Sabtu, 15 Februari 2014

SENARAI SEMAK MAJLIS PERTUNANGAN

Dalam adat Melayu, majlis pertunangan diadakan adalah bertujuan untuk mengikat tali perhubungan antara si gadis dan teruna pilihan hatinya. Kebiasaannya majlis pertunangan di adakan beberapa bulan atau setahun sebelum menjelang hari besar kedua pasangan bergantung kepada persetujuan kedua belah pihak. Majlis pertunangan selalunya diadakan dalam keadaan yang sangat sederhana. Antara senarai semak yang perlu kamu lakukan menjelang majlis pertunangan berlangsung.

 Hantaran (jika ada) – berapa dulang hantaran yang kamu beri kepada pihak lelaki serta dekorasi dulang hantaran.
 
Pelamin (jika ada) – buat bajet yang minima untuk perbelanjaan pelamin tunang kamu dan pilih dekorasi yang ringkas supaya orang tidak sangka yang itu majlis pernikahan! Opps!
 
Jurugambar – jika kamu mempunyai bajet lebih, ambil jurugambar yang berpatutan harga dan paling penting kualiti gambar itu. Guna peluang ini untuk membuat gambar pra-perkahwinan untuk menjimatkan bajet kamu.
 
Baju bertunang – zaman sekarang sudah ringkas, tidak seperti dulu. Jadi tidak salah jika kamu ingin menempah khas baju untuk majlis tersebut. Pastikan perincian baju tidak terlalu sarat ya!
 
Menu makanan – sangat penting untuk menetapkan menu makanan pada hari tersebut supaya sesuai dengan waktu majlis berlangsung.
 
Solekan dan dandanan – pilih juru solek betul-betul ketika ini supaya kamu boleh menggunakan khidmatnya lagi untuk majlis seterusnya! Begitu juga dengan dandanan rambut, lebih elok dan jimat jika menggunakan khidmat juru solek yang pandai mendandan rambut sekali.
 
Jemputan – dah nama majlis pertunangan ini majlis kecil-kecilan, maka jemputan yang hadir juga tidak perlu merangkumi seluruh ahli keluarga mahupun sahabat handai. Cukup dengan kehadiran teman rapat dan paling penting kaum keluarga yang dekat. Jangan dilupakan wakil yang akan berucap untuk berunding ketika majlis berjalan.
 
Warna tema – pemilihan warna tema untuk majlis biarlah bersesuaian dengan keseluruhan dari baju, pelamin serta hantaran.

 gambar majlis merisik che ta rozita che wan sudah semakin dekat di hari pernikahan

0 ulasan: