Rasa tidak bersemangat untuk habiskan kerja yang tertangguh setelah seharian berada di pejabat. Dengan kerja yang tidak menentu , pasti badan akan berasa cepat penat dan letih.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapatip ini untuk anda berasa lebih segar untuk bekerja dan menamatkan aktiviti harian anda!
Curi masa untuk lelapkan mata
Ramai percaya tidur sebentar pada waktu tengahari baik untuk tubuh. Jadi dapatkan tidur di waktu malam secukupnya. Pada waktu tengahari curi masa setengah jam untuk segarkan tubuh badan kita yang pasti memerlukan rehat dari segi fizikal dan minda untuk menamatkan hari bekerja dengan produktif.
Minum air bersama hirisan sitrus
Sebaiknya minum segelas air dengan hirisan lemon sejurus selepas anda bangun dari tidur. Ini untuk mengejutkan metabolism anda untuk lebih bersemangat untuk memulakan hari anda.
Hirup lebih cahaya
Pasti anda biasa melihat meja makan yang disusun di kebanyakkan rumah di luar negara pasti bersebelah dengan tingkap bukan? Bukan sahaja menjadi salah satu ruang dekorasi namun ianya mempunyai kelebihan jika kita bersarapan di tepi tingkap. Cahaya yang masuk akan menyekat pengeluaran melatonim, hormon yang memberi isyarat kepada tubuhmu untuk tidur. Jadi cuba ubah sekali-sekala arah meja makan anda agar dapat memberikan kebaikan untuk kesihatan diri anda.
9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali
-
Ada sesiapa dari anda yang tidak kenal dengan Bunga Bakawali? Bunga ini
tidak seperti bunga-bunga lain yang berkembang pada waktu pagi. Ia hanya
akan berke...
4 minggu yang lalu

0 ulasan:
Catat Ulasan