Rabu, 2 Januari 2013

ULSER MULUT@ MATA IKAN




Aduh.Sakitnya.Betapa azabnya bila mendapat ulser mulut ini.Ulser mulut yang Queenpink kena ini berada di kawasan dalam bibir bawah yang bersentuhan dengan gusi gigi hadapan.


Ulser Mulut

Latar belakang
Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut? 
Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :
  • Stres
  • Perubahan hormon
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi
 
Tanda-tanda (simptom)
Tanda-tanda ulser mulut termasuk :
  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam
Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. 

Perhatian Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. 

Apa yang boleh anda lakukan?Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :
  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air
p/s: cepat la baik =_____="


0 ulasan: