Jumaat, 2 September 2011

SHOPPING PANJANGKAN USIA



PROF.S.JAY OLSHANSKY DARI UNIVERSITY OF ILLINOIS DALAM SATU ARTIKEL SIARAN HEALTHDAY,MENJELASKAN AKTIVITI MEMBELI-BELAH ATAU SHOPPING MAMPU MEMANJANGKAN USIA DAN MENJADIKAN INDIVIDU AWET MUDA.

AKTIVITI FIZIKAL SEPERTI BERJALAN KAKI MENYUSURI LORONG-LORONG KEDAI TATKALA MEMBELI-BELAH MEMBERIKAN SEJUTA MANFAAT KEPADA INDIVIDU YANG MELAKUKANNYA.MENERUSI AKTIVITI RINGAN ITU RISIKO UNTUK MENDAPAT SERANGAN JANTUNG SERTA OBESITI DAPAT DIKURANGKAN.

BERSIFAT REKREASI,SHOPPING JUGA MEMBANTU MENYIHATKAN MENTAL INDIVIDU KERANA MAMPU MEREDAKAN STRES.MAKIN RENDAH KADAR STRES,MAKIN KECIL RISIKO UNTUK TERKENA SERANGAN JANTUNG MAHUPUN GANGGUAN POLA MAKAN YANG MEMICU KEGEMUKAN.

KAJIAN INI DISOKONG OLEH NATIONAL HEALTH RESEARCH INSTITUTES DI ZHUNAN,TAIWAN.MENURUT TINJAUAN YANG DILAKUKAN OLEH INSTITUT TERSEBUT,INDIVIDU YANG MEMBELI BELAH SETIAP HARI BERISIKO SEHINGGA 27 PERATUS LEBIH RENDAH UNTUK MENINGGAL DUNIA  DI USIA MUDA BERBANDING INDIVIDU YANG TIDAK PERNAH MEMBELI-BELAH.

0 ulasan: