Kepada golongan lelaki di luar sana. Tahukah anda bahawa penggambilan gula berlebihan bukan sahaja menyebabkan anda boleh mengidap penyakit diabetes atau kencing manis, ini kerana jika anda mengidap kencing manis ia secara tidak langsung akan menyebabkan anda hilang keupayaan sebagai lelaki yang sepatutnya memberi zuriat dan kepuasan kepada pasangan anda.
Dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan, mungkin ia lebih kedengaran menggerunkan apabila pesakit diabetes berdepan risiko masalah ereksi dan kemandulan gara-gara tahap glukosa yang tinggi dan tidak stabil. Maka, ia mengganggu perjalanan darah, fungsi dan tindak balas urat saraf tergendala.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk membantu anda melawan rasa manis ini.
Jika anda tidak boleh melupakan minuman berkarbonat, gantikan minuman tersebut dengan minuman soda diet rendah yang boleh mengurangkan kalori dan letakkan beberapa hirisan buah sitrus seperti lemon. Dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan 10 sudu gula seperti yang terdapat dalam satu tin minuman bergas.
Minuman yogurt yang mempunyai buah-buahan sedia ada biasanya mengandungi hampir 30 gram gula. Apa kata, kali ini anda pilih yogurt kosong. Untuk memberi rasa yang menarik, masukkan buah-buahan segar atau taburkan sedikit kulit kayu manis. Anda berjaya mengurangkan dua hingga empat sudu gula.
Lupakan snek ringan seperti gula-gula, biskut atau coklat sebaliknya gantikan dengan mengambil kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan tinggi serat seperti epal.
Jangan terlalu percaya dengan minuman berjus yang ada dijual dipasaran. Kebanyakan minuman berjus yang dijual mengandungi 10 peratus gula tambahan.
Oleh demikian, lebih baik anda menambah air kosong supaya larutan jus lebih cair dan dapat mengurangkan kalori. Anda berjaya mengurangkan dua hingga tiga sudu gula.
Pencuci mulut tidak semestinya perlu manis dan mempunyai banyak campuran bahan terutama gula. Pencuci mulut semulajadi yang terdiri daripada buah pic, limau gedang dan tembikai adalah menu paling baik. Dengan cara ini, anda berjaya mengurangkan dua hingga sepuluh sudu gula.
Diharap dengan beberapa tips yang dikongsi ini dapat diamalkan oleh anda di luar sana. Selamat mencuba
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan