Isnin, 21 April 2014

TIPS SOLEKAN MATA UNTUK KEKAL LAMA



Pemakaian mekap mata seperti 'eyeliner' dan 'eyeshadow' selalunya tidak akan dapat bertahan dengan lama. Lebih-lebih lagi jika anda berada di luar seharian, malah kadang-kala tidak sampai separuh hari mekap anda sudah comot.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa tips yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup mengenai bagaimana mahu mengekalkan mekap mata dalam tempoh yang lama.

Pertama, anda harus kenali jenis kulit wajah anda, ini kerana kebiasaannya hal ini terjadi kerana kulit anda mempunyai kulit jenis berminyak.

Pilih 'foundation' yang bebas minyak, kemudian sapukan pada kelopak mata dan biarkan ia kering kemudian ambil tisu kering dan lekapkan pada kelopak mata untuk menyerap lebihan minyak.

Kemudian, gunakan krim pembayang mata dan biarkan kering selama seminit, selepas itu sapukan pembayang mata yang biasa.

Gunakan dua jenis pembayang mata yang berbeza kerana krim mampu menyerap kedalam kulit dan tahan lebih lama manakala pembayang mata jenis serbuk akan membantu menyerap lebih minyak pada kelopak mata.

Untuk 'eyeliner' pula, anda disarankan menggunakan 'liquid eyeliner' yang kalis air berbanding pensel kerana ia mudah comot. Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat membantu anda. Selamat mencuba!

0 ulasan: