Ahad, 20 April 2014

SENAMAN MAMPU ELAK SELESEMA



Tahukah anda bahawa melakukan senaman selama 20 minit setiap hari bukan sahaja boleh menurunkan berat badan, malah juga boleh mengusir selesema.

Perkara tersebut telah terbukti apabila kajian dilakukan di Sekolah Kebersihan dan Ubatan Tropika London ke atas 4,800 peserta.

Menurut laporan yang dipetik dari sebuah akhbar, dengan melakukan rutin itu setiap hari, kiraan tempoh keseluruhan senaman bagi seorang peserta adalah sebanyak dua jam 20 minit.

Sepanjang tempoh senaman itu, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit selesema sebanyak 10 peratus.

Selain itu, penemuan itu juga menunjukkan 100 kes selesema bagi setiap 1,000 orang dapat dicegah dengan hanya melakukan aktiviti fizikal setiap hari.

0 ulasan: