Ahad, 20 April 2014

TIP MENARIK UNTUK KE SPA



Memanjakan tubuh dengan rawatan spa pasti perkara wajib bagi wanita yang ingin memiliki penampilan yang menarik.

Bukan sahaja anda harus tahu rawatan apa yang diperlukan tetapi tips ketika berada di spa harus dititikberatkan.

Ikuti beberapa tips ringkas untuk anda yang mahu pergi ke spa!

Lakukan tempahan awal
Sama ada menerusi kad kredit atau baucar hadiah, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu untuk menempah sesi rejuvenasi anda!

Pembatalan
Jika anda telah lakukan tempahan dan terpaksa penuhi tuntutan yang lebih penting, anda harus lakukan pembatalan 24 jam lebih awal dari masa yang telah dijanjikan. Ini untuk mengelakkan dari anda terpaksa membayar separuh dari harga rawatan akibat dari pembatalan di saat akhir.

Tiba awal
Malaysia memang terkenal dengan masalah lalu lintas, jika bukan kesesakan lalu lintas, masalah mencari parking punca utama! Oleh yang demikian, keluar dari rumah 1 jam lebih awal dan pastikan anda tiba di spa 15 minit sebelum rawatan bermula. Sempat untuk menyarung kimono dan juga meminum tea herba yang disediakan.

Sunyi sepi tanpa gangguan
Membuat rawatan adalah sesi untuk merehatkan diri dari tekanan kerja dan lapangkan fikiran seketika. Oleh itu, matikan telefon bimbit untuk merasai kehidupan yang lebih tenang dan dimanja dengan rawatan rejuvenasi.

Datang seorang
Anda harus jelas dengan tujuan anda ke spa iaitu untuk memanjakan diri. Jadi jangan pula bawa anak kerana dikhuatiri menggangu niat utama anda ke sana! Jika datang bersama pasangan, amat digalakkan!

Padamkan mekap tebal
Jika anda ke spa untuk perawatan muka, eloklah jika anda datang tanpa menggunakan secalit mekap pun.

Barang beharga
Simpan barang kemas atau barang beharga di dalam almari yang telah disediakan. Gusar jika anda pergi untuk membuat rawatan selama 1 atau 2 jam tiada siapa akan memantau barangan tersebut.

Pakaian dalam pakai buang
Jangan lupa membawa pakaian dalam pakai buang untuk keselesaan diri anda.

0 ulasan: