Ahad, 4 September 2011

LADA PUTIH BAKAR LEMAK



MENAMBAH LADA PUTIH DALAM MASAKAN SELAIN MENYEDAPKAN,DAPAT MENINGKATKAN PEMBAKARAN KALORI TUBUH MENERUSI RASA PANAS YANG DIMILIKINYA.

PENELITIAN UNIVERSITY OF CALIFORNIA,AMERIKA SYARIKAT MENJELASKAN KANDUNGAN DIHYDROCAPSIATE(DCT) DALAM LADA PUTIH MAMPU MENGOPTIMUMKAN PEMBAKARAN LEMAK TUBUH SAMA SEPERTI CAPSAICIN YANG TERDAPAT DI DALAM CILI.

DR DAVID HEBER YANG MEMBENTANGKAN TENTANG PENEMUAN DALAM SEMINAR TAHUNAN EXPERIMENTAL BIOLOGY,MENJELASKAN IA BUKAN SEKADAR SEBUAH PENEMUAN.NAMUN TELAH DIBUKTIKAN MENERUSI KAJIAN YANG DILAKUKAN KE ATAS 34 LELAKI DAN WANITA OBESITI.

DIJALANKAN SELAMA SEBULAN,RESPONDEN KAJIAN ITU DIMINTA MENGGANTIKAN MAKANAN HARIAN MEREKA DENGAN MENU RENDAH KALORI.SELAIN ITU,SEBAHAGIAN DARIPADA MEREKA TURUT DIBEKALKAN DENGAN PIL DIHYDROCAPSIATE,PLASEBO ATAU PIL KOSONG.

HASILNYA,RESPONDEN  YANG MENDAPAT DIHYDROCAPSIATE MENGALAMI PEMBAKARAN LEMAK DI TUBUH LEBIH BANYAK DARIPADA MEREKA YANG MEMAKAN PLASEBO.DENGAN PENEMUAN ITU,LADA PUTIH DILIHAT BERPOTENSI UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA MENU PELANGSINGAN TUBUH  YANG EFEKTIF.


0 ulasan: