Isnin, 21 April 2014

TIPS PENJAGAAN KANTA LEKAP



Mata adalah antara organ terpenting pada tubuh badan manusia dan merupakan satu anugerah daripada Allah S.W.T kepada manusia. Ini kerana tanpa mata sukar bagi seseorang untuk melakukan urusan harian.

Oleh itu penjagaan mata harus dititikberatkan oleh semua, terutamanya bagi anda yang memilih untuk menggunakan kanta lekap sebagai pengganti kepada cermin mata.

Kanta lekap merupakan alat pembetulan, kosmetik, atau kanta terapeutik biasanya diletakkan pada kornea mata. Ramai yang memilih untuk memakai kanta lekap kerana lebih bebas bergerak dan turut dapat melakukan aktiviti lasak tanpa batasan. Ianya lebih ringan melekat di mata berbanding memakai cermin mata.

Namun dalam keselesaan memakai kanta lekap, kita harus fahami cara penjagaan yang betul sebelum memakai kanta lekap. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda tips penjagaan kanta lekap untuk panduan anda.

Basuh tangan sebelum guna
Harus mejadi kebiasaan membasuh tangan dengan sumber air yang bersih disertakan sabun untuk menghalang bakteria dari terus melekat di tangan. Jangan pula selepas membasuh tangan anda menyapu bahan kimia seperti serum rambut, losyen tangan kemudian memakai kanta. Bahan kimia yang ada nanti akan termasuk sekali ketika kita membasuh kanta lekap di tapak tangan. Akibatnya, apabila anda memakai kanta lekap, mata anda anda berasa pedih dan penglihatan menjadi kabur. Seeloknya, keringkan dengan tuala kering.

Sentiasa cuci kanta lekap anda menggunakan air pencuci khas (solution)
Cara penjagaan kanta lekap berbeza mengikut jenis kanta lekap yang dipilih. Apa yang penting, sentiasa cuci bekas kanta lekap setiap hari dengan menggunakan air suam dan lap dahulu.

Jangan guna air paip
Walaupun anda menggunakan air paip yang sudah ditapis, ianya tidak menjamin kebersihan kualiti air tersebut. Pastikan anda membasuh kanta lekap dengan menggunakan air khas untuk kanta lekap.

Buang kanta lekap jika merasa pedih mata apabila guna
Apabila mata anda berasa pedih dan kelihatan kemerah-merahan, buang kanta lekap yang dikhuatiri telah lama digunakan dan mempunyai habuk di dalamnya. Cuci semula dengan air pencuci khas, kemudian pakai semula. Jika masalah berulang kembali, berhenti memakai dan dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.

Pakai cermin mata gelap dengan perlindungan UV
Apabila anda memilih untuk memakai kanta lekap, ianya akan menjadi lebih sensitif dengan sinaran cahaya matahari (UV) pastikan ketika anda memandu kereta atau berjalan di tempat terik matahari, pakai kacamata hitam untuk mengelakkan kanta lekap anda rosak.

Pakai kanta lekap sebelum mula bersolek
Seeloknya, letak dahulu kanta lekap di mata sebelum memakai alat solek. Jika anda memakai kanta lekap selepas bersolek, dikhuatiri alat solek akan masuk ke dalam mata dan menyebabka mata pedih.

Diharap dengan tips yang dikongsi ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada anda di luar sana yang ingin memakai kanta lekap.

0 ulasan: