Rabu, 23 Januari 2013

CIRI-CIRI SUAMI AWESOME MENGIKUT USTAZ AZHAR IDRUS

Ciri suami Awesome, mengikut Ustaz Azhar Idrus...

1. Solat fardhu cukup 5 waktu.
2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa,
boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul,
apatah lagi mandi-mandi yang lain.
5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”
6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang
taw..”
10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib danIsyak.
13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika da kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
15. Jenis senyum sokmo.
16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu)

 Kalau jumpa dan yakin dia belum hak wanita lain, lamar lelaki jenis ini! hehe.. :)


Gambar: :: SESEORANG YANG BENAR-BENAR MENCINTAI ::

Seseorang yang mencintai kamu..
Tidak bisa memberi alasan mengapa ia mencintaimu..
Dia hanya tahu, di mata dia,
Kamulah satu - satunya...

Seseorang yang mencintai kamu...
Sebenarnya selalu membuatmu marah/gila/menyampah stress...
Tapi ia tidak pernah tau hal bodoh apa yang sudah ia lakukan...
Kerana semua yang ia lakukan adalah untuk kebaikanmu.. ..

Seseorang yang mencintai kamu....
Jarang memujimu, tetapi di dalam hatinya kamu adalah yang terbaik....
Hanya itu yang ia tau....

Seseorang yang mencintai kamu....
akan marah-marah atau mengeluh jika kamu tidak membalas pesannya atau talefonnya..
Kerana ia peduli dan tidak ingin sesuatu terjadi
pada kamu...

Seseorang yang mencintai kamu.....
Hanya menjatuhkan airmatanya di hadapanmu, dan ketika kamu mencuba menghapus air matanya.. ..
Kamu telah menyentuh hatinya! 
Ya...
Dimana hatinya selalu berdegup/berdenyut/ bergetar untuk kamu.....

Seseorang yang mencintai kamu..
Akan mengingat setiap kata yang kamu ucapkan..
Bahkan yang tidak sengaja dan ia akan selalu menggunakan kata2 itu tepat waktunya.... .

Seseorang yang mencintai kamu..
Tidak akan memberikan janji apapun dengan mudah..
Kerana ia tidak mahu mengingkari janjinya..
Ia ingin kamu untuk mempercayainya..
dan ia ingin memberikan hidup yang paling bahagia dan aman Selama-lamanya. ...

Seseorang yang mencintai kamu..
Mungkin tidak bisa mengingat kejadian/kesempatan istimewa..
Seperti perayaan hari ulang tahunmu..
Tapi ia tahu bahwa setiap detik yang ia lalui, dia mencintai kamu, tidak peduli hari apakah ini..

Seseorang yang mencintai kamu...
Tidak mahu berkata "aku mencintaimu" dengan mudah....
Kerana segalanya yang ia lakukan untuk kamu adalah untuk menunjukkan bahwa ia siap mencintaimu. ..
Tetapi hanya ia yang mengatakan SAYA SAYANG AWAK pada situasi yang istimewa...
Kerana ia tidak mahu kamu salah mengerti...
Dia mahu kamu mengetahui bahawa ia mencintai dirimu...

Seseorang yang benar2 mencintai kamu..
Akan merasa bahawa sesuatu harus di katakan sekali saja..
Kerana ia berfikir bahawa kamu telah mengerti dirinya..
Jika berkata terlalu banyak, dia akan merasa bahawa tidak ada yang akan membuatnya bahagia/tersenyum..

Seseorang yang mencintaimu..
Tidak tahu apakah ia harus menghubungimu ketika kamu marah..
Tetapi ia akan mengirim pesan setelah beberapa jam...
Jika kamu menanyakan : Mengapa lambat telefon??
Dia akan berkata: Ketika kamu marah penjelasan dariku semua hanyalah sampah. Tetapi ketika kamu sudah tenang, penjelasanku baru akan benar-benar menyejukan hati.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan menyimpan semua benda yang telah kamu berikan... 
Bahkan Kertas kecil bertuliskan I LOVE YOU ada di dalam dompetnya.

Seseorang yang mencintai kamu...
jarang mengucapkan kata-kata manis Tapi kamu tau'Kecupanya' sudah menyalurkan semuanya.

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan selalu berusaha membuatmu tersenyum dan tertawa walau terkadang caranya membingungkanmu. ..

Seseorang yang mencintaimu. ..
Akan membalut hatimu yang pernah terluka dan menjaganya dengan setulus hati agar tidak terluka lagi...
Dan ia akan memberikanmu yang terbaik walau harus menyakiti hatinya sendiri...

Seseorang yang mencintai kamu...
Akan rela melepaskanmu pergi bila bersamanya kamu tidak bahagia...
Dan ia akan ikut bahagia walau kamu yang dicintainya bahagia bersama orang lain...
- Pakar diari hati -

0 ulasan: