesifik krim yang mengandungi merkuri ialah agak mengilat warnanya. Yang paling penting jangan mudah terpedaya dengan krim pemutih yang berkesan dalam waktu yang singkat. Jika kita memakai krim pemutih yang mngandungi merkuri ini kulit wajah kita lebih sensitif pada sinar matahari serta kulit terasa pedih dan kemerahan di awal pemakaian.

Jika anda sayangkan kulit wajah anda, ingat sentiasa berhati-hati dalam memilih apa jua produk kecantikan terutama krim pemutih yang mengandungi merkuri yang amat merbahaya.

KEBAS KETIKA BANGUN TIDUR

1343273315661321310

Jari dan tapak tangan yang kebas adalah pertanda berlakunya gangguan, tekanan atau kepitan terhadap saraf periferi bahagian berkenaan. Biasanya ia memang disebabkan oleh posisi tubuh ketika tidur yang menekan saraf periferi pada tangan. Namun, gangguan terhadap saraf periferi  pada tangan dan jari juga sering berlaku akibat diabetes mellitus, radang sendi, minum alkohol berlebihan, kekurangan vitamin B12, dan apabila saraf periferi yang khusus tersepit, seperti sindrom terowong karpus.

Tekanan terhadap saraf periferi yang berlaku pada orang normal boleh menyebabkan gejala kekebasan (parestesia) yang dapat hilang dengan sendirinya. Secara perubatan, tidak ada tempoh tertentu bagi kekebasan itu menghilang. Jika rasa kebas dapat hilang dengan sendirinya, maka tiada apa yang perlu dikhuatiri lagi.

Sebaliknya jika rasa kebas hilang pada waktu pagi dan kembali semula selepas anda melakukan aktiviti tertentu misalnya, maka hal ini harus diberi perhatian dan dicari puncanya. Apabila keadaan ini berlaku, pergilah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan yang lengkap.

Anda dinasihatkan agar berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan menyeluruh secara berkala bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya diabetes mellitus, radang sendi atau keadaan lain yang boleh mengakibatkan gejala yang anda alami.  Pengambilan alkohol juga harus dielakkan. Di samping itu, anda harus mengambil vitamin tambahan yang mengandungi vitamin B, terutamanya vitamin B12 setiap hari. 

Amalan ini dapat membantu memperbaiki kesihatan dan fungsi saraf periferi anda.
Semoga membantu. Terima kasih.

SELAGI CINTA BERZIKIR

Khamis, 24 Januari 2013

ADORABLE MUSLIMAH (CONTEST)

6TH CONTESTANT.
NAME : Roszaliza Binti Abdul Nyzam 


HOW TO LIKE?
Like Aenizz's House by Aen Sa'ari first. 
https://www.facebook.com/AenizzsHouse?bookmark_t=page

THEN.
Like this picture.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=483545948347310&set=a.483545828347322.98380.459614444073794&type=1&relevant_count=1



JOM LIKE GAMBAR QUEENPINK :)



SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


Rabu, 23 Januari 2013

CIRI-CIRI SUAMI AWESOME MENGIKUT USTAZ AZHAR IDRUS

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

 Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! hehe.. :)


Gambar: :: SESEORANG YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ::

Seseorang yang mencintai kamu..
Tidak bisa memberi alasan mengapa ia mencintaimu..
Dia hanya tahu, di mata dia,
Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...
Sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/menyampah stress...
Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah ia lakukan...
Kerana semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu.. ..

Seseorang yang mencintai kamu....
Jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik....
Hanya itu yang ia tau....

Seseorang yang mencintai kamu....
akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau talefonnya..
Kerana ia peduli dan tidak ingin sesuatu terjadi
pada kamu...

Seseorang yang mencintai kamu.....
Hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu, dan ketika kamu mencuba menghapus air matanya.. ..
Kamu telah menyentuh hatinya! 
Ya...
Dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/ bergetar untuk kamu.....

Seseorang yang mencintai kamu..
Akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan..
Bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.... .

Seseorang yang mencintai kamu..
Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah..
Kerana ia tidak mahu mengingkari janjinya..
Ia ingin kamu untuk mempercayainya..
dan ia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman Selama-lamanya. ...

Seseorang yang mencintai kamu..
Mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa..
Seperti perayaan hari ulang tahunmu..
Tapi ia tahu bahwa setiap detik yang ia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah ini..

Seseorang yang mencintai kamu...
Tidak mahu berkata "aku mencintaimu" dengan mudah....
Kerana segalanya yang ia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa ia siap mencintaimu. ..
Tetapi hanya ia yang mengatakan SAYA SAYANG AWAK pada situasi yang istimewa...
Kerana ia tidak mahu kamu salah mengerti...
Dia mahu kamu mengetahui bahawa ia mencintai dirimu...

Seseorang yang benar2 mencintai kamu..
Akan merasa bahawa sesuatu harus di katakan sekali saja..
Kerana ia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya..
Jika berkata terlalu banyak, dia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum..

Seseorang yang mencintaimu..
Tidak tahu apakah ia harus menghubungimu ketika kamu marah..
Tetapi ia akan mengirim pesan setelah beberapa jam...
Jika kamu menanyakan : Mengapa lambat telefon??
Dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dariku semua hanyalah sampah. Tetapi ketika kamu sudah tenang, penjelasanku baru akan benar-benar menyejukan hati.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan menyimpan semua benda yang telah kamu berikan... 
Bahkan Kertas kecil bertuliskan I LOVE YOU ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintai kamu...
jarang mengucapkan kata-kata manis Tapi kamu tau'Kecupanya' sudah menyalurkan semuanya.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu. ..

Seseorang yang mencintaimu. ..
Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...
Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan rela melepaskanmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...
Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain...
- Pakar diari hati -

SIAPA SUKA BUNUH SEMUT?

Siapa suka bunuh SEMUT?

Dari Abu Hurairah ra katanya, saya mendengar Rasulullah saw bersabda :

"Seekor semut menyengat salah seorang nabi..nabi itupun menyuruh mencari sarang semut itu lalu dibakar, Allah lalu menurunkan wahyu kepada nabi itu..sesungguhnya hanya seekor semut yang menyengat engkau, dan engkau bakar salah satu umat yang bertasbih kepada Tuhan." (HR Bukhari dan Muslim)

p/s : Allah, jangan dibunuh semut/binatang tak mengancam sembarangan..kerana mereka juga umat yang bertasbih kepadaNYA..♥


JANJI SEORANG SUAMI

Suatu petang...

ISTERI : Abang, janji ek, takkan pernah sayang perempuan lain selain saya?..
SUAMI : Maaf, abang tak boleh janji macam tu..
ISTERI : Kenapa? Abang ada perempuan lain lah ye? (dengan nada terkejut)
SUAMI : Hmmm.. Abang mintak maaf .. Abang takut suatu hari nanti dia muncul dan abang akan sayang dia.
ISTERI : Jadinya abang tak setia? (dengan nada cemburu)
SUAMI : Awak memang cantik tapi mungkin PEREMPUAN tu lagi cantik, mungkin dia akan selalu hiburkan abang waktu abang penat, sedih, marah.. Mungkin Dia memang baik macam awak.. Dia ada semua sikap macam awak.. Macam yang abang inginkan..
Si Isteri tertunduk membisu. Sedih hati nya bukan kepalang.
Melihatkan itu, si suami tersenyum lalu memegang tangan isterinya..
SUAMI : Abang akan sayang dia macam abang sayang awak..suatu hari nanti dan Dia akan panggil awak.. MAMA! Sebab tu abang tak boleh janji.. InshaAllah abang akan sayang anak perempuan kita macam abang sayang awak. Bahkan mungkin lebih....
ISTERI :)




Selasa, 22 Januari 2013

BULLET TO THE HEAD



Sylvester Stallone kembali dengan filem aksi terbarunya, "Bullet To The Head"! Filem arahan Walter Hill ini mengisahkan Stallone yang memegang watak sebagai Jimmy Bobo, seorang pembunuh upahan yang bekerjasama dengan detektif polis muda dari NYPD dalam menyiasat satu kes besar. Secara tidak langsung, mereka telah dikaitkan dalam dua kejadian pembunuhan. Mereka terpaksa mengorbankan segala-galanya bagi membersihkan nama dan membalas dendam.

"Bullet To The Head" dilakonkan oleh Sylvester Stallone, Sung Kang, Jason Momoa dan Sarah Shahi.

"The Last Stand" diarahkan oleh Kim Ji-Woon dan dibarisi Arnold Schwarzenegger, Rodrigo Santoro, Zach Gilford, Forest Whitaker, Johnny Knoxville dan Jaime Alexander.


Saksikan "Bullet To The Head" di pawagam bermula 31 Januari 2013!

Ahad, 20 Januari 2013

KURSUS PRA PERKAHWINAN


Kursus Pra perkahwinan ialah kursus penyediaan bagi bakal-bakal pengantin. Kursus ini
WAJIB diambil bagi bakal pengantin. Kursus Pra perkahwinan ini dianjurkan oleh Jabatan
Agama Negeri dan juga pihak swasta. Kursus ini mengandungi beberapa modul dan
selalunya mengambil masa 12 jam. Bayaran kursus selalunya sebanyak RM 80.00 seorang.

Apabila seseorang itu tamat kursus, Sijil Kursus Pra Perkahwinan akan diberikan. Sijil ini
tidak mempunyai tamat tempoh dan boleh digunakan di semua Negeri tidak kira dimana
ianya diambil.

Para penceramah yang diundang adalah mereka yang bertauliah dan berpengalaman dalam
Hukum Islam dan kebanyakannya bekerja di Jabatan Agama Negeri dan JAKIM. Kursus Pra
perkahwinan adalah ruang paling sesuai untuk anda mengemukakan segala persoalan
mengenai perkahwinan anda. Persoalan tentang wali hakim, anak tidak sah taraf, prosedur
perkahwinan akan dijelaskan oleh para penceramah anda.

Untuk mendapatkan maklumat Pusat kursus, semak surat khabar dan internet. Sila Hubungi
Pusat kursus untuk mendapat maklumat lanjut tentang kursus.



Jumaat, 18 Januari 2013

SABUN RUPAWAN NURBEAUTYLINE

sabun-muka-rupawan

MENGATASI MASALAH KULIT MUKA DENGAN SABUN SAHAJA...

DIRUMUS SECARA TELITI DAN DIKAJI DENGAN JAYANYA UNTUK MEMBERSIHKAN DAN MEMPERBAIKI KULIT WAJAH YANG ROSAK SERTA MENCERAHKAN KULIT SEDIA ADA.

SABUN RUPAWAN NURBEAUTYLINE MEMBERSIH DENGAN CARA MENGANGKAT KOTORAN DEBU DAN MINYAK DI ATAS PERMUKAAN KULIT.IANYA JUGA BERTINDAK MERAWAT KULIT YANG BERJERAWAT,BERJERAGAT,BERKEDUT,PARUT HITAM,PARUT LUBANG BEKAS JERAWAT DAN MEMPERBAIKI SEL-SEL MATI DI PERMUKAAN KULIT MUKA.

SABUN RUPAWAN NURBEAUTYLINE MENJADIKAN KULIT MUKA

  • PUTIH BERSERI BAK SALJU
  • HALUS,MULUS BAK TELUR DIKUPAS
  • TEGANG DAN ANJAL BAK SELEMBUT KULIT BAYI
  • BERSIH BAK MUTIARA
BOTOL UNGU - KULIT BIASA
BOTOL PINK-ANTI JERAWAT
BOTOL BIRU-KULIT KERING

HARGA - RM15 SEBOTOL(50 ML)

JIKA BERMINAT,HUBUNGI 017-9075601 (ROSZALIZA)





QUEENPINK MENANG 1 SET BODY CARE FROM TED BAKER

ASSALAMUALAIKUM...

QUEENPINK MENANG 1 SET BODY CARE FROM TED BAKER.QUEENPINK JOIN CONTEST LIKE,SHARE AND TAG DI FACEBOOK.




Bismillahirrahmannirrahim..

1st lucky winner is Esm Roszaliza Abdul Nyzam !!!
Bismillahirrahmannirrahim..

1st lucky winner is Esm Roszaliza Abdul Nyzam !!!!

Heels Tux Esm Roszaliza Abdul Nyzam u will receive 1 set of Body Care from Ted Baker  , do pm us a.s.a.p


1 SET BODY CARE FROM TED BAKER
  • BODY SPRAY
  • BODY SCRUB
  • BODY LOTION
TERIMA KASIH HEELS TUX

HANYA DIKAU

Khamis, 17 Januari 2013

BELI,BERGAMBAR DAN MENANG

MAHU TAMPIL SEBAGAI MODEL HIJABISTA?

Mahu tampil sebagai model Hijabista? Hadiri KARNIVAL KARANGKRAF yang akan berlangsung pada 1,2,3 hb Febuari dan hantar borang yang telah dimuat turun ke kaunter booth Hijabista yang telah disediakan. Kepilkan salinan borang bersama dua keping gambar bersaiz 4R (half shot dan full shot). Borang penyertaan yang diemail atau dipos tidak akan dilayan. Borang wajiblah dihantar ke kaunter Hijabista. Selamat mencuba :) BERTEMPAT DI KARANGKRAF SHAH ALAM




Rabu, 16 Januari 2013

MALAM ESM MALAM PENUH GLAMOUR

Malam ESM(Empayar Siti Murni) telah diadakan di Dewan Seroja Kelab Golf Perkhidmatan Awam,Bukit Kiara Kuala Lumpur pada 5 Januari 2013.



Program yang dikenali sebagai Malam ESM 2013 menyaksikan 28 finalis model berkonsepkan muslimah bertanding merebut gelaran Juara daripada lebih 500 penyertaan sebelum ini.Queenpink merupakan salah seorang finalis pada Malam ESM tersebut.



Yang Berhormat Datuk Noriah Kasnon,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat menjadi penaung dan merasmikan program ini.



Finalis hadir dari seluruh Malaysia termasuk dari Negara Brunei Darussalam.Mereka bukan sahaja terdiri dari "model profesional" malah "model bersaiz besar" dan "model baru"




3 kategori model berkenaan digabungkan dalam satu pertandingan tanpa sebarang diskriminasi sekaligus bertujuan membina keyakinan diri di kalangan peserta.

Konsep pertandingan ialah model akan ber"catwalk" secara "ESM Style" dan bukannya "Fast Catwalk" selain sesi soal jawab bersama juri akan berlangsung selepas sesi "catwalk"











Barisan Juri terdiri daripada Solmi Ahmad Sofi(Penerbit Berita Nasional dan Senior Editor RTM),Syaimizi Hamid(Wartawan Hiburan Kosmo),Wawa Idris(Perunding Imej) dan Lily Mazliha(Wartawan Diva)



Malam ESM juga menyaksikan hampir 200 model berkonsepkan muslimah berkumpul selain disertai pereka fesyen terkenal seperti Yasalma,Azhar Zainal,Amar dan Ariff Shukor.



Tahniah kepada semua pemenang.



Queenpink bersama CEO Empayar Siti Murni,Siti Murni Abdul Aziz.








Untuk melihat lebih banyak gambar,boleh klik  https://www.facebook.com/media/set/?set=a.387133721376788.90964.100002404898087&type=3

























PARODI FORUM SUARA MAHASISWA



FESYEN MUSLIMAH JURNAL BERNAMA


KELAS MEMASAK BERSAMA DATO' FAZLEY YAAKOB



Kelas memasak bersama Dato Fazley pada hari Ahad ini di Avon HQ. Kalau anda berminat, sila hubungi 1800-22-2866 atau butik Avon terdekat.

Ahad, 13 Januari 2013

NEVER TOO FAR AWAY


BUTIK E! MARI DI TEMERLOH DIMILIKI OLEH PENYANYI ELYANA



Assalamualaikum.Butik E! Mari yang dimiliki oleh penyanyi Elyana sudah dibuka di Temerloh.Butik ini menjual pelbagai pakaian,beg tangan dan lain-lain lagi.

Antara gambar butik E! Mari by Elyana di Temerloh Pahang.









Bagi peminat ataupun pengikut penyanyi Elyana,anda boleh layari  melalui https://www.facebook.com/pages/E-Mari-by-Elyana-Online-Shop/294298757336274 untuk melihat sendiri kesemua koleksi yang dijual.

P/S : Queenpink dah beli sepasang baju peplum dan skirt di Butik E! Mari by Elyana

BEG DOWA BEG KAIT PILIHAN TERBAIK MASA KINI




SENI buatan tangan yang menggunakan kreativiti seperti mengait sebenarnya sudah popular sejak zaman dahulu lagi terutama di kawasan kampung.

Cuma hasilnya tidaklah dikomersialkan atau seunik produk sekarang.

Memandangkan hasil seni tersebut berkualiti, cantik dan mampu mencecah pasaran antarabangsa, Butik Beg Dowa yang terletak di No. 30, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, kini memasarkan pelbagai jenis beg yang dihasilkan daripada benang nilon.

Menurut jurucakap butik tersebut, Suryani Muhamad, Dowa merupakan satu jenama yang berasal dari Jogjakarta dan kesemua produk di bawah jenama tersebut dihasilkan sepenuhnya dengan tangan melalui teknik nylon crochet atau kait jarum satu.

Turut menggabungkan dengan pelbagai bahan lain seperti kulit, ia secara tidak langsung menjadikan produk Dowa satu produk yang unik.

"Dowa merupakan satu jenama yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan beg seperti beg tangan, beg mengembara, tas tangan, beg telefon bimbit, beg alat solek, beg kasual dan sebagainya.

"Apa yang menjadikan produk ini unik dan menarik ialah ia dihasilkan sepenuhnya dengan tangan (hand made), dikait dan sudah pasti menggunakan benang nilon iaitu benang kait.

"Teknik serta bahan yang digunakan inilah menjadikannya sebuah produk yang unik dan lain daripada yang lain di samping kuantiti yang dihasilkan juga adalah terhad untuk satu-satu koleksi dalam menjaga eksklusifnya," ujarnya ketika ditemui di butiknya, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kesemua rekaan yang dihasilkan adalah trendy, up to date dan eksklusif bagi memenuhi selera serta keinginan pengguna di Malaysia.

Katanya, selain menawarkan pelbagai jenis produk dengan pelbagai pilihan warna yang menarik, Dowa juga merupakan jenama yang boleh digayakan oleh semua tanpa mengira umur.

Ini kerana selain menawarkan beg tangan, tas tangan, beg solek dan sebagainya, Dowa turut menampilkan beg galas belakang serta beg selempang (sling bag) khusus untuk remaja.

Dalam masa yang sama ia turut memberi keyakinan, keceriaan dan inspirasi untuk setiap golongan wanita.

Jelas Suryani lagi, butik tersebut yang dibuka awal Disember tahun lalu dimiliki sepenuhnya oleh Zar Venture Enterprise.

Ia adalah hasil usaha sama tiga rakan kongsi yang ingin meluaskan lagi jenama tersebut selain merupakan pengedar eksklusif di Malaysia.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, beg Dowa menyerlahkan lagi rekaan dan memberi sentuhan terkini dan sofistikated melalui penggunaan material seperti kulit dan rantai yang dijadikan sebagai tali beg.

Yang pasti, koleksi Dowa yang ditampilkan akan menyerlahkan lagi keanggunan jenama dan kualiti material yang digunakan.

Lagi satu keistimewaan yang terdapat pada koleksi ini ialah, ia boleh dibasuh dengan menggunakan sabun cecair untuk membersihkan kekotoran yang melekat padanya.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai jenis aksesori untuk digayakan bersama-sama beg yang dibeli.

Menurut Suryani lagi, pihaknya turut membina laman web untuk mempamerkan kesemua produk yang terdapat di butiknya selain pengguna boleh membelinya secara dalam talian bermula 1 Mac ini.

"Bagi meluaskan lagi pasaran jenama Dowa ini, selain terdapat laman web yang dibina untuk mempamerkan kesemua jenis produk, pengguna juga boleh membelinya secara dalam talian.

"Ini secara tidak langsung memudahkan mereka dan tidak lagi bersusah payah untuk ke Shah Alam membelinya.

"Kami turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi agen beg jenama ini," katanya lagi.

Bagi peminat ataupun pengikut jenama ini, anda boleh layari www.dowabag.com.my ataupun melalui facebook.com/dowabag.my untuk melihat sendiri kesemua koleksi yang dijual.
Manakala bagi mereka yang ingin menjadi agen, bolehlah hubungi talian 03-55233667 untuk maklumat lanjut.




p/s : Queenpink dah beli satu beg Dowa.Yeahhh! Cantiknya...

Sabtu, 12 Januari 2013

MINYAK DAGU



Minyak Dagu mengisahkan tentang Azman yang berdendam dengan bekas tunangnya Emelda, disebabkan terlalu dendam dan mengikut desakan daripada kawannya, Azman telah berjumpa bomoh, Wak Minarjo seorang pawang hebat minyak dagu. Emelda yang memutuskan pertunangan dengan Azman demi mengikut cakap kedua-dua orang tuanya bahawa Johan adalah seorang calon suami yang baik dan boleh menjamin masa depan Emelda, nak dibandingkan Azman yang hanya seorang jurujual yang sering tak ada untungnya. Liza, ibu kepada Azman begitu kecewa dengan sikap Emelda kerana melukakan hati anaknya. Setelah bertemu dengan Wak Minarjo, Azman betul-betul nekad untuk membeli minyak dagu, dan dia haruslah megikut pantang-larang yang diberitahu Wak Minarjo, Minyak dagu tersebut haruslah dicalitkan pada siku Emelda dan botol minyak dagu tersebut hendaklah di tanam berdekatan dengan pokok pisang. Sekiranya botol tersebut pecah disambar petir, maka segala kuasa sihir hilang. Menunggu hari bahagia Emelda dan Johan dinikahkan. Emelda nekad ingin menjemput bekas tunangnya itu. Azman mula mengambil kesempatan tersebut untuk mencalitkan minyak dagu pada siku Emelda. Di hari pernikahan Emelda dan Johan, Emelda tiba-tiba histeria. Azman puas kerana dendamnya terbalas. Semenjak dari itu, keadaan Emelda berubah. Johan bertindak membawa bomoh untuk mengubati histeria Emelda yang semakin parah. Hal ini menyebabkan Ainon, mak Emelda cenderung menuduh Johanlah yang menjadi punca sakit Emelda. Akhirnya selepas bertengkar, Ainon diserang sakit jantung dan meninggal dunia. Azman merasa bersalah lalu melawat jenazah Ainon. Pantang larang terbesar Azman ialah tidak boleh melawat orang mati. Segala-galanya berubah...