Bagi pencinta fesyen sudah pasti gemarkan aktviti membeli-belah dan sudah tentunya juga mempunyai bajet dalam setiap perbelanjaan. Tetapi ada juga tidak dapat kawal apabila setiap kali berbelanja terutama bagi yang gemarkan barangan atau busana berjenama. Sememangnya susah untuk mengatakan tidak jika sesuatu sudah berkenan di hati. Jadi kami ingin berkongsi beberapa langkah-langkah untuk menguruskan kewangan agar kita tidak terlebih bajet.
Simpanan Rahsia
Cuba adakan satu simpanan khas untuk anda membeli-belah sahaja. Peruntukan berapa yang anda ingin belanja untuk barang idaman anda dan pastikan anda tidak akan berbelanja lebih daripada itu.
Tiada Lagi Kad Kredit
Jangan sekali-kali menggunakan kad kredit kerana dengan penggunaan kad kredit akan menambahkan lagi bebanan anda serta membuatkan anda menjadikan anda seorang pengguna yang tidak rasional ketika berbelanja. Ketahuilah bahawa caj faedah setiap kad kredit yang anda guna sepatutnya boleh di simpan dan mungkin anda boleh beli barang berjenama lain.
Pre-Loved
Pre-loved adalah istilah barangan mahal dan berjenama yang disayangi pemiliknya. Jika anda mempunyai barang jenama yang tidak boleh lagi di pakai atau sudah tidak muat tetapi masih berkeadaan elok, asingkan dan cuba jual di bazar-bazar fesyen atau e-bay kerana secara tidak lansung ia menambah pendapatan anda dan dengan wang yang diperolehi anda boleh membeli barangan lain. Jadi ia tidak mengganggu wang gaji anda ataupun simpanan anda.
Elak Yang Tidak Penting
Jika anda pencinta barangan berjenama dan juga suka membeli belah, jangan pula anda suka makan di luar dan restoran-restoran yang mewah dan mahal. Cuba amalkan makan cara sederhana dan wang jimat itu sudah tentunya dapat membeli barang koleksi anda.
Jadi Kreatif
Tidak dinafikan kita perlu 'up to date' dalam berfesyen tetapi tidak semestinya kita perlu menambah koleksi dengan membeli baju dan aksesori baru. Cuba jadi kreatif dengan memadankan koleksi yang sedia ada dan ciptalah gaya tersendiri dan pastikan anda tampil dengan imej yang segar.
Fikir Kebaikan & Keburukan
Walau apa cara sekali pun, kesedaran sendiri amat penting untuk berjimat dan mendapatkan wang. Apa gunanya kita menyimpan tetapi sudahnya anda habiskan semua simpanan yang ada. Ubah lah tabiat anda dan berbelanja lah dengan cara penuh berhemah dan bijaksana.
0 ulasan:
Catat Ulasan