Setiap daripada kita tanpa mengira majlis yang ingin diraikan, baik pertunangan ataupun majlis pernikahan, pastinya akan berbalas hantaran antara lelaki dan wanita. Jumlah hantaran daripada pihak lelaki adalah kurang daripada jumlah hantaran pihak wanita dan pilihan jumlah hantaran adalah dalam kiraan ganjil. Contohnya pihak lelaki memberi 5 dulang hantaran dan pihak wanita akan membalas sebanyak 7 dulang hantaran.
Dahulu, barangan hantaran kebiasannya adalah makanan dan persalinan pengantin. Dengan peredaran masa, barangan hantaran kini lebih kepada keperluan semasa pasangan. Gubahannya pula adalah sangat moden dan mengikut tema sesuatu majlis itu. Penggunaan gabungan bunga artifisial dan juga bunga segar menambahkan lagi nilai estetika sesuatu gubahan hantaran. Mari ikuti beberapa tip penting sebelum anda menentukan barangan untuk hantaran serta gubahannya, untuk majlis bertunang mahupun majlis pernikahan.
1. Berapa bajet anda?
Sebelum memulakan pembelian untuk barangan hantaran anda, adalah penting untuk anda menyenaraikan kesemua barangan itu. Contohnya alat solek, coklat atau sebagainya. Seelok-eloknya beli ketika ada jualan murah atau potongan harga. Jika ada barangan yang setanding barangan berjenama tetapi harganya lebih murah, pilih barangan tersebut. Tidak perlu terlalu berhabis hanya untuk jenama semata-mata, sebaiknya untuk barangan hantaran banyakkan makanan kerana ia boleh dikongsi bersama seisi keluarga anda.
2. Pilihan Barang Hantaran
Ini sangat penting untuk anda kenal pasti apakah barangan yang perlu anda letakkan nanti di atas dulang hantaran. Itu yang menjadi perkara pokok ketika menyediakan barangan hantaran. Sebagai contoh, jika daripada pihak perempuan perlu membalas sebanyak 7 dulang hantaran, 4 daripada dulang itu digunakan untuk meletakkan barangan makanan seperti kek, kuih muih, buah-buahan serta coklat dan yang selebihnya adalah untuk barangan peribadi idaman anda.
Ketika memilih barangan peribadi untuk anda dan pasangan, pergilah berdua agar tidak ada yang berkecil hati nanti dengan pilihan anda. Dari untuk membuat kejutan, ia akan menimbulkan kesedihan pula nanti.
3. Tempah atau Gubah Sendiri?
Jika anda tidak mempunyai bajet besar, anda boleh membuat tempahan khas di butik pengantin dan mereka akan membuat gubahan berdasarkan bajet dan juga kesukaan anda. Ia juga boleh digubah mengikut warna tema anda sendiri. Anda juga boleh memilih untuk menggunakan bunga segar ataupun bunga artifisial, tetapi harganya pasti berbeza.
Tetapi, jika anda tidak mempunyai bajet besar ataupun ingin berjimat di dalam perbelanjaan. Tidak salah untuk hanya mengubah hantaran anda sendiri menggunakan material yang lebih menjimatkan. Untuk dulang hantaran itu sendiri, anda boleh menyewa daripada butik-butik pengantin atau beli sahaja di kedai yang menjual barangan hantaran. Ini kerana dulang hantaran itu boleh digunakan semula nanti untuk majlis yang lain.
Dapatkan bunga artifisial mengikut warna tema. Gubahkan ia agar tampak kreatif atau dapatkan rujukan daripada majalah Pesona Pengantin untuk gubahan hantaran dan cara susunan barangan yang betul.
Gubahan hantaran yang minimalis dari segi penggunaan bunga serta menggunakan warna yang lembut adalah sangat baik kerana ia akan kelihatan lebih eksklusif tetapi tetap memperlihatkan hasil kerja anda sendiri. Moga sedikit sebanyak dapat membantu anda. Selamat mencuba.

0 ulasan:
Catat Ulasan