Cincin perkahwinan begitu simbolik dengan ikatan suami isteri. Tidak lengkap majlis perkahwinan itu tanpa acara menyarung cincin dari pihak perempuan dan lelaki. Ianya juga melambangkan satu ikrar kepada permulaan hubungan yang suci dan ikhlas, juga sebagai tanda pengorbanan suami kepada isteri dan sebaliknya. Ketahuilah beberapa tip berguna untuk pembelian cincin ini.
1. Ketahui perbezaan bentuk cincin yang diingini dan pilihlah mengikut karektor diri.
2. Jangan terpengaruh dengan rekaan bentuk cincin. Ini kerana, berkemungkinan ianya tidak sesuai di jari anda. Jadi, cubalah kesemuanya yang anda berminat.
3. Penggayaan cincin di jari adalah berbeza-beza. Sekiranya, jari anda mempunyai jari yang halus dan kurus, elakkan daripada memakai cincin berbentuk besar.
4. Kaji selidik kandungan dan kesesuaian cincin untuk anda dan pasangan. Pilihlah warna dan bentuk yang sesuai mengikut warna kulit anda.
5. Bersabar dalam pemilihan cincin dan buatlah keputusan yang terbaik.
6. Rajinkan diri anda untuk membuat perbandingan di semua kedai emas dan permata yang berdekatan untuk idea cincin terkini dan sesuai buat pasangan anda.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa.
8. Gunakan kemudahan cermin yang disediakan di kedai tersebut untuk meneliti cincin yang disarungkan di jari anda.
9. Elakkan dari memilih cincin yang terlalu ketat atau longgar. Sesuaikan saiz mengikut keselesaan anda.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!
11. Pastikan anda sudah menentukan bajet anda untuk pembelian cincin ini agar tidak terlebih daripada bajet yang ditetapkan.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
2 ulasan:
betul....ada cincin yang namlak cantik tetapi mungkin tak cantik bula kita yang menggayakannya,,,,tak ngam gitu
betul....ada cincin yang namlak cantik tetapi mungkin tak cantik bula kita yang menggayakannya,,,,tak ngam gitu
Catat Ulasan