Ahad, 13 Januari 2013

BEG DOWA BEG KAIT PILIHAN TERBAIK MASA KINI




SENI buatan tangan yang menggunakan kreativiti seperti mengait sebenarnya sudah popular sejak zaman dahulu lagi terutama di kawasan kampung.

Cuma hasilnya tidaklah dikomersialkan atau seunik produk sekarang.

Memandangkan hasil seni tersebut berkualiti, cantik dan mampu mencecah pasaran antarabangsa, Butik Beg Dowa yang terletak di No. 30, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, kini memasarkan pelbagai jenis beg yang dihasilkan daripada benang nilon.

Menurut jurucakap butik tersebut, Suryani Muhamad, Dowa merupakan satu jenama yang berasal dari Jogjakarta dan kesemua produk di bawah jenama tersebut dihasilkan sepenuhnya dengan tangan melalui teknik nylon crochet atau kait jarum satu.

Turut menggabungkan dengan pelbagai bahan lain seperti kulit, ia secara tidak langsung menjadikan produk Dowa satu produk yang unik.

"Dowa merupakan satu jenama yang mengeluarkan pelbagai jenis produk berasaskan beg seperti beg tangan, beg mengembara, tas tangan, beg telefon bimbit, beg alat solek, beg kasual dan sebagainya.

"Apa yang menjadikan produk ini unik dan menarik ialah ia dihasilkan sepenuhnya dengan tangan (hand made), dikait dan sudah pasti menggunakan benang nilon iaitu benang kait.

"Teknik serta bahan yang digunakan inilah menjadikannya sebuah produk yang unik dan lain daripada yang lain di samping kuantiti yang dihasilkan juga adalah terhad untuk satu-satu koleksi dalam menjaga eksklusifnya," ujarnya ketika ditemui di butiknya, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, kesemua rekaan yang dihasilkan adalah trendy, up to date dan eksklusif bagi memenuhi selera serta keinginan pengguna di Malaysia.

Katanya, selain menawarkan pelbagai jenis produk dengan pelbagai pilihan warna yang menarik, Dowa juga merupakan jenama yang boleh digayakan oleh semua tanpa mengira umur.

Ini kerana selain menawarkan beg tangan, tas tangan, beg solek dan sebagainya, Dowa turut menampilkan beg galas belakang serta beg selempang (sling bag) khusus untuk remaja.

Dalam masa yang sama ia turut memberi keyakinan, keceriaan dan inspirasi untuk setiap golongan wanita.

Jelas Suryani lagi, butik tersebut yang dibuka awal Disember tahun lalu dimiliki sepenuhnya oleh Zar Venture Enterprise.

Ia adalah hasil usaha sama tiga rakan kongsi yang ingin meluaskan lagi jenama tersebut selain merupakan pengedar eksklusif di Malaysia.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, beg Dowa menyerlahkan lagi rekaan dan memberi sentuhan terkini dan sofistikated melalui penggunaan material seperti kulit dan rantai yang dijadikan sebagai tali beg.

Yang pasti, koleksi Dowa yang ditampilkan akan menyerlahkan lagi keanggunan jenama dan kualiti material yang digunakan.

Lagi satu keistimewaan yang terdapat pada koleksi ini ialah, ia boleh dibasuh dengan menggunakan sabun cecair untuk membersihkan kekotoran yang melekat padanya.

Selain itu, ia turut menawarkan pelbagai jenis aksesori untuk digayakan bersama-sama beg yang dibeli.

Menurut Suryani lagi, pihaknya turut membina laman web untuk mempamerkan kesemua produk yang terdapat di butiknya selain pengguna boleh membelinya secara dalam talian bermula 1 Mac ini.

"Bagi meluaskan lagi pasaran jenama Dowa ini, selain terdapat laman web yang dibina untuk mempamerkan kesemua jenis produk, pengguna juga boleh membelinya secara dalam talian.

"Ini secara tidak langsung memudahkan mereka dan tidak lagi bersusah payah untuk ke Shah Alam membelinya.

"Kami turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi agen beg jenama ini," katanya lagi.

Bagi peminat ataupun pengikut jenama ini, anda boleh layari www.dowabag.com.my ataupun melalui facebook.com/dowabag.my untuk melihat sendiri kesemua koleksi yang dijual.
Manakala bagi mereka yang ingin menjadi agen, bolehlah hubungi talian 03-55233667 untuk maklumat lanjut.




p/s : Queenpink dah beli satu beg Dowa.Yeahhh! Cantiknya...

0 ulasan: