
Apbila mendengar mengenai vitamin C pastinya ramai yang beranggapan bahawa vitamin C ini hanya baik untuk kecantikan kulit sahaja.
Namun ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C sebenarnya mampu memberi manfaat yang baik untuk keseluruhan tubuh badan anda. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat baik vitamin C untuk tubuh badan anda.
Melawan jangkitan kuman
Ia menjadi sokongan untuk sel darah putih dan antibodi bagi melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui virus, kuman dan bakteria.
Mengimbangi kesan stres
Stres menyebabkan penyakit mental dan fizikal. Vitamin C membantu meneutralkan toksin yang dirembeskan ketika anda mengalami tekanan.
Memelihara kesihatan mata
Pengambilan vitamin C yang betul dapat mengelakkan mata daripada dijangkiti katarak dan glaukoma.
Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C dapat mengelakkan lemak yang berada dalam saluran darah daripada berkumpul di saluran arteri dimana ia adalah punca utama serangan jantung.
9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali
-
Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini
tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya
akan berke...
4 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan