Sudah menjadi lumrah pasangan bercinta, ingin menamatkan zaman percintaan dengan perkahwinan. Siapa yang tidak mahu berkahwin bukan? Namun, ada juga yang baru kenal tidak sampai sebulan sudah merancang untuk mendirikan rumahtangga. Bahkan ada juga yang bertemu jodoh atas kehendak keluarga. Semuanya takdir yang menentukan. Di saat sang kumbang berkata-kata untuk melamar si bunga, pasti saat itu tidak akan di lupakan sampai bila-bila. Ianya sentiasa menjadi kenangan manis dalam hidup berdua. Namun ada juga si lelaki yang takut untuk melamar gadis pujaan hatinya. Alasan mereka, takut ditolak. Pepatah orang tua mengatakan belum cuba belum tahu. Jom ikuti beberapa tips mudah melamar pasangan anda.
Bunga
Bunga memang sinonim dengan pasangan bercinta. Lebih-lebih lagi mawar merah yang melambangkan kehangatan cinta dan kasih sayang sang arjuna kepada si dara. Namun, ada juga wanita yang tidak menyukai bunga mawar. Cara terbaik, belilah bunga kegemarannya. Selitkan sekeping kad berbentuk hati yang bertulis “will you marry me?”. Selepas itu lihat reaksinya. Kalau dia kelihatan teruja, teruskan melamar dengan kata-kata sambil menghulurkan sebentuk cincin padanya. Pasti dia akan sudi dengan lamaran anda itu.
Tip : Sediakan beberapa kuntum mawar merah yang menggambarkan betapa dalamnya cintamu terhadap dirinya.
Makan malam ‘candle light dinner’
Sebelum anda melamar, cuba pilih satu tempat atau lokasi paling romantis untuk anda berdua. Pilih meja yang sedikit jauh dari orang ramai supaya anda berdua selesa. Pastikan anda menempah terlebih dahulu menu kegemarannya supaya anda berdua tidak tertunggu-tunggu makanan terhidang di meja. Ini sedikit sebanyak dapat menghilangkan debaran di dada. Di kala alunan muzik romantik dimainkan, disertai cahaya lilin dengan suasana romantis, teruskan dengan kata-kata anda untuk melamar pasangan anda.
Tip : ‘Candle light dinner’ di hotel mewah mungkin boleh mengujakan si dia jika anda mampu. Tidak salah berbelanja lebih untuk yang teristimewa.
Jumpa ‘bakal’ mertua
Perkara yang paling penting yang harus ada dalam diri serorang lelaki adalah keberanian dan kesungguhan. Tunjukkan kesungguhan anda dengan berjumpa keluarga pasangan anda. Cuba ambil hati kedua ibu bapanya. Suarakan kepada mereka anda ingin mengambil anaknya menjadi suri dalam hidup anda. Pasti keluarganya yakin dan bersedia untuk menyerahkan anaknya kepada anda.
Tip : Pakai baju yang kemas dan sesuai, pastikan rambut tersisir rapi dan tidak terlalu berminyak. Jangan lupa! Jaga adab dan percakapan anda.
Jadi kreatif
Antara perkara yang paling disukai wanita ialah apabila pasangannya kreatif dalm proses pelamarannya. Sebagai contoh, ketika anda keluar berjalan-jalan dengan pasangan anda, hadiahkan sebiji belon padanya. Mungkin kedengaran agak kebudak-budakan, namun apabila dia melihat ada sebentuk cincin diikat pada tali belon tersebut, pasti si dia tersenyum bahagia. Jika anda tidak mahu menggunakan cara seperti ini, anda juga boleh menggunakan cara lain mengikut kreativiti anda.
Tip : Beri kejutan dengan meletakkan beberapa jambak bunga di tempat duduk belakang kenderaan anda. Berpura-pura anda ingin mengambil sesuatu dan minta si dia mengambilkan nya untuk anda dan lihat hasilnya nanti.
Jadi diri sendiri
Cubalah jadi diri sendiri semasa melamar pasangan anda. Buktikan dengan diri anda sendiri anda mampu menjaga pasangan anda sebaik mungkin. Dari senyuman anda, cara pergerakan dan cara pertuturan, cubalah jadi seperti biasa. Ingat! Sekiranya anda menjadi orang lain, pasti kelihatan lebih buruk dimatanya. Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku , elakkan menjadi orang lain.
Tip : Jujur dan yakin pada kebolehan diri sendiri.
Ramai keliru bagaimana pemandu boleh rempuh buaya di lebuh raya
-
Gambar seekor buaya yang dirempuh kereta di Jalan Penanjong di Tutong,
Brunei, telah menjadi tular. - Foto tularKUALA LUMPUR: Gambar seekor buaya
besar ya...
Sehari yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan