Cara Buat Senaman Kemutan Atau Kegel Ketatkan Vagina
Menjaga diet harian saja tidak cukup untuk mengekalkan keseluruhan kesihatan badan, ia perlu dilengkapi dengan senaman.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan, senaman membantu mencergaskan badan Dan minda. Senaman membuatkan otot bergerak cergas dan pada masa sama membantu menambah kekuatan dan keanjalannya.
Senaman juga membantu melancarkan aliran darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran pada tubuh.
Senaman juga dapat membantu memantapkan otot, yang menjadi benteng kepada anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel (kemutan) atau dikenali sebagai senaman lantai pelvis. Pada perempuan, lantai pelvis ini menyokong rahim, pundi kencing, usus kecil dan usus besar.
Senaman Kegel Atau Senaman Otot Lantai Pelvis
Otot pelvis merupakan beberapa lapis otot merintang yang terletak di antara bahagian tulang depan (pubic bone), belakang (tail bone), dan sisi pelvis (sit bone). Otot pelvis ini berfungsi untuk membantu perempuan yang gagal mengawal kebocoran air kencing selepas melahirkan anak. Senaman kegel juga penting untuk merangsangkan organ intim wanita.
Cara-cara buat senaman kemutan atau kegel
1. MULAKAN senaman dengan menarik dan menghembus nafas perlahan-lahan.
2. BUAT posisi dengan kedua-dua tangan diangkat separuh dan kaki tangan di angkat sedikit bagi memberi keseimbangan kepada tubuh.
3. RENGGANGKAN kaki dan tundukkan badan sehingga tangan mencecah lantai.
4. DUDUK dan pegang erat kedua-dua kaki dan biarkan badan seimbang.
5. TUNDUKKAN badan dan kekalkan posisi dalam kiraan tiga kali.
6. PEGANG tumit kaki dan buat posisi seperti mencangkung.
7. LUNJURKAN kaki kiri ke sisi dan cuba bengkokkan badan ke kiri.
8. BARING, angkat punggung dan tahan seketika mengikut keupayaan. Ketika ini, teknik kemutan boleh dicuba.
9. UBAH posisi sebelum ini dengan mengangkat sebelah kaki ke atas. Gerakan ini membantu menguatkan otot pinggang dan peha selain memberi keseimbangan kepada tubuh badan.
10. TOLAK badan ke belakang, bengkokkan kaki dan pegang bahagian tumit. Kemudian, tahan dalam kiraan tiga. Senaman ini untuk menguatkan otot pinggang dan membantu mengatasi masalah sakit pinggang.
11. PEGANG hujung jari kaki kanan dengan dua tangan dan bengkokkan kaki kiri.
12. BARING meniarap, angkat badan dan tolakkan badan ke belakang.
13. LURUSKAN kedua-dua belah tangan dan angkat kaki.
14. BUAT posisi punggung dan kaki diatas dan kaki di lantai mengikut keupayaan anda.
15. TUNDUKKAN kepala dan pegang hujung jari kaki atau mengikut keupayaan badan.
16. SILANGKAN kaki dan pegang hujung jari untuk membantu menguatkan otot pinggang dan peha.
17. BARING dan cuba pegang hujung jari kaki dengan kepala tegak dan mata menghadap tepat ke siling.
Senaman Kegel Cara Ringkas
Kenal pasti otot lantai pelvisKemut bahagian termasuk selama 3 saat dan lepaskan selama 3 saat. Semasa kemutan dilakukan, jangan keraskan perut atau otot lainLakukan selama 10-15 kali untuk setiap sessi. Amalkan 3 sessi sehari.Teruskan senaman sehingga anda mampu menahan kemutan sehingga 10 saat
AMARAN: Jangan lakukan senaman kagel semasa ingin kencing sebaliknya lakukan ketika pundi kencing kosong
Senaman Kegel mula diperkenalkan oleh Dr Arnold Kegel pada 1948. Untuk mengetahui otot mana yang dimaksudkan, anda boleh buat latihan sendiri ketika berada di bilik air. Ketika buang air kecil, cuba kemut supaya aliran air kecil terhenti. Jika berjaya, anda menemui otot yang betul.
Senaman Kegel mula diperkenalkan oleh Dr Arnold Kegel pada 1948. Untuk mengetahui otot mana yang dimaksudkan, anda boleh buat latihan sendiri ketika berada di bilik air. Ketika buang air kecil, cuba kemut supaya aliran air kecil terhenti. Jika berjaya, anda menemui otot yang betul.
Jika senaman Kegel diamalkan setiap hari, ia boleh membantu mengetatkan vagina, memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan dan mengelakkan masalah ‘kebocoran kencing’ seperti yang kerap dialami wanita berumur.
Teknik senaman yang dilakukan dengan betul juga boleh membantu mengelakkan berlakunya masalah prolaps (rahim jatuh) di masa akan datang.
Ada sesetengah gerakan Kegel sesuai dilakukan oleh wanita hamil, namun sebelum melakukannya perlu mendapatkan nasihat daripada jurulatih bertauliah.
Ini kerana otot pelvis yang kuat membantu memudahkan proses kelahiran terutama sewaktu meneran. Selain itu, senaman Kegel juga dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan semasa bersalin.
Dalam tempoh berpantang, senaman Kegel boleh membantu memulihkan luka episiotomi dengan lebih cepat disamping menguatkan kembali otot pelvis.
Namun, perlu diingat senaman Kegel tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mereka yang mengalami banyak koyakan pada vagina.
Senaman Kegel yang betul juga boleh membantu meningkatkan aliran darah ke rahim dan vagina. Bagi individu yang mengalami masalah membuang air kecil, senaman Kegel membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah.
Kesan senaman Kegel dapat dirasai bergantung kepada kekerapan dan teknik yang betul sewaktu melakukannya.
Kegel juga boleh dilakukan dengan mencengkam pembukaan lubang kencing dan lubang najis serentak (selepas buang air dan rasa lega) dengan merapatkan kedua-dua paha atau menyilang paha dan melakukannya sebanyak 50 hingga 100 kali sehari.
Sewaktu mencengkam otot berkenaan tahan selama lima atau 10 saat mengikut kemampuan. Apa pun gerakan atau senaman yang ingin dilakukan, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar terlebih dulu sebelum melakukannya sendiri di rumah.
Pakar bidang kecantikan dan urutan terapi, Ruzidah Ishak, 47 juga mengakui mengamalkan senaman Kegel untuk kesihatan bahagian rahim dan vagina yang menjadi aset penting bagi wanita.
Ketika melakukan gerakan senaman seperti yang ditunjukkan oleh Ruzidah, anda boleh membuat kemutan. Senaman yang ditunjukkan ini umpama serampang dua mata, selain bermanfaat untuk otot lantai pelvis ia juga menguatkan otot di pinggang, paha dan kaki.
Namun, bagi individu yang baru kali pertama mencuba senaman ini, lakukan setiap gerakan dalam kiraan tiga terlebih dulu selain mendapatkan nasihat jurulatih kecergasan sebelum melakukannya
0 ulasan:
Catat Ulasan